Friday, April 29, 2011

"dalam hidup ni jangan harap yang sempurna sangat"- Mr. P

susah betul monitor dua blog dalam satu masa. bila fokus kat side projek lupa nak buat entri kat blog sendiri. kesian blog mucuk2 saya ni.. kena pulau sebab busuk tak mandi :) *baca dengan nada gedikssss gilewwwww*

ok, plis be serius.. kita dah nak masuk chapter isi dah ni. owh sebelum lupa? ni apa cerita attendance sejarah math cuma 4.76% je ni?? mengikut kepada perkara2 yang termaktub dalam syarat am peperiksaan upm, barang siapa yang attendance dia kurang dari 80% adalah tidak dibenarkan masuk peperiksaan :) masalah nya saya pi hari tu relaks ja :) tak perasan pulak 4.76% ja :) ok.. jangan gagal kan saya ye Pn Syarifah :) saya study sejarah math hari tu khatam satu buku. walaupun saya malas pegi kelas tolonglah jangan gagal kan saya. tolong lah. tolong lah *_* (mata bersinar2) nota tambahan : terima kasih jabatan matematik kerana tidak pernah mengaplikasikan syarat am tersebut kerana sekiranya diaplikasikan, saya akan menjadi antara orang yang sangat tertekan :)

ok, terus kepada isi kandungan kita. lets talk about hati today. boleh?

gila serius pulak tiba2 kan :)

hahahaha..ok2. this is better. :) malam2 macam ni bila tak boleh tido saya blogwalking sana sini jalan2.. singgah satu blog ni. blogger pompuan. baru putus cinta. tak yah lah printscreen ye. buat apa dak? entri2 semua stok putus cinta lah senang kata kan. semua stok2 entri marah ex dia lah.

"dulu masa u down gila2 sape tenangkan u? i kan??? sape yang rawat u masa sakit? i kan?? so jangan kata this break up is totally my fault! do not deny.. it is also ur fault! dem u!! kalau i taw macam ni lah perangai u yang sebenar, mati hidup balik i takkan maafkan u sampai bila2! menyesal gila! hipokrit!"

ok, ini sekadar copy paste.. jangan salah paham pulak. episod gado2 saya ngan amzar dah lama abes :) hahaha. kan? :D ini orang laen punya. saja lah saya nak copy. bukan apa, saya rasa comel :) well, break up takkan nya rasa seronok. memang lah sakit. saya copy sebab saya pernah ada dalam kasut gadis ni once upon the time :) walaupun waktu break up sikit punya bertenang tapi bila taip kat blog.. amik kau. :) berapi-api..

tak salah kan dia jugak. i can guarantee u guys, almost half of the statement doesn't come exactly from her heart. dia cakap je tu. dem u lah takkan maaf lah. menyesal lah hipokrit lah.. ini rupanya perasaan bila bercakap melalui pengalaman. hahaha. rasa matang :) if i were her, this is what exactly i wanna say:

"takkan u dah lupa, dulu masa u down i always be there..bila u sakit i tak pernah tinggal u.. i taknak break up.. this break up bukan salah u. bukan jugak salah i.. maybe still got hopes? i sedih gila bila u cakap salah i kita putus. why? u tak rasa ke kasih sayang i selama ni?? i betul2 sayang u.. i miss u. it felt so bad bila u cakap macam ni.. u dah tak sayang i ke..." *geli pulak tulis2 macam ni :)*

perempuan memang macam ni dear.. dia cakap laen tapi dia rasa laen. konon2 bila cakap macam ni boleh buat ex dia sedih padahal dia sebenarnya double sedih. cuba kalau ex dia mintak kapel balek :) guess what happen? tapi ni bukan semua. ni untuk kes tak matang macam saya dulu2 je :) bila tak matang depa suka tulis jak. bukan depa pikir panjang pun. yang laki bila baca mesti lah rasa dah takdak harapan dah.. bye bye senorita. adios mi love :) keh keh keh keh keh.. padan muka. kan dah betul2 melepas -_-'

tapi.. ini bukan apa yang saya nak sampai kan sebenarnya. jangan tengok hal ni sebagai perkara tak matang semata mata. why not kita tengok impak dia. ok, tak payah tengok jauh. saya taw. meh tengok diri saya ja. saya tak sempurna kawan. ada masa dulu saya pun buat benda2 consider stupid macam ni :) but i'm ok with it. ok what at least saya pernah buat benda2 stupid :) hell yes saya pernah kutuk senior dalam blog, saya pernah kutuk amzar dalam blog. ok nampak stupid but hye.. being stupid takde lah teruk sangat :)

bila kita buat benda2 stupid macam ni.. kita belajar banyak lagi dari orang yang amik ikhtibar dari kita. sebab orang luar akan nilai kita dan cuba elak buat benda yang sama stupid macam kita buat. kita kena kutuk, kena marah, kena jeling..kita accept mistakes, kita nilai diri kita sendiri dan kita amik ikhtibar. :) sebab tu orang kata jangan takut nak buat mistakes sebab belaja dari mistakes kita sendiri sejuta kali lagi best dari belajar aljabar linear :)

bukan saya nak kata tak salah nak tulis apa2 kat blog. deal with it lah babes. bila saya baca balik entri2 zaman pramatang yang semua benda nak tulis kat blog saat gumbira tulis saat gado tulis asal tak puas hati tulis.. then saya nampak lah tak matang tu tang mana. then i learnt not to repeat the same silly mistakes. never talks bad about ur ex..ur current buah hati..ur senior..ur junior..men who u hate the most. pasal gado2 masa kem dalam hutan :) semua itu cuba lah elakkan. kalau dulu orang datang nasihat saya semua ni ingat saya nak layan? :)

i am still learning from my mistakes because everyday i make one :)

Sunday, April 17, 2011

saya nak jadi the next bintang paling popular ganti sam :)

hal2 peribadi ni saya rasa patutlah di tulis di blog peribadi dan bukan nya di side projek :) nak tahu link side projek saya? sila cari sendiri. saya telah berikrar untuk menyimpan rahsia identiti di side projek so saya tak boleh langgar ikrar. :)

credit to acik zul :)
saya rasa macam dapat award bintang popular. padahal anugerah khas pengetua je :) tapi saya pedulik hape..anugerah khas je pun..anugerah jugak..korang ade??? takde kan..jadi saya nak bagi ucapan sikit lah ye..untuk peminat2 di luar sana :) nak baca ke taknak baca KENA BACA JUGAK!

saya nak ucapkan jutaan yang menghampiri infiniti kepada Tuhan kerana menganugerahkan bakat sedemikian rupa kepada saya yang pada asalnya tak pernah terlintas langsung di fikiran saya untuk masuk dalam bidang seni ni apatah lagi untuk sampai ke tahap ini :) terima kasih Tuhan kerana sentiasa bekalkan saya kekuatan di saat saya nyaris rebah dan tak mampu bangkit Kau hantar hamba2-Mu untuk bagi saya semangat. terima kasih untuk kasih sayang ini ya Allah. saya tahu mana mungkin saya mampu ucapkan dengan kata2 tapi saya benar2 bersyukur ya Allah. #__# (mata berkaca)


juga terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana sentiasa ada bersama saya sewaktu susah dan senang..terima kasih kerana mendidik saya untuk menjadi berani dan mereka banyak mengajar saya yang kritikan itu adalah sebaik2 sifu dan tidaklah kita perlu takut dengannya :) terima kasih mammi..terima kasih baba..terima kasih kerana tidak pernah merungut bila saya tak balik rumah time cuti sekolah T__T saya banyak keje.... T__T terima kasih mammi kerana sentiasa menjadi lapik ayaq mata saya :)

seterusnya terima kasih kepada ayahanda dan bonda kerana sentiasa meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya. untuk segala nasihat dan pendapat ayahanda saya terima dengan lapang dada dan saya percaya semua itu adalah yang terbaik untuk saya. nasihat dan pendapat itu lah yang meletakkan saya begini pada hari ini. :) terima kasih juga kerana tidak pernah lokek untuk berkongsi dengan kami segalanya bermula soal ilmu pengetahun sehingga lah kepada resipi masakan termasuklah dapur gas..bawang..pisau..papan pemotong..dan segalanya lah yang kami guna suka hati sebab nak masak untuk buka puasa dulu..saya akan ingat sampai bila2 :) terima kasih :) terima kasih :) juga kepada bonda, terima kasih sebab sudi offer kami bilik tidor kat hotel tadi :) malu kami di buatnya :) :)

tidak mungkin saya lupa, kepada sahabat2 yang sentiasa ada di sisi saya sepanjang saya susah apatah lagi time saya senang. anda2 banyak mengajar saya erti persahabatan sebenar dan anda2 juga lah antara penyumbang kepada kekuatan saya, saya kelihatan teguh kerana saya ada kamu2. :) terima kasih kerana selalu sudi temankan saya pegi latihan walaupun latihan makan masa sampai lewat malam..terima kasih sebab selalu marah2 bila ada orang kutuk2 saya.. saya tak jadi down bila tengok awak2 marah taw. terima kasih kerana sentiasa buat saya rasa dihargai dan disayangi. kenangan persahabat ini tak mungkin saya lupa.

untuk kakak2 senior, terima kasih kerana telah berpenat lelah membentuk saya untuk jadi pemimpin yang berguna. pemimpin yang bermatlamat. ketaksuban akak terhadap kolej sebenarnya punca utama saya menjadi taksub juga. terjangkit barangkali :) melihat betapa akak terlalu sayangkan kolej buat saya jadi teringin untuk menjadi sebegitu rupa. melihat akak unite antara sendiri buat saya mahu unite juga. terima kasih kepada akak2 yang pernah secara terangan menzahirkan ketidak puasan hati terhadap saya..mungkin tanpa sedar saya juga membuat ramai orang rasa 'annoying' tapi tak apa..saya paham kalau dalam hidup ini mana mungkin semua orang akan suka kita kan :) apa2 pun terima kasih kerana buat saya sentiasa sedar yang saya ni tidaklah sempurna :)

untuk adik2 junior, ilmu akak takdelah banyak mana cuma selagi mampu akak mahu mencurahkan segala yang akak tahu kepada adek2 supaya baeknya akak adek2 boleh amik buat panduan dan buruknya akak adek2 boleh amik buat tauladan. salah akak bukan untuk di kondem semata2 dek.salahnya akak adalah untuk adek amik ikhtibar juga. matlamat akak tidaklah sampai disanjung tinggi melangit tidak lah juga sampai disumpah dikeji. jangan terlalu cepat rasa cukup dengan apa yang ada, tapi jangan sampai terlalu mencari sempurna sampai tak tahu apa dia nikmat kesyukuran.

sekian. terima kasih. i <3 u guys..ummmuuuaaaahhhhh!

credit to acik zul
bayangkan depa ni dok dengaq saya punya ucapan..fuhhh..meriah tu.. n__n

Monday, April 11, 2011

entri basi..maaf.

hari ini terasa mahu menulis di blog sendiri dahulu baru menulis di side projek.. hehehehe..dah boleh agak tak side projek saya apa? hahaahahha..lambat pick up takpe..takpe..take ur time. :)

hari ini bangun2 saya diselubungi (diselubungi??bluerkk) perasaan terkenang yang membawa kepada perasaan terkesan..apa saya melalut ni??ok..ayuh kita rungkaikan satu persatu.. (again...bluerkkkk)

saya ada kurang dari empat minggu lagi untuk bersama teman2 :) *bergelinang air mata*

next week last lecture yang kali ni BETUL2 last lecture *aminnnn..taknak extend*..lepas ni dah tak perlu nak buat assignment dah..dah tak payah nak buat tutorial dah..dah tak payah masuk lab computer dah..yang paling penting, dah tak payah pikir dah bape kali ponteng sebab takut kena bar :) *masa ponteng tak takut pulak kan*

tapi..


nanti dah tak boleh jumpa membe2 dah..dah tak boleh support geng main ragbi touch dah..dah tak boleh main basket ball ade team anak dara ngan janda dah. T__T dah tak boleh jerit2 nyanyi cheers seladang dah..dah tak boleh overtime kat DJ dah untuk buat keje kebudayaan.

dah tak boleh nari2 dah..dah tak boleh gadoh ngan adek2 dah..dah tak boleh gadoh ngan membe2 dah..dah tak boleh bila stress pegi tengok wayang sorang2 dah :) dah tak boleh jalan2 putrajaya ngan kawan2 dah..dah tak boleh g downtown uptown sampai kena tahan pak guard dah :) dah tak boleh g times square dah :) :) hahahahahahahhahahahahaha.. :D ape lagi ye?

bila masuk sini first year..budak hingoih lagi orang kata kan..dan2 masuk je kena band ngan senior..hahahahaha..saya ingat owh!! ape ade hal..membe2 kan ada..iya dak? owh..masa ni amzar pun ada lagi :) hahaha..tak lut pun kena benci ngan senior bagai..... :) hujung minggu agak bosan2 kuar dating syok owh! :) kan kan :) masa ni tiptop punya seronok aku habaq hangpa..pi mana ja semua nak fanatik blok..hahaha.saya dak sangat la..ada budak tu lagi fanatik..saya biasa2 ja..(curi pandang sat..budak tu kat tepi ja).. maen game apa2 pun matlamat utama bukan nak menang sangat pun...nak bagi orang sakit hati tu yang utama.haha..berlagak kan?? hahaha..saya taw dah -__-"

masuk tahun dua dah stat nari2 dah..saya ingat lagi masa ni lah baru nak geng ngan budak2 nari :) segan mak noksss...mak tak hot...*tangan kat bahu, mata ke atas..mulut herot* hahahaha..lama2 seronok jugak nari2 ni kan..mula lah tak tidoq malam buat hal2 menari ni.. :) penat jugak tapi seronok..ada lah jugak impak impak maksima nya kawan2....seperti contoh terponteng kelas awal2 pagi :) dan nak lagi teruk terponteng satu kelas confirm drag kelas2 yang laen hatta menjadi kan aktiviti ponteng ini membawak ke kelas yang bukan di awal pagi sekalipun :) tapi tu dulu masa zaman tak adapt lagi :) hahaha. poyo. :) owh, p/s : masa ni dah tak banyak masa untuk amzar :) dan bunga-bunga cinta mula keguguran.. T___T **backgroud muzik disaat ku mencintai dirimu-dadali **

masuk tahun tiga..sebok ngan hal2 kolej..nak2 bila dah single ni kan...tak boleh bagi alasan nak kuar dating hujung minggu dah la... :) *serius in between patah hati ni saya tak tahu apa saya buat* sedar2 dah nak abes sem dah. senyum balik bila fikir2 rupanya dah almost setahun single :) DAH SETAHUN???! jem. -___-"

sekarang tahun tiga pun dah nak abes. selamat tinggal kolumpo..selamat tinggal serdang..selamat tinggal tmes square. saya pun tak tahu saya balik sini lagi tak lepas ni..mungkin ada rezeki balik lah..kalau takdak mungkin tidak :)

untuk kawan2 saya, kalau nanti sekali pun saya tak datang sini dah..kita tetap kawan sampai bila2 kan. :) kan :) kawen nanti jemput taw! dah jadi mak2 jangan lupa share tips kat 'side projek' kita ya..hahaha :) untuk amzar, belaja rajin2 sampai grad taw. :) memang takkan jumpa dah lah nanti ye. saya pernah janji untuk jadi orang yang lain andai kita jumpa lagi..tapi nampak macam takkan jumpa lagi dah kan.. dunia ni luas sebenarnya..yang tiba2 terserempak tu wujud dalam novel je dek nonnnn...hahaha :D

Wednesday, April 6, 2011

side projek terbaek punya dari ladang..nantikan kemunculannya. ^_^

kenapa aku belum tido??owh lupa. malam ini ayuh lah berbahasa kasar sedikit sebab marah ada lagi sisa sikit2 :) harap maaf lah ye..kaki emosi macam aku ni memang tak boleh nak buat apa dahhh.. :)

berbalik kepada persoalan..kenapa aku masih belum tido??ahhhh jem..sebab esok aku ada test dan quiz serentak takde gap. maka mana yang aku patut dahulukan??jangan tanya..sebab aku tak tahu..ending die aku dahulukan blog.senang cerita..kan..padan muka teori graf padan muka analisis kompleks....padan muka aku..... -___-"


esok pagi2 ada kelas sejarah math.arghh..jem lagi..asyik terbabas je..muka paling lambat masuk kelas memang takde muka lain -__-" macam mana nak grad dengan bangga nih?! ok fine..dapat grad pun dah kira beruntung gila taw! hahahaha..ok tak lucu.


dah lama tak post entri aku rasa rindu...kahkahkah..orang takde life memang lah rindu nak blog..orang ada life takde masa eh nak rindu2 nya..kan.. -__-"


FINE! aku takde life. :) jap..jap..boleh tak kau jangan sengeh2??! aku tengah marah kot ni..rosak terus mood aku nak buat keje skolah..apatah lagi mood aku nak study. mood nak fesbuk ngan blog tak rosak lah pulak kan..T__T


tadi jalan blog tu ada trailer filem senjakala..tangan ni pegi gatal pulak tekan play...wat the???! arghhhhh...cepuk jugak kang..padan muka abes tu sekarang nak tido pukul berapa??! jem! dah lah aku sekarang sebok je manjang..ada side projek nak kena handle..hahahahaha...poyo! macamlah side projek besar nauu..hahahhahaha..arghh..dulik!


aku ada side projek ok..jangan maen2. ingat aku takde bakat langsung ke??*emosi*



p/s : dah lama aku tak emosi2 kat blog..serius aku rindu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails