Sunday, April 17, 2011

saya nak jadi the next bintang paling popular ganti sam :)

hal2 peribadi ni saya rasa patutlah di tulis di blog peribadi dan bukan nya di side projek :) nak tahu link side projek saya? sila cari sendiri. saya telah berikrar untuk menyimpan rahsia identiti di side projek so saya tak boleh langgar ikrar. :)

credit to acik zul :)
saya rasa macam dapat award bintang popular. padahal anugerah khas pengetua je :) tapi saya pedulik hape..anugerah khas je pun..anugerah jugak..korang ade??? takde kan..jadi saya nak bagi ucapan sikit lah ye..untuk peminat2 di luar sana :) nak baca ke taknak baca KENA BACA JUGAK!

saya nak ucapkan jutaan yang menghampiri infiniti kepada Tuhan kerana menganugerahkan bakat sedemikian rupa kepada saya yang pada asalnya tak pernah terlintas langsung di fikiran saya untuk masuk dalam bidang seni ni apatah lagi untuk sampai ke tahap ini :) terima kasih Tuhan kerana sentiasa bekalkan saya kekuatan di saat saya nyaris rebah dan tak mampu bangkit Kau hantar hamba2-Mu untuk bagi saya semangat. terima kasih untuk kasih sayang ini ya Allah. saya tahu mana mungkin saya mampu ucapkan dengan kata2 tapi saya benar2 bersyukur ya Allah. #__# (mata berkaca)


juga terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana sentiasa ada bersama saya sewaktu susah dan senang..terima kasih kerana mendidik saya untuk menjadi berani dan mereka banyak mengajar saya yang kritikan itu adalah sebaik2 sifu dan tidaklah kita perlu takut dengannya :) terima kasih mammi..terima kasih baba..terima kasih kerana tidak pernah merungut bila saya tak balik rumah time cuti sekolah T__T saya banyak keje.... T__T terima kasih mammi kerana sentiasa menjadi lapik ayaq mata saya :)

seterusnya terima kasih kepada ayahanda dan bonda kerana sentiasa meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya. untuk segala nasihat dan pendapat ayahanda saya terima dengan lapang dada dan saya percaya semua itu adalah yang terbaik untuk saya. nasihat dan pendapat itu lah yang meletakkan saya begini pada hari ini. :) terima kasih juga kerana tidak pernah lokek untuk berkongsi dengan kami segalanya bermula soal ilmu pengetahun sehingga lah kepada resipi masakan termasuklah dapur gas..bawang..pisau..papan pemotong..dan segalanya lah yang kami guna suka hati sebab nak masak untuk buka puasa dulu..saya akan ingat sampai bila2 :) terima kasih :) terima kasih :) juga kepada bonda, terima kasih sebab sudi offer kami bilik tidor kat hotel tadi :) malu kami di buatnya :) :)

tidak mungkin saya lupa, kepada sahabat2 yang sentiasa ada di sisi saya sepanjang saya susah apatah lagi time saya senang. anda2 banyak mengajar saya erti persahabatan sebenar dan anda2 juga lah antara penyumbang kepada kekuatan saya, saya kelihatan teguh kerana saya ada kamu2. :) terima kasih kerana selalu sudi temankan saya pegi latihan walaupun latihan makan masa sampai lewat malam..terima kasih sebab selalu marah2 bila ada orang kutuk2 saya.. saya tak jadi down bila tengok awak2 marah taw. terima kasih kerana sentiasa buat saya rasa dihargai dan disayangi. kenangan persahabat ini tak mungkin saya lupa.

untuk kakak2 senior, terima kasih kerana telah berpenat lelah membentuk saya untuk jadi pemimpin yang berguna. pemimpin yang bermatlamat. ketaksuban akak terhadap kolej sebenarnya punca utama saya menjadi taksub juga. terjangkit barangkali :) melihat betapa akak terlalu sayangkan kolej buat saya jadi teringin untuk menjadi sebegitu rupa. melihat akak unite antara sendiri buat saya mahu unite juga. terima kasih kepada akak2 yang pernah secara terangan menzahirkan ketidak puasan hati terhadap saya..mungkin tanpa sedar saya juga membuat ramai orang rasa 'annoying' tapi tak apa..saya paham kalau dalam hidup ini mana mungkin semua orang akan suka kita kan :) apa2 pun terima kasih kerana buat saya sentiasa sedar yang saya ni tidaklah sempurna :)

untuk adik2 junior, ilmu akak takdelah banyak mana cuma selagi mampu akak mahu mencurahkan segala yang akak tahu kepada adek2 supaya baeknya akak adek2 boleh amik buat panduan dan buruknya akak adek2 boleh amik buat tauladan. salah akak bukan untuk di kondem semata2 dek.salahnya akak adalah untuk adek amik ikhtibar juga. matlamat akak tidaklah sampai disanjung tinggi melangit tidak lah juga sampai disumpah dikeji. jangan terlalu cepat rasa cukup dengan apa yang ada, tapi jangan sampai terlalu mencari sempurna sampai tak tahu apa dia nikmat kesyukuran.

sekian. terima kasih. i <3 u guys..ummmuuuaaaahhhhh!

credit to acik zul
bayangkan depa ni dok dengaq saya punya ucapan..fuhhh..meriah tu.. n__n

2 comments:

Hanna Farhana said...

tahniah ecah n lala..n tahniah kpd semua yg dapat anugerah ehhee

Cik Puan Muda Aisyah said...

tahniah untuk kak na juge~~~ :) rajin betul kak a baca2 entri ye.. mekacih..mekacih..hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails