Friday, July 29, 2011

kisah rosmah, politik dan agama :)


ini yang aku kata bila kita anak2 muda mula terpengaruh campur adukkan agama dengan politik maka depa pun suka hati keluarkan pendapat tapi guna nama agama. :( sedih kan. bendera itu satu identiti negara dah masa kita mula2 nak bentuk malaysia British yang guide kita tak heran lah depa yang keluar kan idea buat kontest tak heran lah depa yang kuarkan idea buat bendera tak heran lah depa pilih bendera kita sekarang ni sekali pun. tak heran! bendera kita mirip amerika then kita sokong kristian ke makna nya? kita tak perjuangkan islam ke maksudnya? apa? apa? aku tak paham langsung kaitan bendera mirip amerika dengan kita orang islam tak boleh hormat bendera malaysia? just because bendera kita mirip amerika?? what? what? itu je? abes kau nak bendera kita macam mana sebenarnya? kamon! terus terang! yang kaler hijau bulan kat tengah??? open plisss.. this is just  bendera. BENDERA!  bila orang tengok jalur gemilang ada jalur2 putih merah ada bulan bintang ada petak bucu belah kiri orang taw dah. owhh ini bendera malaysia. sama macam bila aku tengok bendera hijau ada bulan aku taw lah PAS. bendera biru ada dacing aku taw lah BN. erkk..PKR aku tak suka nak komen.


aku tak sokong kerajaan. aku cuma nak taw, tang mana kerajaan tolak islam? kalau kerajaan tolak islam depa takkan bagi sekolah rehat awal untuk bagi laluan solat jumaat. depa takkan bagi cuti awam untuk hari raya puasa. raya haji. depa akan sekat sebarang perayaan berunsur keislaman termasuk lah maulidur rasul and so onnn.. depa layan bila cina kata stop azan kuat2 kat speaker sebab ganggu depa tidur. depa kasi lupus terus mahkamah syariah. kamon! aku tak sokong kerajaan cuma aku sedih lah anak2 muda lebih kurang sebaya aku tak bukak luas2 pale hotak. tak telus tengok ke depan. keje nak kondem. nak cari salah kerajaan. iye. aku admit. kerajaan tak bijak sangat bila tolak adakan hukum hudud which is bagi aku satu hukum yang logik akal dan boleh je diaplikasi kan. syaratnya hukum ni kena jalan kat muslim je dah lah. jangan dok bengap sangat ngada2 nak paksa cina india pun ikut hukum hudud kita. ade paham?!

soal kilang arak, judi, kasino kat genting pembalakan haram bla bla bla...ini bagi aku sensitif sikit. aku pun tak taw macam mana nak kasi hangpa semua paham point2 aku. tapi takpa. aku try explain.

ok. contoh. bila negara2 eropah kata wanita muslim tak boleh berhijab yakni bertudung apatah lagi berpurdah di negara depa bermaksud wanita2 muslim kat sana yang pakai tudung sekali pun kena bukak tudung sebab apa? sebab suka hati depa lah nak buat peraturan. negara depa. agak2 kita marah tak? agak2 kita hangin tak? kita mesti rasa kebebasan kita di control kan. nak pakai tudung pun tak boleh cel apa kan? tapi kita dok haram bukak kilang arak lah. haram bukak kasino lah. haram konsert itu lah. haram ini lah. haram itu lah. sape sokong semua ini kira bersubahat join-venture haram jugak. alahai..kesian kesian. bagi aku bersubahat itu bila  cina nak bukak kilang arak kita yang islam ni bagi duet beli saham. bila depa jual kita orang islam ni yang tolong jualkan. bila ada kasino kita yang islam ni bagi share. itu baru bersubahat. bagi aku. as long as depa buat hal depa..kita jaga halal-haram-yang-tuhan-kata-bukan-yang-hangpa-dok-tambah-suka-hati kita sudah. jangan minum arak. haram. jangan maen judi. haram. jangan amik riba haram. ada sepuluh kilang arak sepuluh kasino pun kalau kita yakin dengan iman kita. yakin dengan agama kita. kita baek2 aja kan. ngak usah khuatir kan. kan?
  
 oh kamon pliss..tak payah ingat kan aku soal ilmu agama. admitted! memang ilmu agama aku pun tak kuat. tak banyak. tapi kamon. rasional lah babes. tak payah belaja hadis segala kan nak taw rasional ke tak. for me, islam mudah sangat. kita sakit islam dah pikir cara siap2 nak buat ibadah. kita musafir penat islam dah tolerate siap2. tuhan maha mengetahui. dia dah pikir semua tu sebelum kita start pikir lagi. why make it hard babes?? why? why?

bila pendapat sendiri tapi letak hukum tuhan. letak halal haram suka hati. aku jadi sedih. aku jadi mahu ketawa. dan btw, daripada dok beli hadiah mahal2 untuk rosmah baek lah bagi peruntukan baiki padang stadium bukit jalil tu aku rasa. salah sepak silkit kopak. tendang sikit kopak. malu orang tengok. satu bulan puasa ni takde orang nak main bola kan. haaaaa..renovate lah puas2. tak cukup duet suh rosmah gadai harta dia. apa susah. kata nak berkhidmat untuk rakyat. ini lah masa nya rosmah oii! :)

Monday, July 18, 2011

tips interview. it works on me why dont u try? n_n

haii...maseh ingat i??hahahaha..kita kembali lagi dalam rancangan.....jom cari kerja!!! yeay! ^__^

nampak sangat i takde keje kat umah bongkang bangun tido balik tengok running man pause kejap. online fesbuk balas komen. tengok running man again -__-"

dan di sebabkan tadi petang i sempat borak2 manja dengan sahabat lama iaitu adek mumu 'lempang karangggggg' setelah sekian lama tidak ketemu. then i cakap pasal job offer tu then die tanya taknak bagi tips ke then i pun teringat i penah janji nak bagi tips kat u olss kan. ok. tak baek mungkir janji nanti dosa nanti setapak menghampiri neraka :) ok.ok. takut i. :)


ok. first thing first. i just nak clarified kat sini i pun takde lah bagus sangat. ok. i taip ni pun bukan sebab i nak berlagak dah dapat keje u olss tak dapat keje then i buat u olsss menyampah ajewww.. noo. nooo.. i bukan ah long maa..i cuma mau tolong maaa...sharing is caring maaaaa... let spread the love maaaa... ok ok sudah menyimpang.


as i know ada lagi membe2 i tak dapat offer keje kan then ada yang tanya macam mana i buat. ada soalan bocor ke. then i rasa terpanggil lah nak buat entri ni. jangan lah ingat i nak eksyen pulak taw. kecik hati i nanti :)

1)
ok, perkara pertama u kena prepare sebelum job hunting is resume. ok. silly me sebab benda macam tu pun nak bagitaw. hehehehe.. tapi i rasa resume is super important guys. plissssss make ur resume the best among others. ok. letak lah ape benda u nak letak lam resume tu tapi jangan lah sampai letak karangan. my advise, u pegi jobstreet isi resume depa then print out jadikan u punya hardcopy resume. ade icon print kat sana pandai2 u olss godek2 ok. i malas nak bagi tutorial. :)

2)
be prepare. ini maksud i bukan setakat prepare sebelum u olss pegi interview taw. ini prepare masa u olss dok universiti lagi. get involves dalam banyak aktiviti tapi jangan jadi ahli ataupun penonton je. be the man yang organize program tu. kenapa? haaa.. sebab tu orang kata penting kita get involves dengan aktiviti kolej sebab...haaaa..neves tak. neves tak.. i dapat satu soalan ni.

boss : are u able to work under pressure?
me : yes i can.
boss : how can is u can?
me : ..........

see..ini contoh. kalau u olss tak masuk apa2 aktiviti tak be the man yang betul2 work under pressure then u wouldn't know exactly the feeling working under pressure then u takkan dapat deliver ur answer very well. sebenarnya depa sengaja je tanya soalan macam ni tahu betul ke u BOLEH keje under pressure ke u RASA u boleh keje under pressure. huge different tu guyss.. watch out.

3)
talk from the heart. jangan berusaha sangat nak create ayat bombastik sampai terbelit lidah nak sebut. sampai kucar kacir semata mata nak buat orang impress english kita bagus padahal dah karang siap2 kat rumah. jangan. ini bukan exam sejarah yang u olss boleh hafal sebijik sebijik ayat lam buku teks. ok. just be natural. be urself. jawab apa yang u rasa the best u can give. i wont say kat dalam bilik interview tu u takkan neves walaupun tak banyak. neves tu memang ada takkan boleh lari tapi at least u tak tension tak tentu pasal. kan?

4)
killer question. ada banyak sebenarnya killer questions. antara nya contoh di atas. then tempoh hari i dapat soalan.

boss : ur expected salary is rm...... what if i give u lower?
me : .....

ok..at this moment memang i pun kucar kacir. there is someone warning me already jaga2 soalan macam ni. ada yang cakap setuju je. ada yang cakap kena demand kalau nak hidup senang tapi tak cakap lah pulak ayat terbaik nak jawab macam mana kann. hahaha. then i decide to go with this answer.

me : i do believe people deserved the money they earn.if i work less then i'll be paid less. if i work hard then i'll be paid high. :)

well.this might not be the best answer tapi i dapat full mark ok untuk jawapan ni.hahaha :D yep betul kita tak boleh nampak sangat desperate nak job ni sampai bagi gaji ciput pun angguk je. kan.. tapi kalau kita buat keje pun tak reti then kenapa nak demand tinggi2. ukur baju pada badan sendiri lah u olss.. u know ur selves better than me kan..

4)
jangan overconfident. masa i pegi assessment tempoh hari there is one girl ni memang confident habes lah. die satu sesi dengan i. masa nak masuk bilik buat test english tu die boleh pulak sembang kuat2 ngan calon2 laen.."this is only english test right? nothing to be worried about. english is in my blood" erkkkk...nak muntah. itu tak pe lagi boleh berlagak dengan candidate laen sebab kita tak tahu orang hebat ke tak kan. yang i nak u olss fokus sekarang adalah bila u nak buat walk in interview. masa depa tanya soalan JANGAN JAWAB ON THE SPOT even though u memang dah karang abes jawapan die. u pretend lah berfikir jap. tarik nafas 2 3 saat. then baru start answer. jangan nampak sangat gelojoh. ok. just relaks.

5)
put some make up on ur face. i know this is not so relevan tapi better put some right dari tak letak apa2. at least lah. letak lip bam ke. bedak ke. just simple2 one tapi jangan lah pakai blusher sampai kena tudung merah menyala nyala pastu jalan tengah panas muka peluh berminyak2 terus jadi buruk :) i pun tak expert make up ni tapi betul kata orang. why not u try beberapa hari sebelum pegi interview u pakai make up exactly macam u nak pakai time interview then pegi jalan mana2 macam tu. just to test dah kena panas kang berpeluh ke? buruk ke? tak salah kan. :) dan jangan lupa pakai minyak wangi :)

6)
ini tips i dapat dari blogger senior suatu ketika dulu masa i cari2 tips interview. tapi i tak dapat trace sumber aal nya tapi i ingat lah lebih kurang. she said about a question, bila boss tanya pasal weaknesses? gak2 u nak jawab ape? tak de weakness? kamon! mana ada orang takde kelemahan. then nak jawab ape? haaaa..tips nya.make ur weaknesses as a part of ur strength. contoh kalau u seorang yang panas baran, then macam mana u nak cakap? u cakap lah bila benda tak jadi as u planned u tend to be panas baran but since u know this is bad for working environment especially if u work in a team u cuba nak overcome this matter and u rasa u dah improve a lot. :) see. easy right? boss cuma nak tenok sejauh mana kita terima diri kita seadanya :)

p/s : rezeki itu di tangan tuhan.

Saturday, July 16, 2011

tak habes2 pasal mengundi. -_-"

ada orang tanya aku kenapa tak mengundi? kenapa tak daftar undi. hang taw dak hang tu ibarat parasit? dok negara ni tapi tak sumbang apa2. makan reta kerajaan je taw. patut bagi hukuman gantung ja untuk orang2 macam hang ni.

macam ni lah lebih kurang mesej die. saja aku ubah ayat sikit kasi comel dan dramatik. hahaha.

ok meh sini aku jawab. hang nak aku buat ape bhai?

hang nak aku daftar undi pastu aku pegi mengundi tapi aku tak taw nak undi sapa. so macam mana? hari mengundi aku tutup mata..kena kat PAS aku pangkah kalau kena kat PKR aku pangkah kalau kena kat BN aku pangkah? ke patut aku main pangkah ja? hang habaq mai lah sebenarnya hang nak suh aku sokong BN kan.kan.kan. jangan kencing aku bhai.

jangan nak maen politik ngan aku lah bhai. aku tak layan. hang dok kempen BN itu..BN ini aku tak layan dowh. YB area rumah aku tu aku nampak time nak pilihanraya ja. ape cerita? cerita die YB aku turun sebab nak raih undi ja lah. kalau tak baek dok umah. itu ka hang nak aku pangkah? yang macam tu ka?

stop it lah weii. tak payah nak sumpah2 aku segala. nanti dah sampai seru aku nak sokong mana aku sokong lah. hang toksah dok kalut.

kenapa aku tak mau sokong mana2? ok, meh sini aku kasitaw. kenapa aku tak sokong PAS? sebab ada je YB PAS yang tak kena kat mata aku. iya.. bagus depa dok pejuangkan islam tapi terlalu akhirat bagi aku tak seimbang. Tuhan ajar kita bersederhana kan. seimbang dunia akhirat. jangan semua benda tak boleh buat sebab agama. sesetengah nya sempit nau pemikiran dan yang paling penting pemimpin PAS tak agresif. sebab apa??sebab ulama mana boleh agresif2. iyalah tu. tang hentam BN aku tengok laju jah keluar hujah. mungkin hangpa nak kata aku moden lah tolak agama. takpa.takpa. tapi aku cukup tak berkenan bila hangpa nak kondem orang pakai hadis lah.letak hukum halal haram lagi aku tak suka. Tuhan letak syarat sikit jah tapi kita dok besar2 kan. Tuhan kata kita umat islam haram minum arak kita pi tibai buat kilang arak pun haram. ni apa cerita? cerita hangpa rasa dah konpem masuk syurga lah ni. suka hati letak hukum macam tuhan. kamon!

kenapa aku tak sokong BN? sebab banyak sangat manipulasi. aku last dengar pasal kes video yang babit Tun Mahathir tu..video pasal ape tah aku dah lupa. rasuah kot. dah lama dah tak dengar. yang ni ape cerita? cerita depa banyak pegang kuasa. especially kuasa media depa boleh tutup mulut ramai orang. aku tak taw lah depa boleh manipulasi sampai mana. sampai kehakiman ka aku tak taw. tapi terang2an sangat depa ni dominan dan semua asal babit team depa yakni team BN semuanya di tanggung beres. team bapak2 ikan lah. team anak2 ikan ni takpa. depa boleh buat umpan. yang anak2 ikan amik rasuah memang depa kasi expose konon2 BN ini sangat lah adil even team sendiri pun tak terlepas tapi tu anak ikan. bapak ikan? lagi satu ketara YB BN ni depa lalang. bila time Tun semua tunduk Tun kata nak resign semua nangis alih2 naik pak lah kutuk2 tun pulak memang dasar malays tak tahu malu betul lah kan. sekali paklah tumbang naek najib semua satuuuu malaysiaaaaaaaa.. c*laka. terus kutuk paklah pulak. ni lah tun kata melayu mudah lupa. padahal masing2 berangan nak jadi PM kan. kan. kan. ngaku jelah weii. talam dua muka!


kenapa aku tak sokong PKR? sebab aku rasa PKR memang tak de hala tuju. bagitaw aku apa yang PKR perjuangkan selain anwar dan demokrasi? PKR terlalu obses dengan anwar. walaupun maybe niat depa baguih dan anwar memang sebenarnya teraniaya dengan permainan politik negara. takpa. aku takdak masalah ngan anwar. yang aku masalah pengikut2 dia. nak buat parti tapi yang taw cuma cari gadoh. ngan BN nak gado. ngan PAS nak gado. depa tak gado ngan anwar ja.


aku suka cara Tun Mahathir. siap beli biblografi lagi tu. hahaha. tapi tu tak bermakna dulu aku sokong BN. tak.tak. ini maksud aku bila aku kata aku sokong orang yang boleh bangunkan malaysia. boleh buat malaysia maju. tak kira lah dia parti mana pun. takkan hal macam tu pun tak boleh nak paham? hangpa ni pasai pa?

bakal bekerjaya membuat kan saya neves!

memo : hari ni tema kita i u ye kawan2. dah nak bekerjaya ni ayuh lah bersikap lebih profesional (dan lalang sebab kejap i u kejap aku kau). takpe kan. kasi lah chance i nak tempek imej bersih sikit. ape ingat i tak boleh jadi lemah lembut ke? i boleh ok. semua benda i boleh buat.. (muntah)

ok. sebenar nya i ada benda nak cerita kat u olss ni. ye lah i buat entri mesti ada sebab kan i tak suka betul buat keje takde sebab ni. haha.opsss.. :) (muntah lagi).

ok2.fokus ok.fokus! -__-"

as u guys know lah kan (kalau tak tahu buat2 tahu) i just finished my study kat upm last july tapi result penuh i tak keluar lagi sebab markah LI i ngah dalam proses. lama kan? its almost 3 weeks already. tak taw kalau sebenarnya dah keluar i je bengap lambat hupdate. hihi. :) then to be honest SUSAH GILEEEEE BUDAK MATEMATIK NAK DAPAT KEJE WOHH. yep. i budak nerd amik course matematik pakai spek mata tebal besar gila pegi kelas balik kelas buat assignment last minit tak boleh perform subjek math yang kaw2 subjek universiti yang semua again SEMUA orang boleh skor tapi i tak boleh skor. yeah..that makes my life worse. my job hunting even worse -__-"

susah ok. semua nak cgpa mantap2 sampai 3.5 baru nak panggil interview. macam mana i nak lawan :) then i start tension sikit sebab my sister and cousin dah dapat keje (tipu sangat kalau kata tak cemburu) yeah..sebab i tahu susah nak dapat keje. thank god i jumpa iklan HSBC kat internet then i try apply. masa my sister officially start keje i dalam proses application dengan HSBC dah cuma since HSBC is such a huge company then lama lah sikit proses nya.

i assume semua orang dying nak taw proses tu kan (muntah). ok.ok. let me tell ya. mula2 depa call untuk buat phone interview aka test english level dan communication skill. then if only succeed depa mintak datang untuk assessment dan interview dengan HR. ok. part assesment ni mencabar sikit. (eh silap, banyak) of course lah die nak test english tapi yang makin tension nye sebab depa dah set satu soalan 30 seconds only. mengelumpur lah sorang2 mana nak kejar masa mana nak pikir kan. soalan first i terlepas jawab sebab pikir lama sangat. permulaan yang kurang bagus kan :) then kena tunggu kejap depa kira markah then sapa yang lulus je boleh interview ngan HR. bijak kan. yelah, yang datang haritu ada lah dalam 40 orang, jenuh lah nak tanya benda yang sama all day long kan. baek tapis siap2.

ok at this moment i almost give up. -__-"

u bayangkan lah soalan ada 30 je. tak silap i dapat 26 then lulus. i konfem2 burn satu markah dah sebab soalan first tak jawab -__-" ada 40 orang depa pecah empat sesi satu sesi 10 orang and i first sesi dalam10 orang tu 4 je lepas and i orang ke empat. (narik nafas...tarik nafassss..) i bet markah i mesti sipi je..soalan bukan senang beb. serius. bukan soalan muet ni.. :) pendek cerita then walk in interview dengan HR. to tell the truth i dont think i'm great in english (especially spelling) tapi takpe lah. kasi goreng saja.. hahahahaha.. ape susah. i do believe..i do believe... then setel.

since i orang ke empat then masa lagi tiga tu keluar i sempat lah tanya kot2 dapat soalan bocor kan tapi depa tak kasi owh. haha. kedekut! hahaha. ok.ok. joking. tiga2 tu indian taw and serius, indian can speak english well. serius well. lagi tiga tu semua kata next week they'll give a call. then ape i nak expect? i ni walaupun mulut celupar tapi adalah jugak timing nya i kena sedar diri kan. hikhik. then i pun goreng lah. ape nak jadi. jadi. terima kasih tuhan :) HR tu kata there MIGHT be a position suitable for me but it is based in kl not in there (cyberjaya). die tanya i. can make it or not. i cakap i wanna give it a try. ada rezeki adalah. alhamdulillah, the next Thursday my final interview. ok silly me sebab fikir the next thursday is exactly that thursday padahal lagi satu punya thursday. gelojoh kan. haha :)

die kata nak email detail pasal interview tu tapi i check tak de pun. cuak i taw. iye lah die tak hantar lagi sebab bukan that thursday (7/7) its thursday (14/7) -__-" then sebab tak dapat email i pun balik kampung dengan harapan keje lah kat kampung tanam tembakau ke. ok jugak kan. haha. sadis pulak. bile dah ada kat kampung tup2 dapat email (dan malu2 sebab dah salah faham) then cepat2 datang kl ngan baba dan adik2 sebab kebetulannya depa nak datang tengok liverpool. again, terima kasih tuhan :)

the morning where we suppose to start our journey, kami plan gerak pukul 4pagi aroud 12 sampai kl siap2 then i terus pegi interview. well.. as i can say, that day was the toughest day in my life so far. serius susah. that morning i woke up i rasa badan i gatal gile. satu badan gatal dan panas dan it feels like bengkak satu badan. arghh..i ingat balik pun takut -__- trauma. i tak pernah kena lagi penyakit macam tu. mami suggest pegi mandi sebab takut kena sengat apa2 kan.then masa i mandi tu memang tak ingat dunia lah. pukul 2 pagi i bantai mandi almost sejam sebab i badan i panas gile kena air sejuk pun tak rasa apa2. lepas dah abes mandi baru menyesal terketar2 tak tahan sejuk. :) at that time dah keluar dah bintik2 merah kat badan. paling best mata, hidung, mulut dahi i semua bengkak dan panas. jem. apekah semua itu?

masa tu semua cakap tak payah pegi lah kalau tak sihat tapi i ketegaq jugak. at least i wanna fight till the end. cewahh..macam sakit nak mati dah kan :) then mami suh i minum air yasin then i start vomit. i think Tuhan is helping me. sebab doktor kata i alergik and thank god i vomit sebab benda tu tak dok lama lam badan which can make me more bengkak2. i thrown out everything lam perut. on the way tu bengkak dah surut tapi tapi tapi..bengkak kat mata kiri tak surut2. dont know why. T__T sampai putrajaya pegi klinik kena inject tapi tak surut jugak. baba suh postpone interview but again i ketegaq. hehe. bayangkan naek lrt dengan mata bengkak sebelah, macam orang cacat then semua orang pandang2. i lost my confidence :) almost lost.


dah sampai Bursa malaysia then check in. tunggu turn..then masuk.. pum pang pum pang.. finished. done. lega. jom balik sebab dah tak tahan :) sakit dan bengkak dah gerak smpai pipi. T__T depa kata dalam dua minggu they'll give me a call KALAU DAPAT. takpe. that time i cuma pikir nak balik je :) then again again terima kasih tuhan, the next day depa call kata boleh start on 4/8 with salary tetttttt..hahaha..tak boleh bagitaw. keje pun belum so tak boleh berlagak sangat. haha.

anyway, to all my friend, pliss plisss plisss wish me luck dan i boleh tahan lama keje sana. i'm fully recommend u to give a try at HSBC Data Processing (M). ada dua pejabat. satu kat cyberjaya satu kat kl. each pejabat ada department masing2 depends on ur luck kena letak kat mana. :) this in NOT HSBC Bank tapi ini company process data untuk semua company belong to HSBC Group which involves HSBC Bank. sape ada degree in math (atau at least excellent during SPM would be advantage) dan paling penting english sebab kita nak communicate globally termasuk US dan UK dan sekutunya.

disadvantage cuma kena keje laen sikit dari orang. ofis hour would be 3pm to 12 am. tough kan. sebab kena ikut ofis hour US dan UK dan sekutu nya. sape tak tahan keje macam ni ataupun tak yakin nak communicate in english. pikir banyak kali. company ni bagus sebab bagi kita2 (fresh grad) peluang kerjaya. kalau rezeki lebih dapat keje kat deparment yang bagi gaji banyak (wink.wink) :)semua depends on performance u guys masa interview. sape nak try i wish u all gud luck!

next entri i bagi tips interview ok. :) till then. daaa~~

p/s: dengan mata bengkak macam tu, tak senyum scary senyum lagi scary :)

Monday, July 11, 2011

kesebelasan utama korean star yang buat pompuan macam aku ni pengsan -_-"

amaran : entri banyak gila gambar then kalau rasa berat lambat loading aku nasihatkan bukak laen kali jelah ye.

enough dengan entri2 politik already.ok.bertuah betul ada anak siti tanggang macam aku kan. berzaman baru reti nak balik umah. naseb baek tak kena sumpah jadi batu. hukhukhukhuk. T__T

dan bila dok umah keje takde laen mesti blogwalking dan layan variety show korea. hek hek hek. hidup korea! aku ingat kalau bersih merusuh tempoh hari aku nak pindah pegi korea je. hak hak hak :D dan hari ni aku terlebih rajin nak update pasal laki2 korea sebab shahir dah dapat kat rozita. bob kesayangan dah nyaris jadi milik sheera. uwaaaa...aku dah give up ngan laki malaysia (desperate) hahahaha. n_n

aku tak masuk sangat ngan korean2 show ni sebenarnya. tapi masa aku praktikal tempoh hari membe aku ni memang addicted gila ngan cerita korea then aku pun terjangkit lah sama. haha. jadi nye aku pun suka lah usha2 abang (baca : oppa) korea yang gagah perkasa (comel jambu stok macam pompuan aku rejek awal2) dan perasan kalau lah dapat buah hati macam depa. haha. meh sini aku list down kan idol korea yang aku rasa hensem gila mengancam buat aku tertarik dan lupakan shahir dengan bob seketika. :)

start ngan yang kurang hensem sikit naaa :)

11) Lee Dong Wook (My Girl)
my girl drama korea pertama aku tengok dan aku terus jatuh cinta ngan laki ni.. haha. kira first love lah ni.haha. :)


10) Lee Philip (Secret Garden)
i didn't know much about this guy but then recently i watch him in secret garden then i talk to myself..he looks sooo mysterious right? and he is amazingly sexy being that way. <3 hahaha. lucu pulak cakap macam k-pop fans sejati rasanya. hahaha (blushing)




9) Lee Seon Kyoon (Coffee Prince)
die ni jadi second hero dalam coffee rince. sejujurnya aku rasa aku terengaruh dengan character die dalam coffee prince sebenarnya. romantik gileeee wokk. serius. kalau die tak romantik dalam cite tu mungkin aku pandang biasa2 je. mungkin tak dok dalam list jugak. hahaha. tapi muka die boleh tahan. tambah romantik lagi. jantan gileee lah! :)



tapi die dah kawen nyahh.. hahaha..tu yang macam malas nak letak dalam list tu. hahaha. :D

8) Gong Yoo (Coffee Prince)
coffee prince memang mantap dowh. dalam banyak2 cerita korea. ini cerita aku paling recommend. bukan sebab jalan cerita die je best, heroin die sexy gileeeee....hero die super hensem gileeee gileeeee gileeee. :)




7)  Lee Seung Gi (Shining Inheritance/Singer/MC : 2D1N & Strong Heart)
Seung Gi walaupun nampak comel tapi kalau die berlakon arrogant sumpah hensem! (melompat lompat)




6) Bi Rain (Full House/ Singer)
malas aku nak tulis panjang2. sape tak kenal Rain memang nak kena pulau. :)





5) Top (Big Bang)
Top is just TOP :) the only macho man all centuries. 




4) Gary (Running Man)
aku tahu Gary ni rapper tapi aku tak pernah tengok live performance die. tiap kali aku layan running man mesti aku sokong team gary. hahaha. pilih kasih gila :) 




3) Kim Hyun-Joong (SS501/ Boys Over Flowers)
dulu aku tak minat sangat ngan Hyun Joong ni. maybe sebab rambut die macam pompuan dan die suka berlakon watak2 tak banyak cakap (konon2 misteri). maka aku rasa die tak macho lah. but then bile die potong rambut terusssssssss........ (pengsan)





banyak lah pulak upload gambarnya. nampak nauu pilih kasih. hahaha.. (pengsan balik)

2) Hyun Bin (Secret Garden)
aku memang crazy over Hyun Bin. (tak malu mengaku) serius hensem gila mamat ni. muke innocent tu tak boleh blah tu. rasa macam nak masuk meminang terus kawen tak nak tunang lama2! n_n





1) Jung Yong Hwa (CN Blue)
ini membe aku punya pasal lah suh aku tengok we got married yongseo couple (also known as goguma couple) tak pasal2 hyun bin jatuh nombor dua. n_n hahahaha. yong hwa serius hensem plus perangai macam budak2 sikit plus romantik sikit plus boleh buat teman gado sikit plus manja sikit. jem. mana aku nak carik sebijik macam ni kat malaysia? hahaha. :p





**pengsan**

tapi..dalam pada ramai gila korean idol yang boleh buat pompuan pengsan (termasuk aku) ada sorang ni memang tak boleh kalah. die jepun punya star. memang gila kentang! tadaaaaa...present to you. kimura takuya!


kimura ini ada iras2 yonghwa kan.kan. (eksited sorang2) paling penting kimura ni dah tua. almost early 40's kauuu..anak dah dua. :) haishhh..kenapa lah tak tunggu aku?!

well guys. feel free to tell me ur opinion. ada sape2 tak korang rasa patut layak masuk carta ni? well, ai tak biasa sangat ngan k-pop ni. feel free to tell me ok.

Friday, July 8, 2011

day four : 10 things you want to say to one person

tibe2 aku rasa macam nak sambung balik 10 days challenge aku :) ngada2 kan.hehe n_n

day four : 10 things you want to say to one person

1) stay healthy
2) stay healthy
3) stay healthy
4) stay healthy
5) stay healthy
6) stay healthy
7) stay healthy
8) stay healthy
9) stay healthy
10) stay healthy

aku rasa aku memang ada masalah untuk buat2 tak kesah padahal aku kesah especially kalau sorang tu penting untuk aku. memang jem lah!
dongak ke langit.
luas.
masih jauh.
kaki aku pasak ke bumi.
erat2.
mahu terbang tapi tidak berani.


aku cuba untuk tidak menjadi pengecut.

Thursday, July 7, 2011

masih berkisar soal bersih :)

ape lagi tuntutan bersih habaq mai??

hapuskan kilang arak?
pusat judi?
rumah pelacuran?
konsert campur laki dan perempuan?

#fakta ini aku tibai membe aku punya..salah ke betul ke pi lah tanya die dapat dari mana :)ok?

dalam banyak2 tuntutan aku tak boleh tak setuju part last je. lupuskan konsert campur laki dan perempuan. tapi ada syaratnya jugak lah. untuk konsert yang islamik. berkonsep keislaman, target penonton semua islam. yep. aku setuju. tapi kalau konsert k-pop kau nak suh orang dok asing2 memang naya lah cina india. kau ingat negara ni kau duduk sorang? yep ini negara islam tapi islam tak cetek akal dekk. kita menghormati agama orang, pandangan orang then baru orang hormat pandangan kita. agama kita.

kau marah bila orang kristian bakar kitab kita tapi semua benda depa kita nak control. jangan nak nafi lah..tak payah bagi contoh panjang2.. segala tuntutan ni ape?? betul bersubahat tu kira berdosa jugak. ok fine. bapak2 ibu2 jaga anak2 elok2. kalau depa nak pegi jugak konsert k-pop ke. ikut. ini pun boleh kira sebagai family quality time jugak kan. dari dok biar anak kita pegi ngan membe2 baek pegi ngan kita kan. sekali sekala buat benda yang anak kita suka pun best jugak. baru nampak sporting uncle! :) ini anak sendiri tak mau jaga then bila ada konsert tak bagi pegi alasan bercampur laki pompuan tapi tak nak temankan depa alasan penat kerja tapi nak suh kerajaan buat hukum suka2 hati? kamon... aku bukan sokong kerajaan pun tapi bila budak2 ni dok kuar ayat mahasiswa cerdik (sape tak sokong bersih consider tak cerdik) aku jadi panas lah. bila aku panas mula lah aku nak bangkang balik. :)


wang hasil dari sumber yang haram tetap haram. ok fine. situasi : van carlsberg lalu tol bayar tol sponsored by bos die (which is dari duet jual arak) then sape keje tol tu makan duet haram jugak ke? die dapat duet directly dari orang jual arak. then macam mana? aku tak tahu hukum2 tuhan. korang kan yang suka letak halal haram suka hati..then letak lah.. halal? haram?


kenapa umat manusia seluruh dunia cakap islam terrorist? sebab kita nak sangat pertahankan islam which is bagus sebenarnya tapi cara pemikiran kita tak kena pada tempatnya. kita tend tu mengongkong orang ikut pegangan kita no matter what. contoh tengok tuntutan kat atas lah. tak boleh ituuu..tak boleh ini..sebab ape? sebab islam kata tak boleh. betul! memang islam kata haram berjudi. haram minum arak. haram berzina. harus bagi kita untuk mengelak kan zina. betul. tapi ini negara public maaa.. ada cina maaa.. ada india maaa.. ada yang kristian maaa.. ada buddha maaa.. ada hindu maaaaa.. then kalau semua tak boleh (harammmmmm..korang kan suka guna haram2 ni kannnn) mana depa tak bengang ngan kita orang muslim. muslim dan MELAYU aku rasa lebih tepat :)


aku paham kita nak jaga agama kita. aku paham. serius aku paham. tapi kita kena belajar hormat, tolerate ngan agama laen jugak. ada orang tanya aku. then kau sokong lah lina joy murtad? ini soalan paling comel aku pernah dengar. apa kau ingat melayu itu untuk jadi islam saja dan islam untuk orang2 melayu je???? abes cina tak boleh jadi islam? melayu tak boleh jadi kristian? kamon lah weii..open sikit. tolak tepi adat boleh? adat tu kita develop ikut environment kita. kadang2 adat pun bertentang dengan agama lagi mau ikut ka?

melayu (secara luas nya sebagai rumpun melayu) consist kita(melayu malaysia) indonesia. melayu singapore, thailand, kemboja dan banyak lagi. tengok ras lah. yang rambut dia 'asal' hitam, anak mata kaler gelap, ketinggian sederhana kulit mostly sawo matang and in average. itu semua MELAYU nama nya. jangan perasaan kita je melayu. kenapa melayu jawa boleh kristian? melayu jugak kan? sebab seorang melayu itu tak semestinya islam. sebab islam tu bukan kepunyaan mutlak bangsa melayu. open sikit boleh?

iya. aku tak sokong lina joy murtad sebab dia asalnya ISLAM bukan sebab die melayu islam. eventhough dia bangsa cina tapi islam then die murtad pun aku tak setuju. sebab agama bukan untuk di buat maen. agama kepercayaan kita pegangan kita. aku tak boleh suka2 hati kejap masuk islam kejap masuk kristian. sebab islam is agama. bukan sebab aku melayu. isu lina joy kalau aku nak kupas mau makan satu entri. nanti lah aku buat ok.

main point aku adalah: kita sebagai muslim kena tahu hormat agama orang kalau kita nak orang hormat agama kita. jangan penting kan diri sendiri je. ingat..kita hidup dengan ramai orang. ada bangsa laen. ada agama laen. jangan hanya kerana kita percaya agama kita.. kita konfem masuk syurga (kononya) kita nak kena tolak tepi terus agama orang. sebab tu orang cakap muslim tak open minded. sebab kita2 ni lah.

btw ini akurasa ada link berguna : bukti aku tak tentang bersih tapi aku masih dengan pegangan aku. aku tak sokong perhimpunan bersih. pembacaan jugak boleh membuka minda tahu?

EDITED : ada orang tanya aku. kau ni sokong mana sebenarnya? kan aku dah cakap. aku tak sokong mana2 tapi aku tak suka PERHIMPUNAN bersih sabtu ni. itu je. fullstop. dah aku nak pegi tengok strong heart pulak ni.jangan kacau!

Monday, July 4, 2011

jom kita pulak pecah belah sebab bersih :) biar malaysia perang terus tak aman2 dah :) nak?

sekarang ni tiap2 hari orang dok cakap pasal bersih. tah hape2 tah. mula2 aku malas benor nak campur. aku ingat nak dok diam je. :) iye..iyee..memang awal2 lagi aku tak setuju gile ngan bersih ni. wat the ffffffff die nak suh budak2 muda join sekali benda2 macam ni? sebab konon generasi akan datang kena lah berfikiran cerdik dan perangi rasuah?? double wat the ffffffffffff! banyak cara laen dowh!



ada banyak cara lain nak bersihkan rasuah :) tak semestinya buat perhimpunan kan. jangan ajar anak muda kita buat perhimpuanan. nanti sikit2 nak berhimpun. tak dapat ni nak berhimpun. tak setuju tu nak berhimpun. macam ajar anak2 jugak. masa kcik2 jangan manja kan sangat. majok sikit beli eskrem.nanti dah besar majok skit nak moto. tak bagi kang makin majok. ending die beli lah..see..then sampai bila anak2 kita nak belaja erti susah? erti duet tu tak datang bergolek? :) abes kau dah biasakan budak2 ni dengan asal-tak-puas-hati-je-kita-berhimpun-yukkkkkkkkkkk kau ingat malaysia boleh maju? rasuah boleh dihapuskan?

serius nak muntah. aku bukan sokong kerajaan. aku bukan sokong PKR. bukan sokong PAS. aku serius bebas politik. aku tak daftar mengundi pun sebab aku tak tahu nak undi sape so aku tak daftar. dan aku rasa aku takkan daftar sampai bila2 sebab aku taknak undi sape2. kesah pulak aku kan kalau orang kata aku tak menjalankan tanggungjawab kepada negara :) aku carik kerja, aku bayar cukai, aku jana ekonomi negara. aku beli barangan malaysia (salah satu cara untuk jana ekonomi negara) aku elak rusuhan dan peperangan. aku bebas politik sebab aku taknak jadi double standard macam ahli2 politik sekarang (serius weii jangan nak nafi..kau ingat orang PKR sokong ke event kerajaan? kerajaaan sokong ke event PKR?) politician sekarang taw gado je. abes sape yang buat keje? kita. kau. aku. penjawat awam. mami aku. baba aku.


yang menteri cara menteri lah. bukan nak sebok perah otak pikir aktiviti baru..balik2 satu malaysia. satu malaysia. sejak Dr Mahathir abes aku tak nampak apa2 landmark malaysia yang baru naek. last ape? F1 kat sepang? Putrajaya? bila orang kata malaysia tak update marah...dah menteri sebok kipas PM. bila islam hadhari semua sebok iyeeeeeeee...islammmmm hadhariiiiiiiii... :) bila satu melaysia semua sebok iyeeeeeee... satuuuuuuuuu malaysiaaaaaaaaaaaaaaaa :)ni semua menteri sape pilih? kita lahhhhhhhh..eh2 silap bukan kita.. korang lahhhhhhhhh. :) nak bagi stadium pun kena sokong BN dulu.. alahai.. kesian betul depa ni. nak sangat kuasa tu. nak sangat dominan tu. kalau keje ngan PAS boleh mati ke? agak2 lah. tak boleh nak kerjasama langsung pastu ada hati nak laung satu malaysia? ni satu malaysia ke satu BN? cer cite!

yang tak jadi menteri pun ngan cara tak jadi menteri. aku tak kira aku nak jadi menteri jugak!!!!! -__-" kesian2. kau rasa kenapa kau tak boleh jadi menteri? sebab kau tak cukup bagus. macam mana aku tak cukup bagus tapi aku nak jadi menteri jugak?? haaaaa..ni yang ramai politician kita salah buat ni. kau tak boleh jadi menteri then kau bengang. kau kalah pilihanraya then kau bengang. then kau buat ape? kau kutuk menteri yang menang. kau kutuk parti lawan. semua benda depa cakap kau bangkang. kau cakap itu makan rasuah. ini haram..tapi tulah silap kau. KAU TAHU KOMPLAI JE. BUAT KAU TAK TAW. then macam mana rakyat nak undi? cuba kau tolak tepi dulu pilihanraya tu. cuba kau set balik minda kau. buat keje demi Tuhan. demi negara. ikhlas. jangan buat keje sebab nak rakyat undi. sebab kau nampak nau nak orang undi kau! cut it off lah weii.plis.

KALAU KAU BOLEH BUAT MALAYSIA MAJU THEN AKU UNDI KAU. OK? TAK KIRA KAU PARTI MANA PUNNNN.

aku dah terdelete lah pulak entri asal. maaf lah ye.. :) aku dah lupa aku tulis ape. ni pun dah edit balik dah ni. aku taknak hilang kawan sebab benda macam ni. sebab kalau aku pun ikut join bergadoh macam depa (ahli politik yang bergadoh, yang baek tak pa aku suka :) ) then aku hanya semakin menyumbang kepada keretakan keamanan malaysia yang konon2 nya aku sayang sangat tu :) aku taknak jadi orang yang cakap tak serupa bikin (macam ahli politik kita jugak) then aku rasa adalah kot hikmahnya aku terdelete entri aku tu. kan. :)


aku tak sokong rasuah2. cuma aku rasa ada cara laen nak basmi benda ni selain dari perhimpunan. btw, ambiga kan lawyer.. lawyer kan? kan? then pi lah siasat sape yang makan rasuah tu (kau better betul2 pasti at least sorang yang konpem makan rasuah ambiga oiiii! jangan tahu cakap je) then amik bukti banyak2 (bukti kukuh lah, jangan balik2 pakai video..) owh..boleh jugak pakai video tapi make sure ada suara. tak cukup lagi amik gambar. tak pun kau upah orang pancing depa ni amik rasuah then semasa proses tu kau rakam abes2. gambar kasi clear. siap bagi resit lagi then resit tu simpan. photocopy banyak :) kau buat lah macam mana sekali pun. make sure bila kau hadap depa ke mahkamah.. kerajaan tak boleh manipulasikan hal ni lagi. berani kerana benar kan? then tak payah takut. depa pakai kuasa politik kita pakai kuasa Tuhan :) (kalau kita betul2 benar lah) ok?

tak perlu buat perhimpunan segala sebab serius aku tak nampak langsung relevan nya. ok2, cer terang.. mula2 korang datang berkumpul pastu naek sepanduk. pastu laung2.. pastu tengahari makan lunch (ambiga belanja) pastu sambung naek sepanduk pastu ape jadi? penat. pastu balik :) itu kalau tak jadi rusuhan lah. kalau jadi then merusuh pastu kena baling bom pemedih mata pastu claim polis kejam pastu buat repot pastu claim ni keje BN anta orang sengaja cetus rusuhan pastu kata kerajaan kejam pastu repot. pegi balai pastu? pastu? pastu? eh2 lupa. pastu claim polis pun amik rasuah then buat bersih 3.0 -_-"

sampai bila nak abes? wahai mahasiswa mahasiswi bijaksana sekalian, aku taw hangpa tak sokong rasuah2 ni. aku paham. sampai bila kita nak jadi alat permainan politik je kan. aku paham dowh! tapi banyak lagi cara laen dowh! (saja gedik2 perasan budak key ell cakap dowh2!) yang dah grad tunggu cari kerja apa kata korang apply jadi pegawai pencegah rasuah. tak dapat sekali kau apply lagi. apply lagi dan lagi dan lagi.. sampai kau dapat. once kau dah dapat, then kau buat keje kau betul2. rasa je depa ni makan rasuah kau siasat betul2. bawak semua ke muka pengadilan. hentam abes2. buat sampai semua orang takut nak amik rasuah. kalau agak2 bos hangpa asyik nak blok line ja hangpa siasat die sama tah2 die pun makan rasuah. kalau betul, bawak pegi mahkamah, mana taw kot2 die kena pecat hangpa boleh naek jadi bos. dah ada kuasa senang hangpa nak gali bawak bapak2 ikan kan. politician mesti takut ngan hangpa. ok! yang macam ni aku setuju. kita naek pelan2. bukan nak jatuh kan kerajaan, sebab kita tak mau ada orang makan rasuah. dia BN ka, dia PKR ka xkira lah parti apa pun MCA MIC ape2 jelah semua hangpa sapu bersih na :) jangan hangpa pun pilih bulu jugak taw :)

tak pun hangpa jadi polis. hangpa jadi polis yang tak makan rasuah :) apa hangpa ingat orang PKR, PAS tak boleh jadi polis ka? haaaaa.. tulah hangpa. dok biar orang BN ja jadi polis hangpa sebok buat demonstrasi then kalau kena mula lah kata depa makan rasuah. apa lagi hangpa boleh jadi? ermm..hangpa boleh jadi lawyer ganti ambiga bila die bersara. hangpa boleh jadi pegawai suruhanjaya pilihanraya then hangpa akan make sure tak dak satu pun lobang BN nak rasuah2 pegawai supaya bagi depa menang ok. then barulah hangpa puas hati. kan?  bukan dengan buat perhimpunan ja. ada banyak cara laen lagi. aku taw la ni hangpa dah cerdik dah sebab hangpa amik berat pasal rasuah2 ni. bagus2. cerdik. cuma aku nak hangpa jadi cerdik sikit ja lagi..ok? nak perangi rasuah boleh. tapi takpayah sampai buat perhimpuanan ok?

p/s: penulis adalah seorang yang bebas politik. berapa kali aku nak cakap?! dan yeah aku selfish sebab tak mengundi sebab aku taknak mengundi sembarangan semata2 sebab KAU KENA UNDI DEMI TANGGUNGJAWAB UNTUK NEGARA. banyak lagi cara laen aku bole contribute untuk negara nyah oiiiiii.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails