Thursday, May 26, 2011

i care..i dont care..

i dont care about people.
i am very great at doing things alone.
eating alone.
watching movies alone.
walking alone.
shopping alone.
driving alone.
sometimes laughing alone.

some people might look at me with
sad-looking eyes.
i dont bother to mind.
i dont care about people.

yes i am miss lonely.
but i am just doing fine.
i dont care about people.

oneday i saw my mom.
alone in the kitchen.
eating.
i walked to her
with the same sad-looking eyes.
i sit.
"mom, can i have some?"

i guess i do care about people.
correction.
i guess i do care about certain people.

Monday, May 23, 2011

aku cuma mahu meletak gambar kerana aku takde kudrat nak menaip.

sometimes the only way to hide the pain is to smile

Sunday, May 15, 2011

secret garden

currently sangat lah addicted to drama secret garden :) ok. aku memang susah sangat nak minat cerita korea. kalau betul2 semua orang kata best baru aku tengok. sebab tu mula2 tengok aku ingatkan hero cerita ni pelakon baru sekali amik kau.. haha.. rasa jakun gila -__-"

aku suka sebab die nampak innocent :) haha
aku memang niat nak kasi korang tengok sikit2 je. haha
his dimples make my life crazy. haha
 
aku paling suka tengok dia botak :)
tiba2 aku rasa aku sangat lah fanatik korea padahal dulu aku relaks je. haha.. ape dah jadi ni? -__-"

Saturday, May 14, 2011

day three : 10 things you hate

ampun lah naaa..entri lewat dua hari. biasa lah pegawai kerajaan. hahahahaha :)

day three : 10 things you hate

1) orang kurang hajar
2) orang tak dengar cakap aku
3) orang banyak bunyik tapi pemalas bukan buat keje pun.
4) orang yang suka nau pandai rendah kat orang lain
5) orang yang ada buah hati tapi ngorat pompuan laen
6) orang yang peramah yang amat
7) orang yang aku percaya
8) orang persendakan aku.


arghh..serius aku tak boleh buat task ni. takde yang boleh buat aku betul2 benci :)


aku dah hilang mood nak sambung.

Thursday, May 12, 2011

sentap hati mak nakk

kepada kawan2 die: mungkin benar aku belum cukup layak nak sehidup semati dengan die. aku tinggalkan die waktu die betul2 susah. aku jahat. ok :)

aku suka sentap2 nih. :) :) :) dah jadi macam hobi pulak...

Wednesday, May 11, 2011

day two : 10 things you love

ayuh mulakan hari kedua dengan bismillah.. hehehe :)

day two : 10 things you love


1) spider
2) pantri
3) dibelanja piza
4) drive dari putrajaya ke kajang tanpa jem
5) kad nama baru dapat
6) kriptografi
7) 'supervisor' (Amir) yang berdedikasi
8) facebook dihack orang
9) pukul lima
10) kawan baik saya
 
p/s: selain fesbuk, belog aku juga di hack -__-'

Monday, May 9, 2011

day one : 10 things about you

ayuh lah kita mulakan cabaran kita :) usah malu2 kerana bukannya ada orang nak baca.. hahahaha.


day one : 10 things about you

1) penakut lintas jalan sorang. maka aku memerlukan teman supaya takdelah gelabah sangat. kalau terdesak sangat aku lintas sorang2 pun boleh je cuma bukan melintas 'jalan' dah rupanya.. jadi melintas 'lari' pulak. :) seboleh mungkin aku cari partner nak melintas kalau takde yang aku kenal mesti aku nyendeng je kat sapa2 buat2 kena himpit padahal takut :)

2) ego yang amat. selama ni aku ingat apa aku rasa ni sombong tetapi ekoran tragedi baru2 ni aku perasan, ini bukan sombong ni. ni sah2 keje si ego ni. aku kalau terbuat orang tersentap ke aku takkan mintak maaf kalau aku tak rasa aku salah. ego lah tu kan? mampuih pi lah orang tu nak ignore aku sampai bila2 pun aku dulik hapa. aku memang dulik hapa. sebab aku tak rasa aku salah. kalau rasa bersalah itu laen. :) dah salah takkan taknak minta maaf kan. :)

3) aku dingin dengan lelaki sebab aku nak jadi pencinta yang setia. aku tak suka orang tuduh aku curang orang tuduh aku rampas buah hati orang. hell yes aku tak suka. i'm not that desperate. aku takdelah royan nak berbuah hati sangat sampai aku samdol je aci redah buah hati orang. so not me. then bila aku ada buah hati lagi aku dingin ngan laki sebab aku taknak rapat2 ngan laki then laki tu ingat aku suka dia then laki tu suka aku then orang ingat aku curang. well. aku pun nak jugak rasa setia tu macam mana :) aku kan tak pernah putus cinta -__-"

4) aku anak mak. kalau lepak dengan membe2 mesti ending die keluar cerita pasal mak. mami tu lah mami ni lah. aku cakap macam mami aku lah mak paling best lam dunia. iye lah, ape barang compare mak kita ngan mak orang kan. tak bersyukur punya anak.

5) aku panas baran yang melampau lampau. arghhh. part ni tak ramai yang percaya. tapi serius weii aku panas baran dan aku suka marah. tapi dak lah sampai tahap sentap sikit nak marah tak sentap pun nak marah2. dak lah sampai tahap tu. cuma sape usik aku memang nak kena lah. jangan buat aku marah sebab kalau aku marah aku jadi incredible hulk. hihi :)

6) aku anti gila2 dengan orang yang tak respek mak bapak ngan orang tua2. serius anti gila. bagi aku kalau pun kau kaw2 tak suka someone tu dan someone tu consider tua dari kau dah pangkat makcik pakcik lah kan..kalau pangkat kakak tu boleh runding lagi sebab kakak2 sekarang pun bukan reti nak hormat orang tua so buat apa hormat depa dak? :) kita kena hormat jugak. paling koman pun kalau tak suka jangan cakap apa2. pi lari jauh2.

7) aku tak suka orang carut b.a.b.i (eja jangan sebut) sebab aku rasa kasar gila. lebih2 lagi pompuan. aku tak suka jugak orang sebut "serius s.h.i.t dowh!" tak pun "berasap syialllll" (baca dalam hati, jangan kuat2 ye) ermmmm..kenapa ye aku tak suka? walaupun aku tak taw kenapa, aku tetap tak suka :)

8) setakat ni aku pernah betul2 kat sorang laki je. tapi laki tu dengan aku dah takdak pape dah. kitorang dah ada hidup masing2 cuma aku saja lah nak bagitaw aku tak jumpa lagi orang yang boleh amik tempat dia. tapi aku takde lah sampai nak kata aku nak kawen ngan dia. aku nak tunggu dia sampai mati. tak lah, aku cuma nak kata setakat ni aku suka dia lah. dah memang aku takdak jodoh ngan dia so tak pa lah, aku ok ja. :) nanti lama2 aku jumpa lah tu pengganti dia. kan? :) ok2, dia tu amzar :)

9) mami aku kata aku tough. dalam ramai2 adek beradik aku paling manja ngan mami tapi aku paling kurang nangis. mami kata aku kuat sebab aku suka pikir semua benda senang. aku tak suka pikir berat2. aku jarang komplain yang betul2 aku maksudkan. contoh, aku suka komplain pasai jalan raya sempit, orang bawak keta huyung hayang, pasai orang buat jahat kat aku ka, orang buat aku kecik hati ka, orang tak hormat aku ka. ape2 jelah tapi bila aku dah luah aku lupa terus pasal benda tu. aku cakap macam semua tu senang je. kacang je. aku take easy semua benda dan mungkin sebab tu aku tahan kena pulau :) ini mami aku lah kata :)

10) aku banyak waris sifat mami aku. mami aku dulu berlakon teater, kira orang seni lah kan. aku sekarang pun kira orang seni jugak :) aku buat teater, aku menari.. :) walaupun dak lah hebat nau tapi boleh la dari takdak :) aku ngan mami aku sama, kami suka nangis pasai masalah orang laen. pasai masalah sendiri mesti nangis kat bilik air ja :) hehehe.. suka over risau pasai orang. suka over sedih pasai hal orang. senang cerita, dalam erti kata laen, aku ngan mami ni sama2 bz body lah. hahaha.. tapi bz body versi baek punyaaaa. :) jangan maen2!

Sunday, May 8, 2011

hiburan untuk orang takde life :)

walaupun takkan ada orang boleh baca entri2 ni aku tetap nak buat benda comel macam ini:

my 10 days challenge!

day one : 10 things about you
day two : 10 things you love
day three : 10 things you hate
day four : 10 things you want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items you can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of your favourite songs
day nine : 10 ways to win your heart
day ten : 10 final words

ayuh kita mulakan day one dengan entri baru :)

esok aku praktikal woii.

serius aku cuak.

macam mana first day agak2 nya ye? macam makan tempe ke rasanye? hikhikhikhik.. ok, kalau aku neves memang lawak tak kelakar. naseb baek lah ada membe2 cuma mencuak boleh tahan lah sebab tak tahu nak pakai ape. -__-" pathetic kan? nak pakai apa pun jadi masalah. agak2 kalau aku pakai heels kena kutuk tak? budak2 ni bukan boleh pakai ni. kaki pembuli. semua stok tak boleh tengok aku senang. tak boleh tengok aku melawa. iye la.. aku kan sempoi.. mana boleh lawa2 -_-" hahaha.. ok ok.. no biggie. aku ok je. datang nak belaja. bukan nak mengorat. iya dak? ok..ok..cliche. haha :) kira lucky jugak lah sebab bukan face sorang2. budak2 grup final projek aku pun ada join.

tempat praktikal yang sama. so tade lah cuak sangat. cuma mungkin aku tak senang sket sebab bila ada orang yang kenal aku, aku tak suka nampak macam tak tahu apa2. tapi masalah nya memang aku tak tahu apa2. hahahaha.. biasalah, aku kan gedik. :) fuhh.. cuak cuak cuak. macam mana kalau dress code aku terover. macam mana kalau sesat? macam mana kalau aku tak boleh adapt? macam mana.. macam mana... arghhh.. jem aku macam ni!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails