Saturday, May 26, 2012

masih gagah menulis

walaupun tade sape pun baca entri2 saya tapi atas dasar memang saya ni ketegaq tak dengar cakap orang, saya tetap nak menulis. heh. intro lame gile. gasak.

hari ni saya masih dalam mode trauma..trauma kan ape? Erkkk..tak payah lah bagitaw..kang aib pulak. dh lama saya tak menulis..skill dah berkarat.ayat gempak dah lintang pukang..lama saya tatap monitor..saya fikir..apa yang berubah?heh.sadis tapi saya kena mengaku jugak. saya yang berubah. saya yang dulu cakap jarang pikir..marah main hembur. saya yang suka susah kan amzar..suka bergantung dengan amzar hehe..suka buli amzar.hikkk

haishhhh...tension betul dengan natang touch screen ni..rosak mood.

ok sambung. kemudian patah hati. then saya mula tak mahu bergantung pada siapa2. time ni lah baru nak spend time ngan membe. baru nak belajar bersahabat katanya.heh. dah takde rasa nak in relationship. patah hati lah katakan. haha..dan menjadi seorang yang pernah patah hati buatkan saya sangat lah tak suka tengok orang menjadi pathetic semata kerana cinta. berbekal kan mulut yang takde insurans ni, maka ada lah hati yang terluka....ok...padan muka saya..tu lah mulut tak reti nak taruk insurans.

maka saya pun mula tawar hati nak bersahabat. sebenar nya saya takut saya tak mampu nak handle perasaan hilang sorang lagi sahabat baek..saya penakut? memang, kalau korang rasa sendiri feeling hilang bestfren baru korang paham. bila saya kurang bersosial saya perasan saya dah tak berapa ada sence of humor.manjang je serius. plus bila saya stat keje ofismate saya kebanyakkan nya 25 tahun ke atas..erghhhh..not my league.

dan berbekalkan muka comel dan senyuman menawan (ecewahh) maka saya di lihat sebagai anak kecil yang inesen. yang perlu di jaga jiwa nya. yang pantas dibuli. yang nerd. yang takkan memberontak..padahal..im not that inesen. saya behave kerana saya tahu saya paling muda.saya mahu respek senior2 saya..saya tahu di mana kedudukan saya. walaupun saya sebenarnya taknak mengaku, tapi sedikit sebanyak menjadi dewasa membuat kan saya menjadi such a stupid coward -__-" 

 
kerana itulah saya cukup tak suka menjadi dewasa. kerana menjadi dewasa bererti saya mesti fikir perasaan orang laen..pandangan orang laen..saya kena terbuka terima kritikan tapi limited dalam memberi kritikan. saya sudah tak berkarya dan tidak diberi peluang untuk berkarya. saya mahu bebas. mengkritik dan dikritik. saya mahu jadi diri saya yang dahulu. saya mahu bangkang bila saya nak bangkang. saya mahu berdiri bila saya nak berdiri. saya mahu jerit bila saya nak jerit. benci. besok pegi keje mesti chicken balik. BENCI!
**repost..lama punya entri basi.. :-) **

musim kawen = musim mengawan

walau pun muka boleh buat2 relaks tapi bila dapat taw membe2 nak kawen mau sentap jugak hati ni :) seronok lagi bila membe tanya saya bila pulak. saya jawab belum berpunya :) alasan.

alasan. sebenarnya saya tunggu kejora bersatu saya betul2 sedia dan semoga dia sudi nak kawen dengan saya..hahahahaha..kalau dia tak sudi baru saya pikir nak kawen ngan sape. terharu tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails