Friday, July 29, 2011

kisah rosmah, politik dan agama :)


ini yang aku kata bila kita anak2 muda mula terpengaruh campur adukkan agama dengan politik maka depa pun suka hati keluarkan pendapat tapi guna nama agama. :( sedih kan. bendera itu satu identiti negara dah masa kita mula2 nak bentuk malaysia British yang guide kita tak heran lah depa yang keluar kan idea buat kontest tak heran lah depa yang kuarkan idea buat bendera tak heran lah depa pilih bendera kita sekarang ni sekali pun. tak heran! bendera kita mirip amerika then kita sokong kristian ke makna nya? kita tak perjuangkan islam ke maksudnya? apa? apa? aku tak paham langsung kaitan bendera mirip amerika dengan kita orang islam tak boleh hormat bendera malaysia? just because bendera kita mirip amerika?? what? what? itu je? abes kau nak bendera kita macam mana sebenarnya? kamon! terus terang! yang kaler hijau bulan kat tengah??? open plisss.. this is just  bendera. BENDERA!  bila orang tengok jalur gemilang ada jalur2 putih merah ada bulan bintang ada petak bucu belah kiri orang taw dah. owhh ini bendera malaysia. sama macam bila aku tengok bendera hijau ada bulan aku taw lah PAS. bendera biru ada dacing aku taw lah BN. erkk..PKR aku tak suka nak komen.


aku tak sokong kerajaan. aku cuma nak taw, tang mana kerajaan tolak islam? kalau kerajaan tolak islam depa takkan bagi sekolah rehat awal untuk bagi laluan solat jumaat. depa takkan bagi cuti awam untuk hari raya puasa. raya haji. depa akan sekat sebarang perayaan berunsur keislaman termasuk lah maulidur rasul and so onnn.. depa layan bila cina kata stop azan kuat2 kat speaker sebab ganggu depa tidur. depa kasi lupus terus mahkamah syariah. kamon! aku tak sokong kerajaan cuma aku sedih lah anak2 muda lebih kurang sebaya aku tak bukak luas2 pale hotak. tak telus tengok ke depan. keje nak kondem. nak cari salah kerajaan. iye. aku admit. kerajaan tak bijak sangat bila tolak adakan hukum hudud which is bagi aku satu hukum yang logik akal dan boleh je diaplikasi kan. syaratnya hukum ni kena jalan kat muslim je dah lah. jangan dok bengap sangat ngada2 nak paksa cina india pun ikut hukum hudud kita. ade paham?!

soal kilang arak, judi, kasino kat genting pembalakan haram bla bla bla...ini bagi aku sensitif sikit. aku pun tak taw macam mana nak kasi hangpa semua paham point2 aku. tapi takpa. aku try explain.

ok. contoh. bila negara2 eropah kata wanita muslim tak boleh berhijab yakni bertudung apatah lagi berpurdah di negara depa bermaksud wanita2 muslim kat sana yang pakai tudung sekali pun kena bukak tudung sebab apa? sebab suka hati depa lah nak buat peraturan. negara depa. agak2 kita marah tak? agak2 kita hangin tak? kita mesti rasa kebebasan kita di control kan. nak pakai tudung pun tak boleh cel apa kan? tapi kita dok haram bukak kilang arak lah. haram bukak kasino lah. haram konsert itu lah. haram ini lah. haram itu lah. sape sokong semua ini kira bersubahat join-venture haram jugak. alahai..kesian kesian. bagi aku bersubahat itu bila  cina nak bukak kilang arak kita yang islam ni bagi duet beli saham. bila depa jual kita orang islam ni yang tolong jualkan. bila ada kasino kita yang islam ni bagi share. itu baru bersubahat. bagi aku. as long as depa buat hal depa..kita jaga halal-haram-yang-tuhan-kata-bukan-yang-hangpa-dok-tambah-suka-hati kita sudah. jangan minum arak. haram. jangan maen judi. haram. jangan amik riba haram. ada sepuluh kilang arak sepuluh kasino pun kalau kita yakin dengan iman kita. yakin dengan agama kita. kita baek2 aja kan. ngak usah khuatir kan. kan?
  
 oh kamon pliss..tak payah ingat kan aku soal ilmu agama. admitted! memang ilmu agama aku pun tak kuat. tak banyak. tapi kamon. rasional lah babes. tak payah belaja hadis segala kan nak taw rasional ke tak. for me, islam mudah sangat. kita sakit islam dah pikir cara siap2 nak buat ibadah. kita musafir penat islam dah tolerate siap2. tuhan maha mengetahui. dia dah pikir semua tu sebelum kita start pikir lagi. why make it hard babes?? why? why?

bila pendapat sendiri tapi letak hukum tuhan. letak halal haram suka hati. aku jadi sedih. aku jadi mahu ketawa. dan btw, daripada dok beli hadiah mahal2 untuk rosmah baek lah bagi peruntukan baiki padang stadium bukit jalil tu aku rasa. salah sepak silkit kopak. tendang sikit kopak. malu orang tengok. satu bulan puasa ni takde orang nak main bola kan. haaaaa..renovate lah puas2. tak cukup duet suh rosmah gadai harta dia. apa susah. kata nak berkhidmat untuk rakyat. ini lah masa nya rosmah oii! :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails