Thursday, July 7, 2011

masih berkisar soal bersih :)

ape lagi tuntutan bersih habaq mai??

hapuskan kilang arak?
pusat judi?
rumah pelacuran?
konsert campur laki dan perempuan?

#fakta ini aku tibai membe aku punya..salah ke betul ke pi lah tanya die dapat dari mana :)ok?

dalam banyak2 tuntutan aku tak boleh tak setuju part last je. lupuskan konsert campur laki dan perempuan. tapi ada syaratnya jugak lah. untuk konsert yang islamik. berkonsep keislaman, target penonton semua islam. yep. aku setuju. tapi kalau konsert k-pop kau nak suh orang dok asing2 memang naya lah cina india. kau ingat negara ni kau duduk sorang? yep ini negara islam tapi islam tak cetek akal dekk. kita menghormati agama orang, pandangan orang then baru orang hormat pandangan kita. agama kita.

kau marah bila orang kristian bakar kitab kita tapi semua benda depa kita nak control. jangan nak nafi lah..tak payah bagi contoh panjang2.. segala tuntutan ni ape?? betul bersubahat tu kira berdosa jugak. ok fine. bapak2 ibu2 jaga anak2 elok2. kalau depa nak pegi jugak konsert k-pop ke. ikut. ini pun boleh kira sebagai family quality time jugak kan. dari dok biar anak kita pegi ngan membe2 baek pegi ngan kita kan. sekali sekala buat benda yang anak kita suka pun best jugak. baru nampak sporting uncle! :) ini anak sendiri tak mau jaga then bila ada konsert tak bagi pegi alasan bercampur laki pompuan tapi tak nak temankan depa alasan penat kerja tapi nak suh kerajaan buat hukum suka2 hati? kamon... aku bukan sokong kerajaan pun tapi bila budak2 ni dok kuar ayat mahasiswa cerdik (sape tak sokong bersih consider tak cerdik) aku jadi panas lah. bila aku panas mula lah aku nak bangkang balik. :)


wang hasil dari sumber yang haram tetap haram. ok fine. situasi : van carlsberg lalu tol bayar tol sponsored by bos die (which is dari duet jual arak) then sape keje tol tu makan duet haram jugak ke? die dapat duet directly dari orang jual arak. then macam mana? aku tak tahu hukum2 tuhan. korang kan yang suka letak halal haram suka hati..then letak lah.. halal? haram?


kenapa umat manusia seluruh dunia cakap islam terrorist? sebab kita nak sangat pertahankan islam which is bagus sebenarnya tapi cara pemikiran kita tak kena pada tempatnya. kita tend tu mengongkong orang ikut pegangan kita no matter what. contoh tengok tuntutan kat atas lah. tak boleh ituuu..tak boleh ini..sebab ape? sebab islam kata tak boleh. betul! memang islam kata haram berjudi. haram minum arak. haram berzina. harus bagi kita untuk mengelak kan zina. betul. tapi ini negara public maaa.. ada cina maaa.. ada india maaa.. ada yang kristian maaa.. ada buddha maaa.. ada hindu maaaaa.. then kalau semua tak boleh (harammmmmm..korang kan suka guna haram2 ni kannnn) mana depa tak bengang ngan kita orang muslim. muslim dan MELAYU aku rasa lebih tepat :)


aku paham kita nak jaga agama kita. aku paham. serius aku paham. tapi kita kena belajar hormat, tolerate ngan agama laen jugak. ada orang tanya aku. then kau sokong lah lina joy murtad? ini soalan paling comel aku pernah dengar. apa kau ingat melayu itu untuk jadi islam saja dan islam untuk orang2 melayu je???? abes cina tak boleh jadi islam? melayu tak boleh jadi kristian? kamon lah weii..open sikit. tolak tepi adat boleh? adat tu kita develop ikut environment kita. kadang2 adat pun bertentang dengan agama lagi mau ikut ka?

melayu (secara luas nya sebagai rumpun melayu) consist kita(melayu malaysia) indonesia. melayu singapore, thailand, kemboja dan banyak lagi. tengok ras lah. yang rambut dia 'asal' hitam, anak mata kaler gelap, ketinggian sederhana kulit mostly sawo matang and in average. itu semua MELAYU nama nya. jangan perasaan kita je melayu. kenapa melayu jawa boleh kristian? melayu jugak kan? sebab seorang melayu itu tak semestinya islam. sebab islam tu bukan kepunyaan mutlak bangsa melayu. open sikit boleh?

iya. aku tak sokong lina joy murtad sebab dia asalnya ISLAM bukan sebab die melayu islam. eventhough dia bangsa cina tapi islam then die murtad pun aku tak setuju. sebab agama bukan untuk di buat maen. agama kepercayaan kita pegangan kita. aku tak boleh suka2 hati kejap masuk islam kejap masuk kristian. sebab islam is agama. bukan sebab aku melayu. isu lina joy kalau aku nak kupas mau makan satu entri. nanti lah aku buat ok.

main point aku adalah: kita sebagai muslim kena tahu hormat agama orang kalau kita nak orang hormat agama kita. jangan penting kan diri sendiri je. ingat..kita hidup dengan ramai orang. ada bangsa laen. ada agama laen. jangan hanya kerana kita percaya agama kita.. kita konfem masuk syurga (kononya) kita nak kena tolak tepi terus agama orang. sebab tu orang cakap muslim tak open minded. sebab kita2 ni lah.

btw ini akurasa ada link berguna : bukti aku tak tentang bersih tapi aku masih dengan pegangan aku. aku tak sokong perhimpunan bersih. pembacaan jugak boleh membuka minda tahu?

EDITED : ada orang tanya aku. kau ni sokong mana sebenarnya? kan aku dah cakap. aku tak sokong mana2 tapi aku tak suka PERHIMPUNAN bersih sabtu ni. itu je. fullstop. dah aku nak pegi tengok strong heart pulak ni.jangan kacau!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails