Thursday, June 16, 2011

ada hackers nak hack malaysia tapi kita gosip je taw.


hari ini sama2 lah kita bersikap serius dan matang ye adik2..(adik2???wakdeeeeeeeee) iye lahh...adik2 lahhh...malas aku nak gado2..iye lahhhh..aku dah tua dah..dah tak boleh perasan 16 tahun dah....huishhh..itu pun nak berkira tawwww...

eh2 lupa pulak tadi suruh serius kan..btw..hangpa taw dak web kerajaan malaysia kena hack :) tak taw??kesian..meh sini aku habaq hangpa. selamat membaca.

aku sekarang praktikal kat min def. apa aku buat kat min def? itu aku tak boleh bagitaw..kalau aku bagitaw aku kena tembak hangpa..hahaha..poyo tak?poyo tak? hahaha... :D di sebabkan keje aku kat min def ni banyak lah sangkut paut dengan security alam maya ni..jadi aku terpanggil (terpanggil tu tak tahan tuuuuu) lah nak kongsi benda ni ngan hangpa.. bukan apa..benda ni penting untuk kita generasi muda-nak-meningkat-tua ni taw..yalah..lepas geng najib..geng kita lah memerintah kan :) hangpa bayangkanlah kalau pm zaman kita tak taw benda2 macam ni..rugilah kan..aku assume yang baca entri ni semua bakal2 pm lah ni ya..hahaha..tinggi tak cita2 aku? terima kasih..terima kasihh..

berbalik kepada cerita pasal hacker ni, apa yang aku taw dia dah bagi threat (hangpa taw dak threat tu apa? threat tu ugutan..aku taw hangpa dah taw, saja aku nak bajet hebat.haha) kat kerajaan malaysia..depa kata depa nak hack malaysia.gov. haippp..sabarrr..sabar..jangan dok kalut nak melatah..sabar..lek luuuuuu... 

hangpa baca dulu entri aku sampai habes, nanti nak kutuk pun kutuk lahh..ok? 

korang taw dak perang siber ni jauh lagi serious dari perang tembak2..haaaaa..hangpa tak taw..aku tak kesah pun pasal politician gadoh ka..pasal minyak naek rega ka..pasai Daudsu ka :) ...pasal perhimpuan ka..pasal anwar ka..pasal zizie kawen ka..pasal pkr bn ka..serious aku tak kesah. lantak p lah semua tu. yang penting aku tak undi mana2. aku tak undi bn aku tak undi pkr..aku undi sapa yang boleh buat malaysia maju. aku undi ORANG aku tak undi parti. deal?

tapi pasal malaysia punya web nak kena hack aku pedulik. korang taw tak ape depa buat sebenarnya? meh sini aku explain. hangpa taw dak laaaa ni banyak gila transaksi kita buat ikut internet. bukan 'kita' termasuk hangpa2 ja..goverment pun transit maklumat tru internet jugak. abes hangpa ingat duta2 kita kat negara jauh2 tu communicate pakai apa? burung merpati? -_-" 'internet' bukan email semata mata. paham?! hangpa rasa2 lah kan..dalam satu hari berapa banyak info depa transmit? ratus?? ribu barangkali.kannn.. dibuatnya dalam ribu2 info tu adalah dalam sepuluh info rahsia.. contoh nya.... kita plan nak serang israel then rampas tanah jajahan depa bagi balik kat palestin.. aku cakap CONTOH ja... hangpa bayangkan lah in between tu banyak nak kena deal. mana kita nak simpan senjata. nak pakai pistol apa.. nak stat serang tang mana. nak serang bila.. macam2 lagi lah kan. hal2 yang kita tak taw.. apa hangpa rasa akan jadi bila hackers dapat hack sistem kita? bila depa dapat baca semua info2 rahsia ni? 

kalau hangpa tanya aku.. aku cakap aku bagi kat israel. :) sebab apa? sebab aku hacker. aku tak rugi apa2. hackers ni depa cuma nak test power depa ja.. dan ada jugak sebab2 laen nanti aku tunjuk. sampai mana depa boleh pi. lagi secure channel tu.. lagi depa suka. aku penah jugak lah teringin nak jadi hacker hahaha.. :D yang rugi nye sape :) kita. aku. hangpa. najib. anwar. wakil rakyat. mawi. hazama. siti nurhaliza. ah hong. yap. muthu. semua lah senang cite. ni baru betul 1malaysia :) hahaha.. ok tak lucu. sebab apa hangpa nak taw? terang lagi mau suluh2 ka.. abes hangpa ingat israel dah taw kita nak serang depa ingat depa nak dok diam :) ini aku cakap CONTOH saja. benda betulnya aku tak taw. tapi sapa taw apa yang kerajaan simpan kannnnn... nanti kita dah naek jadi pm kita taw lah kot :) hahaha.

ok..ok..kalau hangpa kata toksah dok risau sangat pasal kerajaan. mampuih pi lah naseb rakyat bukan depa cara pun kan.. ok fine. takpa.. takpa. dok lah goyang kaki kat umah buat tak taw. sila lah. satgi depa hack masuk JPN then amik data2 hangpa.. amik email hangpa.. amik password hangpa.. amik akuan nombor hangpa amik duet hangpa.. masa tu baru hangpa taw best ka tak best hilang duet ni.. tu pun kalau hangpa ada duet lah :) hangpa ingat depa tak boleh buat semua tu ka? kesian hangpa. ingat, ini bukan salah kerajaan semata mata. dah sapa suh hangpa tak belaja rajin2 amik kos menatang ni pastu buat satu sistem yang secure untuk malaysia kan. nak harap najib buat semua kesian lah dia.

kenapa aku bagitaw semua ni kat hangpa.. sebab aku taknak politician masa depan jadi macam geng pakcik2 kita. gadoh pasal benda2 tak patut gadoh pun. hangpa rasa berapa orang je kat parlimen tu yang alert pasal isu ni? tak sampai sepuluh orang? tak abes2 nak gadoh pasal hal remeh. lepas kutuk najib kutuk nik aziz pastu kutuk anwar pastu kutuk..kutuk..kutuk..kutuk..tak abes2.. -_-" memang duet rakyat kita bayar untuk depa buat bayar lawyer saman sama depa. macam lah susah sangat nak dok semeja buat keje sendiri senyap2. alamak..emosi pulak aku. haha

aku nak politician masa depan pikir macam mana nak kasi internet channel kita secure. sudah2 lah tu amik source luar. buat sistem kita sendiri. buat kapal kita sendiri. buat pistol kita sendiri. buat web kita sendiri. jangan nama je sri melati lah. sri tanggang tak pulang rumah lah. sri melukut tepian gantang lah tapi inti dari jerman :) design baek punya pakai kayu jati ada ukir2 tapi enjin dari france. jangan cakap je made in malaysia padahal 'pasang di malaysia tapi apa isi dalam tu kami tak taw'. then senang lah orang nak attack kita sebab kita tak tahu apa2. sebab kita dengar je orang cakap bagus kita pun bagusssssssssssssssssssssssssss... (mata bersinar - sinar) kesian kan?

aku selaku bakal perdana malaysia ke berapa aku tak tahu lagi, aku harap sangat geng2 aku ni bukak mata. ayuh lah berubah bersama sama aku. aku bukan nak ajak buat demo. toksah bazir tenaga buat demo segala. nanti kena tangkap polis kesian mak ayah kita kan. aku harap kita prepare diri kita elok2 nanti kita nak tadbir negara ni senang. kita dah tahu apa nak buat. aku harap sangat menteri2 kabinet aku nanti lebih matang dan berpandangan terbuka daripada sebok gadoh pasal tak bayar letrik -_-" baek lah kita gado pasal benda laen. contoh:


kelantan: kenapa negeri kau lagi maju dari negeri aku? wakdeeeeeeeeeee...tak boleh jadi nih! ni haaaa amik kau aku buat taman tema air kau ade?????? hahahha...takde kan..takde kan...

perlis: kuang hajaq. nak rampas pelancong ai lah tu. takpe2. elehhh..ape sangat kolam saiz itik berenang. well.. ai ade ladang tebu stable punya. negeri ai kaya raya buat benda tu je. tiap2 tahun ai invest buat research macam mana tebu ai nak sihat gemok2..negeri u sebok maen air je...hahahaha :D

haaaaa...kan persaingan sihat tu.. :) sayangkan bila kita dok gado pasal kuasa. macam mana nak maju....

3 comments:

hamihemo said...

hidup malaysia..hidup malaysia...depa kat kampung mana nak layan ni..depa layan nu anuar nu..depa kena baru la depa sedaq baru la salahkan security kita ni lemah...depa bagi anak2 depa moto pi rempit..try bagi anak depa buku...mesti boleh buat security kita mantap masa hadapan...acehhh lelebih la aq ni hhahah

♥ Juliana Violet ♥ said...

Salam Aisyah,
Congrats! Aisyah salah seorang top 10 kontes 99 Hari Kisah Klasik Kita. :)
http://kisahklasikita.blogspot.com/2011/06/keputusan-peraduan-cerpen-kisah-klasik.html

Esok hadiah akan diberikan kepada pemenang di The Annexe Gallery, 5:30pm. Aisyah dapat hadirkan diri tak? :)
Sila tinggalkan contact num Aisyah di veeviolet78@yahoo.com ye. :)

none said...

hamihemo : kadang anak2 yang curik moto buat rempit padahal bapak dia polis buat roadblock :) zaman sekarang tak boleh salahkan mak bapak dah. budak2 yang advance melampau lampau.kalau anak2 yang malas nak belaja rajin2. tak de kesedaran penting ilmu pasal ni.then sampai bila2 lah malaysia tak maju.generasi kita yang patutnya stat berubah. generasi pakcik2 dah lemau dah. dah tak boleh lentur :)

vee : hahahahaha..kamsamida. kamsamida... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails