Sunday, January 1, 2012

entri tahun baru ikhlas dari hati yang inesen ^__^

Pukul 4 pagi. 1 januari 2011 2012 maaf.belum terbiasa.

menunggu running man loading memakan masa lebih lama dari sepatutnya jadi untuk mengisi masa yang banyak nauuu terluang ni ayuh lah membahankan seketul dua entri kat blog lapok ni.malu betul asyik post karya2 tak berkualiti ni. malu nak bagi orang baca..hahaha *muka malu*

okeh. new year sambut kat dataran putrajaya ada konsert anjuran kl fm tapi guess what??? TAKDE BUNGA API! omggggg omgggg omggggg *pengsan*

tapi takpe..bunga api bukan lah satu kemestian. kalau sambut new year bunga api takde pun januari masuk jugak..ape ade hal :) and yes, new beginning. new life.

semoga tahun yang baru ni membawa perkara2 yang baru. membasuh balik duka2 lama. mengerat yang terlerai. mengukuh yang sedia ada. semoga ada yang sudi rindu saya. amin. semoga dalam hidup seseorang saya punya tempat yang istemewa. amin. semoga ada yang sudi mendoakan saya. aminn. budak jahat pun dalam hati ada taman wohh~ inikan budak inesen macam saya :) :)

kadang2 hidup ini sunyi. kadang gembira. kita takkan pernah merasa cukup dengan apa yang kita punya. lucu bila sesetengah nya terlalu mencuba. terlalu selesa. lucu kerana kita semua sebenarnya sama.

aneh benar dunia seakan berputar perlahan. satu hari menginjak ke satu hari sepertinya lambat dan kadang2 aku hilang sabar. bikin aku bosan membilang hari. bikin aku jemu mengatur hidup.aneh bila aku lihat, betapa hidup ini berubah. kau berubah. aku berubah. kita berubah. aku benci bila aku tak mampu menyara seperti mana mereka dulu menyara. ahhh..aku juga sama. tiada bakti pada orang tua. benci.

Tuhan, permudah kan urusan saya berbakti kepada keluarga. aminn.


Aisyah

Monday, December 19, 2011

terima kasih kawan2.tahun depan jemput datang kenduri saya taw!

yup. officially a year older :)

Terima kasih kepada kawan2 sudi wish birthday tak kesah lah kat mesej ke kat fesbuk ke. sejujur nya aku bukan pesen orang suka wish birtday orang laen so tiap2 tahun aku tak expect pun ada orang sudi wish birthday aku dan of course tacing mak nakkkk rupa nya masih ada yang sudi. hakhakhakhak.

selama duapuluhdua *baca cepat2* tahun hidup kat dunia ni aku sedar banyak yang dah berubah. prinsip aku berubah. pandangan aku berubah. dah of course status pun berubah ubah. hahahaha.. despite all that, i think i'm just doing good.


Tuhan, bagi saya peluang untuk berbakti kepada keluarga ^__^

Monday, December 12, 2011

entri baru nak panas balik ^__^

hai kawan2!!!! ^_^

Yes, aku tahu takde sape baca blog ni tapi takpe kita buat2 ada jelah ye. dah.baca diam2 jangan banyak bunyik.

sejak2 bekerjaya ni masa berkualiti untuk bloging dah takde. almaklum lah rumah sewaan *my dearest home sweet home* takde talian internet maka nya kirim salam jelah nak fesbuk bagai. -__-"

oleh kerana tekanan di tempat kerja seperti semakin berkurangan..dan seperti nya putaran hidup menginjak normal seperti dahulu kala..maka semangat berblog dengan gaya mutu dan keunggulan membuak buak memenuhi ladang gandum dan pooommm jadilah koko krunch. eh, sampai mana dah tadi?

owh..gaya mutu dan keunggulan.

ok. disebabkan saya *wat de effffff word?* tibe2 bersaya pulak kan. tadi aku. hakhakhak.abaikan. disebabkan saya baru melepasi syndrome 'culture shock' untuk fresh grad yang no working experience tibe2 masuk processing floor and live with system and screwed up. confused. depressed. humiliated. stress. losing weight *3kg is super big deal guys*. almost give up. homesick. stress. no appetite. no friends. lonely. stress. see stress sampai keluar tiga kali. haha. makanya hari ini saya nak kongsi pengalaman dan tips2 nak overcome this stupid syndrome *for those who are lucky enough not facing this AT ALL..then congrats*

First of all..sape2 yang on going product training..system training ke kan..ape2 jelah training yang company korang nak bagi. my only tip..ENJOY THE MOMENT. sorry, ENJOY EVERY SINGLE MOMENT. kenapa? sebab later on dah takde masa korang nak maen2 abes training pegi shopping. :) serius. *eh, takde lah serius sangat..kalau trainer korang masa processing baek ok lah* ingat, tips ini berdasar kan pengalaman saya bulat2 tahu. kalau tak sama tu anggap jelah u guys lucky enough not staying in my shoes.

ok, done with training, I believe then only u will go for real life processing. time ni lah mengelabah ingat balik formula. kalau trainer masa proses korang garang macam ermmmm macam ape2 jelah! then

1) Diam. jangan lawan (cis. cliche ~__~)
kenapa jangan lawan? sebab korang kena ingat KORANG TU ILMU TAKDE LANGSUNG LAM DADA THEN KORANG TOKSAH NAK BERANGAN KENA MARAH SIKIT KORANG DAH NAK JAWAB2 MULUT.KENA MARAH SIKIT NAK NANGIS MEMANG MENGUNDANG BENCANA DI MASA AKAN DATANG. remember, first impression is important. korang taknak awal2 lagi orang dah chop korang cengeng..kaki mengadu..lagi teruk awal2 dah kena kaki mengampu. dayum. stay away from all those negatives aura (kalau korang nak cepat naek pangkat lah)

2) kena rajin gila salin nota (ataupun at least BUAT2 salin nota)
pantang trainer korang cakap sikit..terus bukak buku nota cepat2 salin. pastu jangan lupa selangi dengan beberapa anggukan yang meyakinkan (konon2 korang paham gila apa dorang cakap padahal..harem. hahaha.) tak paham sekarang tak pe, janji salin dulu nota. trust me babeh..lama2 korang akan faham jugak. so tak perlu rushing2 ok. take it slowly.

3) kurangkan bertanya soalan.
Ok. kenapa? kadang2 kita tak perasan kita tanya soalan yang sama (walaupun struktur ayat yang berbeza) beberapa kali. dan peringatan, 'beberapa kali' untuk setiap orang itu berbeza. untuk pengetahuan, 'beberapa kali' trainer saya cuma DUA KALI. macam sial kan? iye. saya tahu. so bila kita tanya beberapa kali sampai trainer kita bosan kita akan secara automatiknya akan menjadi sasaran mudah caci maki dan tomahan free dari trainer. owh..ini sekadar apa yang saya alami ^__^

4) bertenang.
sape yang tak stress keje dengan trainer macam ni saya bagi sejuta markah. serius sejuta. tapi stress sampai berhenti kerja rasa nya tak berbaloi sebab apa? sebab pegi kerja tempat laen pun belum tentu dapat trainer baek hati tiap2 hari belanja mcd ke kan. so? what do u need to do is just relaks. tarik nafas dalam2. carik membe2 yang takde kaitan langsung dengan tempat keje korang *best choice adalah sahabat2 di universiti hahaha* luah je segala caci maki sumpah seranah doa yang bukan2 yang selama ni korang peram.luah je kat dorang. then the next day pegi office macam takde apa2 berlaku :) see mudah kan. hahaha..selamat mencuba!

what happen to me is super sadis. smpai nak cerita pun malu. hahaha. tapi apa yang aku benci alam pekerjaan ni adalah bila kau masuk without any working experience tambah lagi kau masuk sorang2 takde membe tambah lagi kau bukan lah stok manusia yang peramah nye bagi masa sehari terus boleh kawan dengan semua orang. then, welcome to hell. dunia ni takkan jadik mudahlagi dah untuk korang. tapi tak jadi mudah bukan bermaksud selamanya seperti hell kat office. eventually korang akan adapt dan korang akan mula bernafas seperti biasa. sama macam berenag.awal2 memang neves sampai nak tarik nafas pun tak menyempat lama2 dah cool relaks..ok lah kan. :)

okeh. gotta go.esok keje dan sebagai pekerja contoh kita kena lah tidoo awal dan besok sejam sebelum office hour dah terpacak kat office *ok, ini tipu jangan percaya*

sampai ketemu lagi!

Sunday, November 13, 2011

extrema park putrajaya memang terbaek wokkkk!

hari ni tak sabar nak menulis. pusing2 putrajaya cari activity untuk distract attention. *serius, kerja itu stress* dan bila stress kita perlu lebih dari sejuta alasan untuk alihkan perhatian supaya tak buat balik perangani lama2 zaman sekolah. -__-"

and lately aku rasa nak ber'wall climbing'. setelah penat di gelakkan oleh rakan2 seperjuang tadi petang aku nekad jugak. nekad nak cari celah mana putrajaya ni sorok depa punya extreme park. cis.cis.cis. tempat sikit punya lawa depa boleh tak letak sign board??! what the???! *muka terkejut*

extreme park tu kat presint 5 putrajaya. presint 5 means area picc.dari picc korang kena pegi presint 20 lalu perkuburan awan then masuk balik presint 5 (extreme park). bijak kan? terima kasih.

ok.nak pegi menabung minggu depan nak beli roller blade sebijik nak buat hobi masa lapang. jangan iri hati. Tuhan tak suka orang2 iri ni. hahahahaha..semoga kalian pun dapat hobi baru! bye bye!

Wednesday, November 2, 2011

Tuhan, elakkan lah benci di hatiku :)

aku cuma mahu menulis. tak minat nak baca sila pangkah siap2 penjuru kanan atas sana. malas aku nak paksa.


okeh. seronok betul bila keje sepanjang masa cuti raya haji tak balik. SATU. seronok gila pegi keje bila ada orang perlekeh lekeh kita siap cakap "aku meluat betul dengan orang banyak tanya ni" juih mulut of course lah tuju kat aku. ok fine takpe. DUA. lagi lagi seronok bila kau bukan lah budak inesen 100% asli terbaik dari ladang tapi sebab kau takut kalau kau cakap tak kena timing then kau hanya akan memburuk kan silaturahim yang memang dah buruk ni then terpaksa lah kau buat2 kau tu inesen. TIGA. bila kau pegi keje semata mata untuk dapat gaji dan untuk remain 'bekerjaya' tapi kau tak dapat satisfaction langsung buat keje then robot pun taw kong bateri! EMPAT. dan aku malas nak merungut lagi sebab mungkin boleh cecah ratus.


bila kau pegi keje tapi kau bosan dan sebenar nya KAU MELUAT GILA DENGAN ENVIRONMENT KAT SANA TAPI KAU TAK BOLEH BUAT APA MELAINKAN PASRAH DENGAN REZEKI TUHAN DAN BUAT2 KAU OKEY ADALAH SEBENARNYA SUPER TAK LAWAK DAN SUPER TAK SERONOK!

kamon lah pompuan! kau jangan buat aku hangin. kau jangan ingat mulut kau je celupar. sumpah sabar aku ni dah paras2 bahaya dah ni. KALAU KAU RASA AKU NI ANNOYING, AKU RASA KAU DUA KALI ANNOYING TAHU!

and could you just please shut ur stupid mouth up and just leave me alone!

Sunday, October 30, 2011

surat untuk penerima tak berdaftar.

asalamualaikum...

nama saya aisyah.panggil je asiyah. well, saya takde nama glamer macam syasya ke..anne ke..nyah ke..belle ke atau ape jelah nama glamer yang saya boleh pikir kan sekarang. makna kata, saya ni tak glamer pun. saya umur 21 tahun *ehem2* tapi orang kata muka saya macam 19 tahun..ada jugak kata macam 10 tahun *ok, tipu je* tapi serius orang selalu ingat saya lagi muda dari umur saya yang sebenar. mungkin sebab muka saya awet muda :) atau mungkin jugak sebab perangai saya macam kartun -__-".

saya belum matang sepenuh nya tapi saya dalam proses ke arah itu. kawan2 saya ramai yang tegur jangan cepat sangat matang nanti cepat tua..tapi entah, sebanyak mana saya cuba untuk kekal ber'kanak-kanak riang' sekuat itu juga kehidupan menghimpit saya untuk jadi dewasa. dan matang. selain kurang matang-tapi-paksa-diri-untuk-jadi-matang saya jugak clumsy orang nya. saya suka buat silap paling bodoh yang tak pernah orang buat..haaa.salah itu lah yang saya selalu dok buat.

owh sebelum lupa, saya single dan tak laku orang nya. hahaha. tak laku sebab laki takut nak kawan dengan saya sebab saya sombong laki tegur jeling pastu laki tak nak kawan. hahahaha. mungkin saya tunggu laki yang saya jeling pun die bersungguh jugak nak kawan ngan saya kot. mungkin. dan sejak2 saya berstatus single dan tak laku ni, saya dah tak pandai nak pakai shawl, pakai baju cantek2..maching2 kaler...cis! semakin hari saya semakin selekeh dan erkk nampak tidak menarik maybe? hahaha :D walaupun tak ramai orang nak percaya tapi saya tetap nak cakap jugak, saya seorang yang panas baran dan sebenarnya kalau saya diam tanda saya sedang bersabar dan jangan cabar sabar saya lama2.

mungkin saya nampak kiut *ehem2* tapi kalau saya marah nampak super duper kiut comel sikit dari hulk. taknak percaya sudah. saya bukan orang yang peramah first time jumpa dah boleh borak2 buat lawak2 lucah. maaf itu bukan style saya. kadang2 amik masa bertahun untuk saya jadi rapat dengan orang. tak percaya tanya kawan2 saya. :) tapi adalah special kes first time jumpa dah kamceng tapi tak ramai. malangnya bila dah rapat saya jenis orang yang straight forward dan kadang kala sinis. jadi most of my friend mula2 rapat then jadi tak rapat sebab ni lah. hahahaha. :D susah nak buat orang terima diri kita seadanya..tapi takpe lah :)

di sebabkan usia yang meningkat, maka perubahan hidup membawa saya ke alam pekerjaan. orang mungkin kata saya bertuah pada usia 21 tahun *ehem2* saya sudah ada kerjaya stabil dan kereta sendiri tapi setiap yang baek dalam hidup ni harus ada pengorbanan di sebaliknya. bayangkan usia seperti saya tambah lagi sikap saya yang panas baran, kartun, tak peramah, tak matang, kadang kala terlalu sensitif soal permain maruah dan harga diri..sila bagi saya solution. di mana harus saya letak diri saya? menjadi kanak-kanak dan memberontak menghentam siapa yang hentam saya. memalukan siapa yang malukan saya? membuli siapa yang buli saya? bergadoh dengan orang-orang yang konon 'dah matang'? *super stupid!* maaf.

atau saya harus paksa diri saya menjadi matang, dewasa dan rasional. bersabar dan biarkan orang buli saya seolah saya tak punya perasaan. dan biarkan waktu2 muda saya berlalu dan menjadi tua sebelum usia. kamon. beritahu saya di mana perlu saya letak diri saya? kanak-kanak atau dewasa? saya tak mahu mengadu dunia tidak adil dan salah kan kehidupan. tidak. tapi saya penat dengan semua ini dan saya mahu mami saya. saya mahu masa riang saya. betapa pantas waktu berlalu dan banyak yang berubah. terlalu banyak sebenarnya.


dan saya masih di sini. keliru. di mana saya harus letak diri saya. kanak-kanak atau dewasa. Tuhan, sila bantu saya.

yang benar,
aisyah.(bukan nama sebenar) *ehem2*

Saturday, October 22, 2011

i am not okay

tadi aku dengar lagu ni di radio. aku touching.

untuk sahabat yang suatu ketika pernah akrab..untuk lelaki yang suatu ketika pernah berangan nak kawen sama2. untuk kehidupan yang tidak pernah adil. untuk masyarakat yang tidak pernah berhenti menghukum. untuk kasih yang tidak kesampaian. untuk impian yang berkecai. untuk maruah diri dan keluarga yang dipersoal. untuk dugaan Tuhan. untuk aku dan untuk engkau.

Bertamu di Kalbu - Jaclyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

tak payah lah aku nak buat2 tabah. aku tak okay dan sebenarnya aku tak pernah okay. aku cuma mahu terima hidup ini seadanya. dan Tuhan, kalau benar perasaan ini tak mahu pergi demi suatu yang membawa kebaikan kelak. aku terima. kalau tidak, lembutkan lah hati untuk orang selayaknya. Tuhan, temukan aku dengan orang yang benar2 terima aku seadanya. aminnn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails