Thursday, August 25, 2011

cerita hari raya upin dan ipin (versi dewasa)

bila balik keje malam2 sambil dengar lagu raya feeling die macam berlakon cerita sembilu kasih. haha.

ok2 aku tahu sangat tajuk memang tak kena dengan isi kandungan. ok, boleh abaikan tajuk. semenjak bekerjaya ni tak nyempat lah nak hupdate blog kan. penat kot mencari sesuap nasi. ni bukan zaman kuliah boleh asal penat je ponteng~ haaha. part ponteng memang aku rindu zaman universiti. tak larat owh hari2 pegi keje redah jem kat bandar tun razak, jalan hang tuah membawak ke area puduraya. tiap2 hari oke.  jangan maen2 jalan keyy ell sekarang dalam tangan je..hahaha (riak)

cepat lah jumaat supaya penderitaan ini berakhir barang seketika. :)

owh by the way, raya tahun ni tak macam raya2 lepas. feeling raya tu lambat nauu sampai nye. aku sorang je ke rasa? korang tak rasa macam tu? aku boleh kira ngan jari kot lagu raya kuar kat radio..balik2 dok pasang lagu berdua bersatu dari forteen tu. aku nak dengar lagu raya lah woii!! lagu cinta2 nanti lepas raya lah pasang!! T__T

bila takde lagu raya berkumandang di corong radio jadi nya mood raya aku tahun ni menghampiri sifar. nak beli baju raya tak de mood. nak beli biskut raya tak de mood. nak puasa tak de mood.. eh eh eh eh  haha..ok2. yang tu gurau jewww :)

ini semua salah radio sebab tak pasang lagu raya!!

p/s : cakap jelah sebenarnya ko saja tak pasang radio sebab takut nangis masa dengar lagu raya. hahahaha. :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails