Thursday, July 19, 2012

natang. eh lupa. annyeonghaseyo!

ishk..natang susah gila interview.

"macam mana awak nak 'jual' chicken chop"

jem.

First tima rasa loser. -_-"

Tuesday, July 17, 2012

aku keje dan kehidupan yang tiada :)

annyeonghaseyo~~~~

amek kaw. bajet korea :)

ehem2..dan lama tak buat entri. malu sungguh nak menaip ni..biasa lah orang tade life **sentapp**

sebenarnya aku ada benda penting nak bagitaw. penting gila. gila. serius..

...

ok, itu bukti aku serius gila.

aku nak tukar keje. dan aku nak pinjam pendapat2 korang. sudi tak? erkkkk..kalau tade orang baca entri ni, mohon yang 'bukan orang' jangan komen. -_-" kang tak pepasal demam aku.

kepada yang tak tahu, aku dah dekat empat bulan berenti HSBC sebab mami aku tak senang duduk tengok bila taw aku keje malam. dia takut aku jadi kupu-kupu malam :) kalau aku kupu-kupu malam memang konpem laku. konpem :) tapi aku budak baek. aku taknak jadi kupu-kupu malam :) ok. back to our main topic.

lepas aku benti HSBC aku keje kat Aeon. alaaaaa yang Jusco Aeon tu. haaaa..well..aku tak kata keje ni susah. tapi sebab aku keje Aeon kota bharu. customer tak pernah masuk jusco.balik2 kb mall tesco je. ermmmm..aku stress jugak lah dengan ethics dorang ni. kadang2 nak complain tak bijak lah senang kata. dan bos aku cina *bukan nak racist* jadi dia dok push aku buat sale (senang kata make sure orang buat hutang) tapi aku budak baek.

Aku tak suka buat semua tu. TTT__TTT ayaq mata tiga line membuktikan aku betul2 maksud kan kata aku tu. aku rasa job ni tak secure. bukan dari segi profit atau earning tapi dari segi sahsiah. ecewahh..sahsiah kau..kau hade? aku rasa macam makan duet tak bersih. cis. agak2 orang bank dengan insurans rasa tak apa yang aku rasa?

Dan2 pulak dua hari lepas renaissance hotel call aku nak offer jadi PRO(Public relationship Officer). GM die nak jumpe khamis ni. aku pun tak taw. nak pegi ke tak ndak? separuh eh bukan 70 peratus aku rasa nak pegi. aku nak jugak taw menatang ape PRO punye keje kan. kalau sonok nak jugak amik :) at least expected customer sana takde lah se low ethics customer aku sekarang. tapi lagi 30 peratus rasa better stay. nak stay kenapa aku pun tak taw. :(

Tolong lah aku woi.. ada sape2 taw PRO tu keje dia macam mana? i need an advise. please. a good one :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails