Sunday, October 30, 2011

surat untuk penerima tak berdaftar.

asalamualaikum...

nama saya aisyah.panggil je asiyah. well, saya takde nama glamer macam syasya ke..anne ke..nyah ke..belle ke atau ape jelah nama glamer yang saya boleh pikir kan sekarang. makna kata, saya ni tak glamer pun. saya umur 21 tahun *ehem2* tapi orang kata muka saya macam 19 tahun..ada jugak kata macam 10 tahun *ok, tipu je* tapi serius orang selalu ingat saya lagi muda dari umur saya yang sebenar. mungkin sebab muka saya awet muda :) atau mungkin jugak sebab perangai saya macam kartun -__-".

saya belum matang sepenuh nya tapi saya dalam proses ke arah itu. kawan2 saya ramai yang tegur jangan cepat sangat matang nanti cepat tua..tapi entah, sebanyak mana saya cuba untuk kekal ber'kanak-kanak riang' sekuat itu juga kehidupan menghimpit saya untuk jadi dewasa. dan matang. selain kurang matang-tapi-paksa-diri-untuk-jadi-matang saya jugak clumsy orang nya. saya suka buat silap paling bodoh yang tak pernah orang buat..haaa.salah itu lah yang saya selalu dok buat.

owh sebelum lupa, saya single dan tak laku orang nya. hahaha. tak laku sebab laki takut nak kawan dengan saya sebab saya sombong laki tegur jeling pastu laki tak nak kawan. hahahaha. mungkin saya tunggu laki yang saya jeling pun die bersungguh jugak nak kawan ngan saya kot. mungkin. dan sejak2 saya berstatus single dan tak laku ni, saya dah tak pandai nak pakai shawl, pakai baju cantek2..maching2 kaler...cis! semakin hari saya semakin selekeh dan erkk nampak tidak menarik maybe? hahaha :D walaupun tak ramai orang nak percaya tapi saya tetap nak cakap jugak, saya seorang yang panas baran dan sebenarnya kalau saya diam tanda saya sedang bersabar dan jangan cabar sabar saya lama2.

mungkin saya nampak kiut *ehem2* tapi kalau saya marah nampak super duper kiut comel sikit dari hulk. taknak percaya sudah. saya bukan orang yang peramah first time jumpa dah boleh borak2 buat lawak2 lucah. maaf itu bukan style saya. kadang2 amik masa bertahun untuk saya jadi rapat dengan orang. tak percaya tanya kawan2 saya. :) tapi adalah special kes first time jumpa dah kamceng tapi tak ramai. malangnya bila dah rapat saya jenis orang yang straight forward dan kadang kala sinis. jadi most of my friend mula2 rapat then jadi tak rapat sebab ni lah. hahahaha. :D susah nak buat orang terima diri kita seadanya..tapi takpe lah :)

di sebabkan usia yang meningkat, maka perubahan hidup membawa saya ke alam pekerjaan. orang mungkin kata saya bertuah pada usia 21 tahun *ehem2* saya sudah ada kerjaya stabil dan kereta sendiri tapi setiap yang baek dalam hidup ni harus ada pengorbanan di sebaliknya. bayangkan usia seperti saya tambah lagi sikap saya yang panas baran, kartun, tak peramah, tak matang, kadang kala terlalu sensitif soal permain maruah dan harga diri..sila bagi saya solution. di mana harus saya letak diri saya? menjadi kanak-kanak dan memberontak menghentam siapa yang hentam saya. memalukan siapa yang malukan saya? membuli siapa yang buli saya? bergadoh dengan orang-orang yang konon 'dah matang'? *super stupid!* maaf.

atau saya harus paksa diri saya menjadi matang, dewasa dan rasional. bersabar dan biarkan orang buli saya seolah saya tak punya perasaan. dan biarkan waktu2 muda saya berlalu dan menjadi tua sebelum usia. kamon. beritahu saya di mana perlu saya letak diri saya? kanak-kanak atau dewasa? saya tak mahu mengadu dunia tidak adil dan salah kan kehidupan. tidak. tapi saya penat dengan semua ini dan saya mahu mami saya. saya mahu masa riang saya. betapa pantas waktu berlalu dan banyak yang berubah. terlalu banyak sebenarnya.


dan saya masih di sini. keliru. di mana saya harus letak diri saya. kanak-kanak atau dewasa. Tuhan, sila bantu saya.

yang benar,
aisyah.(bukan nama sebenar) *ehem2*

Saturday, October 22, 2011

i am not okay

tadi aku dengar lagu ni di radio. aku touching.

untuk sahabat yang suatu ketika pernah akrab..untuk lelaki yang suatu ketika pernah berangan nak kawen sama2. untuk kehidupan yang tidak pernah adil. untuk masyarakat yang tidak pernah berhenti menghukum. untuk kasih yang tidak kesampaian. untuk impian yang berkecai. untuk maruah diri dan keluarga yang dipersoal. untuk dugaan Tuhan. untuk aku dan untuk engkau.

Bertamu di Kalbu - Jaclyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

tak payah lah aku nak buat2 tabah. aku tak okay dan sebenarnya aku tak pernah okay. aku cuma mahu terima hidup ini seadanya. dan Tuhan, kalau benar perasaan ini tak mahu pergi demi suatu yang membawa kebaikan kelak. aku terima. kalau tidak, lembutkan lah hati untuk orang selayaknya. Tuhan, temukan aku dengan orang yang benar2 terima aku seadanya. aminnn...

Tuesday, September 6, 2011

straight to the point.

aku kagum maseh ada yang bersahabat 10 tahun pernah janji nak berkampung kat rumah kalau membe kawen. tapi maseh tertunai. aku kagum sebab aku semakin jauh untuk percaya sahabat sejati itu wujud :) mungkin aku juga paranoid cuma aku tak mahu mengaku. hahaha.mungkin aku cuma bosan melayan perasaan kecewa.mungkin aku cemburu..tapi aku cuba tak memburuk kan sesiapa. aku mahu berubah. aku mahu jadi orang laen.


tempoh hari time raya memang berlambak lah orang kawen dan berlambak lah kenduri kawen dalam queue..masa ni lah yang ada buah hati nak tayang :) yang tak de buah hati terpaksa lah hadap muka slamber...ape ade hal :) sentap hati mak nakkkk..maen tunjuk2 buah hati ni yang mak hangin satu badan nih! hahaha. bajet tacing. n_n

tapi tu bukan main topik nye. biasa dah tu raya2 macam ni takde buah hati memang mencabar. haha.

Friday, August 26, 2011

entri hari lahir.

mami saya pernah berkata :

good better best. never let it rest. until your good become better and your better become best.

fakta : saya pernah percaya bahawa asal niat kita baek, sekalipun dengan cara kasar hasil nya tetap akan baek juga. biar lah kasar luaran asalkan Tuhan dan saya tahu saya sekadar berniat baek, semua nya pasti akan baek. sebab itu walau pun saya sedar teguran saya kadang kala sinis, pedas, kadang kala terlalu memaksa dan saya tak kisah bila ada orang takut dengan saya. orang tak suka cara saya. malah pernah ada orang mendoakan kegagalan saya. saya sedar kadang kala perilaku saya sedikit bongkak. saya tak kisah kerana saya percaya..kalau baek niat saya maka baek jugak lah hasil nya.

tapi dalam hidup kita kena belajar dari kegagalan. belajar dari jatuh bangun kehidupan. belajar dari ada sahabat baek kepada tiada. iyaa..kejam dan tak berperikemanusiaan. tapi itu cara kehidupan mendidik kita... banyak yang saya nak tulis di sini tapi semakin di taip semakin tak banyak ayat yang keluar. semakin kucar kacir. :) semakin susah nak paham. seperti nya akal dan tangan tak selari. maaf. mungkin apa yang saya rasa biar Tuhan saja yang tahu. saya tak mampu nak zahir kan dengan kata2.

 tapi saya tak lupa..antara insan yang membawa saya kembali ke pangkal jalan..anda adalah di antara nya. terima kasih. dan setiap kali saya menuju ke jalan tuhan, saya selalu berdoa semoga insan2 yang membawa saya rapat kepada-Nya juga dilindungi dan diberkati.

selamat hari lahir. semoga murah rezeki dan dipanjangkan usia. amin.


Thursday, August 25, 2011

cerita hari raya upin dan ipin (versi dewasa)

bila balik keje malam2 sambil dengar lagu raya feeling die macam berlakon cerita sembilu kasih. haha.

ok2 aku tahu sangat tajuk memang tak kena dengan isi kandungan. ok, boleh abaikan tajuk. semenjak bekerjaya ni tak nyempat lah nak hupdate blog kan. penat kot mencari sesuap nasi. ni bukan zaman kuliah boleh asal penat je ponteng~ haaha. part ponteng memang aku rindu zaman universiti. tak larat owh hari2 pegi keje redah jem kat bandar tun razak, jalan hang tuah membawak ke area puduraya. tiap2 hari oke.  jangan maen2 jalan keyy ell sekarang dalam tangan je..hahaha (riak)

cepat lah jumaat supaya penderitaan ini berakhir barang seketika. :)

owh by the way, raya tahun ni tak macam raya2 lepas. feeling raya tu lambat nauu sampai nye. aku sorang je ke rasa? korang tak rasa macam tu? aku boleh kira ngan jari kot lagu raya kuar kat radio..balik2 dok pasang lagu berdua bersatu dari forteen tu. aku nak dengar lagu raya lah woii!! lagu cinta2 nanti lepas raya lah pasang!! T__T

bila takde lagu raya berkumandang di corong radio jadi nya mood raya aku tahun ni menghampiri sifar. nak beli baju raya tak de mood. nak beli biskut raya tak de mood. nak puasa tak de mood.. eh eh eh eh  haha..ok2. yang tu gurau jewww :)

ini semua salah radio sebab tak pasang lagu raya!!

p/s : cakap jelah sebenarnya ko saja tak pasang radio sebab takut nangis masa dengar lagu raya. hahahaha. :D

Saturday, August 20, 2011

there is always a moment when you want to tell the world how your heart become pieces and how hurt it  is but you just end up staring at the monitor..delete back all those word because you know, people don't bother.

Wednesday, August 17, 2011

konklusi : masa bercinta memang semua nya indah :)

Lirik Berdua Bersatu – Forteen

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu

konklusi : masa bercinta memang semua nya indah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails