Thursday, March 31, 2011

p/s: aku kompleks orangnya.

see...endingnya aku padam balik apa aku tulis. -___-"

Tuesday, March 22, 2011

kenapalah melayu macam ni? buat malu kaum ja taw dak??!

untuk entri ini saya nak bagitaw awai2..sape yang terasa..biaq pi lah nak terasa.saya malas nak buat baek dengan semua orang :) ok2 silap..bukan dengan semua orang, dengan orang yang tak baek je saya tak baek..*ok, ayat keling*

saya tengok gambar hot belon kat putrajaya tadi. :) apa masalah saya ngan gambar2 tu? takde..takde masalah.

yang masalah dengan saya ialah bila intention nak pegi-tegok-belon dah tukar jadi nak pegi-tengok-ragam-manusia-pastu-rasa-nak-upload-lam-fb-supaya-boleh-kutuk-ramai2. -_-"

ini keje siapa??melayu. -___-" malu..malu..saya bukan nak kondem bangsa sendiri. saya pun melayu tapi saya malu dengan melayu2 yang macam ni..bukan semua..ada ja melayu yang saya kenal, yang saya rasa kagum sebab die melayu tapi..saya tanya jujur, ada ke cina india buat perangai macam ni selain kita orang melayu??


haaaa..haaaa..tadi nak melenting sangat kan..cakap lah..ada ke? ada diorang amik gambar sape2 jelah tak kira melayu ke cina ke india ke pastu upload kat fb pastu ajak kawan2 kutuk?? ini bukan soal menegakkan hukum ISLAM..itu hal laen..paham? tak tunjuk muka pun, agak2 lah..kutuk tak ingat dunia macam dah baek sangat -_-" tah hape2 tah. bila orang kata muslim(dan melayu) ni bajet bagus..marah! taw marah..tapi ini apa??bajet hebat-sangat-konon2-pahala-dah-penuh-lam-dada??

saya tak nak cakap pasal agama lah nanti salah info. ilmu saya pun tak penuh di dada. tapi saya tahu lah, bersentuhan antara lelaki dan perempuan tu salah. pakai pakaian yang menampakkan susuk badan tu salah..bla bla bla.. semua orang tahu hal tu, beza nya cuma samada depa nak apply dalam hidup atau tak ja..


..contoh satu..


::contoh dua::

kalau kata intention nak letak gambar tu lam fb sebab nak 'kononnya' bagi kesedaran..haram jadah. apsal biaq kan depa lagha dok kondem orang kemain..hangpa berlagak macam hangpa dah baguih sangat hangpa taw dak??

apa hangpa ingat hangpa tak pernah macam tu ka??keluar dating tak pegang2 tangan ka? (saya takdak buah hati memang lah seronok kata.haha) dak la..jangan dok yakin sangat bang..yang tika dok ingat memang lah tak buat. time dak ingat??

iya lah..dah sapa suh depa pi pakai baju ketat2..jarang2..pastu buat adegan peluk2 pulak..ya dak??sapa tak sakit mata dak..dah taw salah buat jugak tu pasai pa..memang padan muka lah kan..iya lah.iya lah. betui jugak tu. tapi yang heran nya kita dok sebok2 nak amik gambar pastu upload kat fb tu apa guna dia?? ingat depa2 boleh sedar ka?? kalau berani sangat awat tak pi sound direct ataih muka terus ja. senang. depa pun kalau nak sentap, sentap la tu jugak. lagu tu baru nak kata hero bang.

ini main aci upload kat fb pastu kutuk ramai..haishhh..tak profesional taw dak? ni lah golongan melayu yang dok berani baling batu tapi tangan sorok kat belakang. main aci nak tunding jari kat orang ja. semua tak kena. semua tak cukup. cakap nak pum pam pum pang tapi keja satu pun dak jalan. bila nak maju?? semua benda nak mudah ja..tak nak pikiaq lebih sikit. taknak penat lebih sikit.  -__-" *dah lari topik dahhh*

dah tu macam mana nak lawan kaum laen? bila depa up sikit taw pulak nak 'sentap mak nokss'. tapi bila bagi peluang dok buat malaih2..buat cincai2 ja asal siap. bila kena rotan marah tapi datang sekolah malaih. isyk isyk isyk. kalau dah taw malaih..bila kena rotan ngan cikgu diam2 dah lah. memang salah sendiri kan. saya pun salu ja kena rotan dulu masa sekolah2 sebab dak mai kelas tambahan :) relaks ja. :) idup lagi aihh.

cakap pasai melayu sampai bila tak habih. cakap banyak sangat kang kata tak sayang kaum sendiri. dok dewa sangat lah kaum laen. tanah melayu kena rampaih kang baru padan muka. awat dok takut ngat aihh..kalau kita pun sama2 develop macam depa mana boleh depa nak rampaih tanah kita.

sebab kita taw kita lemah lah, pasai tu kita takut. ada ja kedai cina kecik2..tak cantek..tapi servis?? pikiaq lah sendiri. ni kita dak..kedai nak cantek. nak nampak mewah. tapi servis -_-" tu tak pa lagi..ada kedai lebih kurang buruk ngan kedai cina tapi servis?? jauh kena tinggai. dah tu nak salah kan sapa lagi? salah kerajaan sebab tak bagi subsidi? :) jangan dok jadi manja sangat aih.

p/s : apsai tiba2 dok cakap utara ni? :)
owh p/s lagi satu : saya dah slow talk awai2 dah ngan depa ni :) toksah dok risau sangat aih.

Thursday, March 17, 2011

hati gua pun boleh broken bro!


malam ni entri serius punya. betul ni..takde gelak2 punya. senyum2 mungkin ada sikit2..tangisan adalah dijangka yang paling banyak keluar dalam entri ini. maka bersiap sedia lah. :) see...hati patah pun muka harus senyum. baru nampak tabah T_____T (takdelah tabah sangat)

saya terjatuh hati T___T iyaa.. tak payah lah nak purak2 lagi. buat malu je simpan sorang2 tapi akhir ada jugak yang dapat detect. terjatuh hati tidak lah bermaksud status saya berubah ok. terjatuh hati ini lagi sipi nak jadi syok sendiri tetapi malang nya... T___________T

saya dah tak pandai bercinta gamaknya. otak dah berkarat. hahaha.dah tak pandai nak cakap lembut2..muka manis2. my bad..hell yes my bad. sape tahan dengan pompuan keje menengking 24 jam kan? T_____T sape tahan dengan pompuan panas baran kan? T___________T

semua nak pompuan yang lemah lembut..comel..pakai shawl nampak ayu..jalan elok je..dengar cakap..tak queen control..tak lady boss..ada banyak masa untuk diorang...susah ok semua tu untuk saya. susah paham tak?? dah lama saya tak jaga dan tidak dijaga oleh siapa2. then nak expect apa? saya culture shock kot.

takkan saya nak berubah cakap elok2 tiba je..hipokrit sangat. saya boleh cakap elok2 tapi bertempat lah..dengan makcik2 takkan nak cakap kasar jugak kan :) ngan orang2 tua takkan nak marah2 kan. haishh..susah betul nak bercinta ni. kan kan :)

saya tak suka bila bukak soal cinta sebab saya rasa segan. bukan segan sebab saya sorang je takde orang nak..hahaha..bukan bukan. tapi saya segan lah bila orang tahu saya suka sape. haishh..nanti mesti orang ketara-nak-tahu-sape-die..kan mumu :) kan akak ala :) saya paham apa masalah terbesar saya sekarang. saya lupa macam mana nak bercinta T_______________T

saya tahu ada orang kata kenapa nak sangat bercinta dah elok2 single :) bercinta tu haram kerana menghampiri zina :) saya bukan jenis orang yang meletakkan hukum kepada bercinta. menghampiri zina juga ada benar dia tapi depends lah kan.kalau betul terniat menghampiri zina maka dah jadi salah lah. kalau tak terfikir pun??macam mana? :) berangan nak dirikan masjid bagi saya bukan kategori menghampiri zina :) bagi saya lah.

pesanan penaja : keje sekolah memang senang terabai bila jiwa kacau padahal makin abai makin jiwa kacau. tah hape2 tah T___T
p/s : owh sebelum lupa, yang saya terjatuh hati tu bukan nama kat syiling entri bawah taw. jangan salah paham. ni saya dah explain ni salah paham lagi tak taw lah -_-"

Friday, March 11, 2011

entri gedik kalau tak suka baca pangkah awal2.

saya dah warning..ini entri gedik terbaek punya dari ladang TPU upm..hahahahaha. :)

present to you, especially untuk si 'penunu Bunsen' ......... amino islahio.


hahahahahaha..kenapa nak kena letak gambar ni??hahahahahaha..tettt..itu rahsia. mana boleh bagitaw kan.kalau bagitaw dah tak rahsia dah lah.hahahahahahahaha...


amacam, rasa macam misteri tak? ini semua hasutan si penunu Bunsen amino islahio. ngada2 nak kenen2 kan saya la tuh. amek kaw sebijik aku bagi. tapi ini bukan nama amino lah.ini nama....... hahahahahahahahahaha. :D malu mak nokssssss.... gedik..iya saya tahu. :'(

saya dah cuba blur kasi tak nampak langsung tapi macam nampak lah pulak kan. hahahaha..kalau sape dapat detect itu sila kan lah.saya tak kesah pun. ini cuma gurauan. jangan lah ambil hati ye si pemilik nama. sape suh bagi shiling kat kita. malu kita taw! hahahaha :D

jom g rejimental sama2 :) HAHAHAHAHAHAHAHA.

P/S : AMINO KAU JANGAN NGADA2 NAK PEGI CERITA SEMUA NI KAT DIA. INI SEMUA KAW  YANG SUH POST KAT BLOG KAN.HAHAHA. NANTI JANGAN LUPA KIRIM-SALAM-AJAKLAH-ECHA-PEGI-REJIMENTAL KAT DIA YA. HAHAHAHAHAHA :d

ok, entri pendek je malam ni.malam esok boleh sambung kalau rajin. dadaaa. :)

Tuesday, March 8, 2011

segmen jiwang makan hati bila bff taknak share limau sama2. T_T

tadi saya dengar lagu ini di radio..saya tacing sorang2. kehkehkehkeh.dalam hati saya ada taman so jangan maen2 dengan taman saya sebab ada sarang tebuan. kehkehkehkeh.

kopratasa - permata untuk isteri

telah ku siapkan satu daerah paling sunyi,
dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri.

untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita,
untuk kau beri erti dengan kelembutan,
untuk kau hargai dengan kasih sayang.

ku ingin kau jadi wanita mulia,
yang tahu harga budi dan hati,
seorang lelaki bernama suami.

kerana engkau isteri,
ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini,
tak semudah yang kita janjikan,
yang kita janjikan.
kerana kau isteriku.

nak tahu lagu mana? sila youtube sendiri.haishh..takkan semua nya nak tunggu orang suapkan..awak2 ni...rajin sikit boleh tak? ok, segmen jiwang makan hati sorang2 bila bff taknak share limau sama2 berakhir di sini..semoga kita berjumpa lagi di laen hari..hahahahahahaha. kalau rindu doa2 lah bff saya makan limau tak share then boleh lah kita buat segmen ni lagi ye. :)

kepada bff saya :: ape ni my fren....nak jugak limau........uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... T_T


Saturday, March 5, 2011

status fesbuk pending..tak bole post kat fesbuk maka tuka plan post kat blog.

walaupun sekadar berfesbuk depan tv gelap gelita.masih rasa nikmatnya 'rumah' :) tiada tandingan.


saya cuba sembunyikan tapi saya tak rasa saya berjaya.


awak patut rasa bertuah dalam ramai2 manusia awak je yang boleh control saya.well..sekurang2 nya pernah :)


saya ada rasa sesuatu. :)



saya tak suka bila saya rasa special.saya lagi tak suka bila saya rasa dia special :)


nurazila mhd wahi..jangan komen apa2. :) saya mesti tak tahu nak bereaksi macam mana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails