Friday, September 21, 2012

people, we should read this

Past few days people keep on sending me all those boikot trending msg yet I still don't know how to response.

 Just minutes a ago someone bbm me with this : Ustaz Azhar Idrus : Filem Innocence of Muslim tu memang la menghina Islam tapi dia ada bagi kita satu motif dan sebab.antara sebabnya diorang nak tahu berapa ramai umat Islam yang HIPOKRIT! Kamu semua marah dan menyumpah seranah pengarah yang mengarahkan filem itu kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad Saw, tapi tidakkah kamu semua sedar yang kamu sendiri menghina Islam, Muhammad Saw dan seluruh hadis hadis Muhammad Saw? Nabi menyuruh kita sembahyang 5 waktu sehari semalam, "solat itu tiang agama dan bagi sesiapa yang tidak menunaikan maka dia meruntuhkan agama mereka". Tapi adakah KAMU SEMUA MENUNAIKANNYA? Tidak menunaikan solat 5 waktu samalah seperti menghina Nabi Muhammad dan hadis hadis mereka, kerana hadis Nabi untuk diikuti, bukan setakat dengar sahaja. Rasulullah Saw itu nakhoda kapal islam kita, kita sebagai anak kapal hendaklah mematuhi arahan nakhoda kita kalau tidak mahu kapal agama kita tenggelam. Tidak dengar arahan Nabi umpama menghina Nabi sendiri. Kita menyumpah saranah pengarah filem tersebut tetapi apabila kita menyumpah mereka, mereka mengertawakan kita kerana kita HIPOKRIT! Dari mengutuk atau mengecam pengarah filem tersebut, lebih baik kita berdoa agar pengarah tersebut diberikan hidayah oleh Allah Swt. Kita mengutuk mereka, kita dapat dosa. Nabi tidak ajar kita mengutuk orang kafir, sebab itu zaman Rasulullah Saw mereka tertarik dengan Islam kerana Islam itu lembut tapi tidak bermakna Islam itu lemah.

 I'm not good myself. And I do appreciate those who send me support-islam msg but I was thinking how could I act like so-good-muslim when I know I'm still lacking in so many area. Kalau kita nak orang berubah, kita kena first berubah. We have to respect Islam well before we ask people to respect us.jangan sembang je kencang tapi sendiri pun tak tahu hala tuju.just imagine najib bagi ceramah agama suruh tutup aurat tapi kak ros kita kemain havoc :)

Just my humble opinion guys.I'm not good myself :)

Sunday, September 9, 2012

gagah menaip guna bb walaupun screen kecik.hadap kan jugak

ok,panjang lah pulak tajuk kan.ape ape jelah che kiah.bukan ada yang baca *sobss*

Ok u olsss,malas intro panjang2 haaa.maklum lah dah lama tak menulis skill jadi cacat nyahhh.tumpul.so elok lah kita straight to the point aje lah ye. ni haaa aku ada hot story nak cerita u olsss.panas telinga mak, panas lagi hati mak u olsss.pertama ada client tanya aku anak dah berapa siap mitak tips jaga badan u olsss.sape tak sentap??haaa..dasar takde insurans haaaa.kerana mulut habes batal puasa u olss.menyampah.

Kedua, ada customer mak complain katernye mak tak cukup friendly kauuu.korang hade kena complain bagai?mesti tak hadeee kan.sentap mak! Kalo complain kata mak tak friendly ok lah lagi bole terima mungkin masa tu mak period kot, yang tak bole terima tu makcik ni cakap staff melayu tu sorang je tak friendly staff cina semua friendly. Abes balik2 makcik dok hadap muka saya jugak tu kenapa.kenapa tak pegi je jumpa staff cina yang friendly sangat tu?! Haaaa..kan dah keluar suara jantan. Makcik pun period gamaknya.gasak.malas mak nak pikir.masa nak mintak tolong kemain lagi kan makcik lembut kueh pau dari kekabu.bila dah dapat, sekali tuuu je saya tak sempat nak layan, saya ingat makcik nak paham alih2 makcik bole g repot HQ bagai cakap saya tak friendly taknak layan customer.cakap staff laen bagus saya sorang je tak.sobss sobss.makcik dah maen2 kan perasaan saya makcik.saya terluka! Auwwww..

Huishh makan dua hari jugak lah aku terkilan dengan makcik tu.sampai aku rasa nak resign.haha.serius! Aku rasa terhina gilakkkk.cis.sekarang.mak nekad nak jadi surirumah sepenuh masa.masalah nya satu je, nak jadi surirumah sape? Hahaha.anyone sudi?

Wednesday, August 22, 2012

kalau kau rasa nak marah

kalau kau rasa nak marah,baek kau tido sebelum kau sakitkan hati orang2 yang kau sayang.

kalau kau tak puas hati jangan post kat fesbuk kang banyak mata yang membaca.

kalau kau rasa orang laen loser pikir balik, mungkin kau pun tak kurang losernye.

aku paling benci bila aku marah marah.dan aku paling benci dewasa.aku benci bila aku rasa takde sape paham aku.aku benci dan aku rasa fed up gila. serius fed up gila.

Tuesday, August 21, 2012

raya pun nak sentap. tah pape.

selamat hari raya semua :)

tak seronok langsung raya bila tiap lima minit orang tanya bila nak makan nasi minyak.

tak boleh pegi beli sendirik ke?


s.e.n.t.a.p

Thursday, July 19, 2012

natang. eh lupa. annyeonghaseyo!

ishk..natang susah gila interview.

"macam mana awak nak 'jual' chicken chop"

jem.

First tima rasa loser. -_-"

Tuesday, July 17, 2012

aku keje dan kehidupan yang tiada :)

annyeonghaseyo~~~~

amek kaw. bajet korea :)

ehem2..dan lama tak buat entri. malu sungguh nak menaip ni..biasa lah orang tade life **sentapp**

sebenarnya aku ada benda penting nak bagitaw. penting gila. gila. serius..

...

ok, itu bukti aku serius gila.

aku nak tukar keje. dan aku nak pinjam pendapat2 korang. sudi tak? erkkkk..kalau tade orang baca entri ni, mohon yang 'bukan orang' jangan komen. -_-" kang tak pepasal demam aku.

kepada yang tak tahu, aku dah dekat empat bulan berenti HSBC sebab mami aku tak senang duduk tengok bila taw aku keje malam. dia takut aku jadi kupu-kupu malam :) kalau aku kupu-kupu malam memang konpem laku. konpem :) tapi aku budak baek. aku taknak jadi kupu-kupu malam :) ok. back to our main topic.

lepas aku benti HSBC aku keje kat Aeon. alaaaaa yang Jusco Aeon tu. haaaa..well..aku tak kata keje ni susah. tapi sebab aku keje Aeon kota bharu. customer tak pernah masuk jusco.balik2 kb mall tesco je. ermmmm..aku stress jugak lah dengan ethics dorang ni. kadang2 nak complain tak bijak lah senang kata. dan bos aku cina *bukan nak racist* jadi dia dok push aku buat sale (senang kata make sure orang buat hutang) tapi aku budak baek.

Aku tak suka buat semua tu. TTT__TTT ayaq mata tiga line membuktikan aku betul2 maksud kan kata aku tu. aku rasa job ni tak secure. bukan dari segi profit atau earning tapi dari segi sahsiah. ecewahh..sahsiah kau..kau hade? aku rasa macam makan duet tak bersih. cis. agak2 orang bank dengan insurans rasa tak apa yang aku rasa?

Dan2 pulak dua hari lepas renaissance hotel call aku nak offer jadi PRO(Public relationship Officer). GM die nak jumpe khamis ni. aku pun tak taw. nak pegi ke tak ndak? separuh eh bukan 70 peratus aku rasa nak pegi. aku nak jugak taw menatang ape PRO punye keje kan. kalau sonok nak jugak amik :) at least expected customer sana takde lah se low ethics customer aku sekarang. tapi lagi 30 peratus rasa better stay. nak stay kenapa aku pun tak taw. :(

Tolong lah aku woi.. ada sape2 taw PRO tu keje dia macam mana? i need an advise. please. a good one :)

Sunday, June 17, 2012

natang ape euro? orang sokong raja azmi menang masterchef lah! :)

ingat lah kalian jangan sesekali menyusahkan ibu bapa. dan ingat lah kalian untuk tidak meminta minta TT__TT bersyukur lah kalian seadanya dan jangan lah melebih lebih dalam berbelanja.** sentap jugak lah sesikit **

benda2 sentap macam ni tak elok post kat fesbuk kang ada yang terasa..maklum lah..silaturahim itu penting. ^^

Saturday, May 26, 2012

masih gagah menulis

walaupun tade sape pun baca entri2 saya tapi atas dasar memang saya ni ketegaq tak dengar cakap orang, saya tetap nak menulis. heh. intro lame gile. gasak.

hari ni saya masih dalam mode trauma..trauma kan ape? Erkkk..tak payah lah bagitaw..kang aib pulak. dh lama saya tak menulis..skill dah berkarat.ayat gempak dah lintang pukang..lama saya tatap monitor..saya fikir..apa yang berubah?heh.sadis tapi saya kena mengaku jugak. saya yang berubah. saya yang dulu cakap jarang pikir..marah main hembur. saya yang suka susah kan amzar..suka bergantung dengan amzar hehe..suka buli amzar.hikkk

haishhhh...tension betul dengan natang touch screen ni..rosak mood.

ok sambung. kemudian patah hati. then saya mula tak mahu bergantung pada siapa2. time ni lah baru nak spend time ngan membe. baru nak belajar bersahabat katanya.heh. dah takde rasa nak in relationship. patah hati lah katakan. haha..dan menjadi seorang yang pernah patah hati buatkan saya sangat lah tak suka tengok orang menjadi pathetic semata kerana cinta. berbekal kan mulut yang takde insurans ni, maka ada lah hati yang terluka....ok...padan muka saya..tu lah mulut tak reti nak taruk insurans.

maka saya pun mula tawar hati nak bersahabat. sebenar nya saya takut saya tak mampu nak handle perasaan hilang sorang lagi sahabat baek..saya penakut? memang, kalau korang rasa sendiri feeling hilang bestfren baru korang paham. bila saya kurang bersosial saya perasan saya dah tak berapa ada sence of humor.manjang je serius. plus bila saya stat keje ofismate saya kebanyakkan nya 25 tahun ke atas..erghhhh..not my league.

dan berbekalkan muka comel dan senyuman menawan (ecewahh) maka saya di lihat sebagai anak kecil yang inesen. yang perlu di jaga jiwa nya. yang pantas dibuli. yang nerd. yang takkan memberontak..padahal..im not that inesen. saya behave kerana saya tahu saya paling muda.saya mahu respek senior2 saya..saya tahu di mana kedudukan saya. walaupun saya sebenarnya taknak mengaku, tapi sedikit sebanyak menjadi dewasa membuat kan saya menjadi such a stupid coward -__-" 

 
kerana itulah saya cukup tak suka menjadi dewasa. kerana menjadi dewasa bererti saya mesti fikir perasaan orang laen..pandangan orang laen..saya kena terbuka terima kritikan tapi limited dalam memberi kritikan. saya sudah tak berkarya dan tidak diberi peluang untuk berkarya. saya mahu bebas. mengkritik dan dikritik. saya mahu jadi diri saya yang dahulu. saya mahu bangkang bila saya nak bangkang. saya mahu berdiri bila saya nak berdiri. saya mahu jerit bila saya nak jerit. benci. besok pegi keje mesti chicken balik. BENCI!
**repost..lama punya entri basi.. :-) **

musim kawen = musim mengawan

walau pun muka boleh buat2 relaks tapi bila dapat taw membe2 nak kawen mau sentap jugak hati ni :) seronok lagi bila membe tanya saya bila pulak. saya jawab belum berpunya :) alasan.

alasan. sebenarnya saya tunggu kejora bersatu saya betul2 sedia dan semoga dia sudi nak kawen dengan saya..hahahahaha..kalau dia tak sudi baru saya pikir nak kawen ngan sape. terharu tak?

Monday, April 16, 2012

ptptn tak perlu bayar balik?? jangan lah begitu ^__^

assalamualaikum kawan2 :)

ehem..intro kasi sejuk mata mandang sket..baru lah nampak ilmiah.hahaha..ok..hajat di hati saya sebenarnya nak post aje kat fesbuk..tapi bila taip mak haihhhh..panjang pulak.maka post sini aje..sape nak baca sila..hadap sampai muntah..terima kasih.

lately semua dok kecoh nak demo ptptn jangan bayar balik..maaf lah ye..entri ni kasar sket. tapi serius saya tak paham ape masalah korang..masa dapat duet kemain joli..saya dulu pun masuk universiti..saya taw lah..membe2 saya ada je budak2 ptptn..saya taw lah..masuk duet joli..ok..bukan semua tapi segelintir :) kemon! takkan taknak ngaku.

ramai je membe2 saya guna duet tu pegi holiday..pegi jalan2..makan best2..beli baju..beli henpon..beli iphone..akhir bulan sengkek makan meggi..what im try to say is...MEMANG BENDA TU TAK DE KAITAN APA2 DENGAN SAYA PUN.  tak usik periuk nasik saya pun..iyee..iyeee..saya budak JPA seronok lah tak payah bayar balik..erkkk..well....ADA SAYA KESAH??! DULU SAYA BELAJAR RAJIN2 DAPAT BIASISWA..SO SAYA TAK PAYAH BALIK..SO?SO?SO??? kalau tak puas hati lain kali belajar rajin2..apply biasiswa! bertuah atau tak..rezeki atau tak..depends on usaha jugak..

jadi jangan banyak bunyi bila kena bayar balik ptptn..jangan berlagak macam mangsa keadaan sedangkan dulu masa dapat duet joli sakan. lupa daratan. bila cakap macam ni mula lah tuduh saya orang kerajaan..main politik..kau tak pe lah tak payah bayar..jangan sebok2..kamon! budak melayu kang saya cakap lembik..manja marah..boooo..tapi kalau bukan manja..bukan lembik..kenapa banyak nauuu merungut nya..belajar malas..bila dapat pointer rendah bising...belajar malas bila duet ptptn abes cakap bagi sikit sangat..cakap kerajaan kedekut..bila kena bayar balik bising! kamon. macam mana bangsa kita nak produktif kalau semua benda kita nak rungut. kalau belajar malas adat lah pointer tak tinggi..kalau duet 'pinjam' buat joli adatlah kena bayar balik!

abang saya, kakak saya, adik lelaki saya adalah peminjam tegar ptptn..what im saying is, mintak kerajaan mansuh kan bunga pun dah cukup baek..jangan nak melebih lebih sangat boleh tak? kalau tak payah bayar balik ptptn baik mansuh terus ptptn..biar next sem..adek2 korang yang tak dapat biasiswa tu tak berduet.bulan2 mintak duet makpak tanggung..korang nak? nak? kamon! takkan nak bagi semua orang masuk u dapat biasiswa..abes korang ingat kualiti graduan universiti boleh upgrade ke? kamon! makin ramai joli duet free ada lah. tak free pun joli. -__-"

ape yang korang buat dengan duet pengajian korang..memang takde kena mengena langsung dengan saya..kalau beli buku bagus..kalau buat pegi holiday pun tak de masalah..tapi mintak tak payah bayar balik pinjaman bagi saya melampau..as i know..sape2 grad as first class pinjaman itu akan jadi biasiswa..erti kata laen..tak payah bayar balik. sape grad below tu..sila paham2 senirik..nama pulak pinjaman ptptn..tak nak bayar balik, saya nasihatkan nanti dah ada anak sila menabung dari kecik..bila die masuk u guna je duet tu..

alang2 kalau nak hapuskan bayar balik ptptn, baek kita mansuh kan terus ptptn..tutup buku..dah end of story.sape yang sedang belajar tu be prepared..next sem duet pt tak masuk..pandai lah korang nak hidup..sanggup? bagi saya instead of mintak kerajaan hapus kan bayar balik ptptn..baek lah kita perjuangkan isu mintak kerajaan hapus kan bunga atau kadar interest..sekali lagi, dalam erti kata laen..kalau korang pinjam 12 ribu untuk belajar, bayar balik genap 12 ribu.tak lebih tak kurang..nak bayar berapa lama, ikut kemampuan korang. kerajaan tak boleh nak cakap tidak, sebab 'kononnya' ptptn ini tubuh untuk bantu rakyat tersayang sambung belajar dan dapat kehidupan yang lebih baek..'katanya' bukan untuk buat profit. so suruh lah dorang bukti kan :)

malang nya main point saya tak ramai yang paham.. *sigh*

Sunday, March 11, 2012

resign dan keje baru...adios boss busuk hati! u go dai!

walaupun aku tak pasti ada ke orang doa kan aku untuk interview tempoh hari, tapi aku tetap nak bagitaw semua orang..aku dapat keje tu woiii!, yeehhaaaa...im leaving the company.even better, im leaving my boss! nanti aku keje kat kelantan woiii..tiap2 hari bole jumpa mami.muahahahahahahaha..cant wait!

walaupun tak de jaminan yang boss baru aku takkan sekejam boss sekarang sekurang nya aku dok umah, bila aku down mami will always there utk tepuk bahu aku and says everything is gonna be okay. AT LEAST. pegi mampos boss aku nak potong bonus.nak potong gaji..seriusly, aku dah expect. untuk orang yang tak pernah senang tengok orang bahagia, ape lagi aku nak harapkan.takpe..maybe dengan buat aku papakedana hati dia senang sket..go ahead..Tuhan tahu exactly ape dia dah plan untuk kau.just wait.amek lah aku tak hadap.

macam lah sebelum ni die tak pernah ugut nak potong gaji aku.heh.please guys, kalau one day korang jadi boss..jangan jadi macam bossaku..kesian anak orang oi!

Monday, January 2, 2012

sesi muhasabah boleh mengelak takbur dan bongkak ^^

besok keje.yeay!!tak sabar betul! *bluerkk*

hehe..ok2.tak baek betul dah dapat keje tak tak reti nak bersyukur,merungut je manjang.penat lah.stress lah :) ok2..sudah2 lah merungut tu akak2 sekalian.ayuh lah berkerja denga produktif ini tahun. moga2 dapat increment sebesar gunung. hahahahaha. ^^

owhh maaf.terikut gaya korea. hahaha.setelah sekian lama bertarung untuk dapatkan cuti new year akhir nya hari ni berjaya! yes! tak keje dan tak dapat OT extra pun takpe. :)

Hari ni tiba2 rasa mahu serius. harap awak2 semua tak kesah lah ye.

because i start my new year dalam keadaan tak berapa nak tenteram maka i think i should take a few steps back. recall myself. muhasabah. mungkin Tuhan nak warning saya. maybe i was just too harsh to so many people already. maybe i was just judging the book by its cover all the time. therefore Tuhan nak this new year I calm myself down. grow up. be mature. optimist. forgive and forget (my super sorry because I dont know when forgive and forget become hard to handle for me)

2011 has been good..bad..good..bad for me. sepanjang tahun i was like...i'm doing good..i'm doing good..just good. well, perhaps 'just good'. T__T nothing much. not a pleasant way to grow old actually :) no partner to fight with. no shoulder to cry on. no entertainment. no more lepak maulana. no more korean drama all night. no more k-chart hahaha. and i keep on saying i'm doing good. hahahahaha. so purak-purak-tabah ^^

the moment when i start to move to my current home-sweet-home, i think that is when i really learn to live as an adult *bluerkk*. tido alas tilam seriously soooooooo like  mat gian bak kata shakira ahmad ^^ hahaha.. right girlfriend? then i start to think what have i achieved this far? erkkkkkkkk...nothing T__T

i start to take life seriously.. i set my target. a month later i get myself a queen size bed. hahahahahahaha..sungguh tamak haloba i know..i know..and now i'm planning to get a laptop. kenapa bukan ipad??sebab tak guna beli ipad kalau guna pun tak reti dan malas nak belaja benda2 teknologi tu semua. jadi baek la beli laptop :)

dear 2012,

Please be good. please be awesome! :) my azam??! erkkk.i dont have any. no more azam please. i just want to go free this year. to grow old as a super happy women. i want to appreciate my family. my friends. my life. before i reach 30, I WANT TO TRAVEL TO 7 WORLD WONDERS. please pray for me. ^^

love you all,
Aisyah

Sunday, January 1, 2012

entri tahun baru ikhlas dari hati yang inesen ^__^

Pukul 4 pagi. 1 januari 2011 2012 maaf.belum terbiasa.

menunggu running man loading memakan masa lebih lama dari sepatutnya jadi untuk mengisi masa yang banyak nauuu terluang ni ayuh lah membahankan seketul dua entri kat blog lapok ni.malu betul asyik post karya2 tak berkualiti ni. malu nak bagi orang baca..hahaha *muka malu*

okeh. new year sambut kat dataran putrajaya ada konsert anjuran kl fm tapi guess what??? TAKDE BUNGA API! omggggg omgggg omggggg *pengsan*

tapi takpe..bunga api bukan lah satu kemestian. kalau sambut new year bunga api takde pun januari masuk jugak..ape ade hal :) and yes, new beginning. new life.

semoga tahun yang baru ni membawa perkara2 yang baru. membasuh balik duka2 lama. mengerat yang terlerai. mengukuh yang sedia ada. semoga ada yang sudi rindu saya. amin. semoga dalam hidup seseorang saya punya tempat yang istemewa. amin. semoga ada yang sudi mendoakan saya. aminn. budak jahat pun dalam hati ada taman wohh~ inikan budak inesen macam saya :) :)

kadang2 hidup ini sunyi. kadang gembira. kita takkan pernah merasa cukup dengan apa yang kita punya. lucu bila sesetengah nya terlalu mencuba. terlalu selesa. lucu kerana kita semua sebenarnya sama.

aneh benar dunia seakan berputar perlahan. satu hari menginjak ke satu hari sepertinya lambat dan kadang2 aku hilang sabar. bikin aku bosan membilang hari. bikin aku jemu mengatur hidup.aneh bila aku lihat, betapa hidup ini berubah. kau berubah. aku berubah. kita berubah. aku benci bila aku tak mampu menyara seperti mana mereka dulu menyara. ahhh..aku juga sama. tiada bakti pada orang tua. benci.

Tuhan, permudah kan urusan saya berbakti kepada keluarga. aminn.


Aisyah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails