Monday, July 4, 2011

jom kita pulak pecah belah sebab bersih :) biar malaysia perang terus tak aman2 dah :) nak?

sekarang ni tiap2 hari orang dok cakap pasal bersih. tah hape2 tah. mula2 aku malas benor nak campur. aku ingat nak dok diam je. :) iye..iyee..memang awal2 lagi aku tak setuju gile ngan bersih ni. wat the ffffffff die nak suh budak2 muda join sekali benda2 macam ni? sebab konon generasi akan datang kena lah berfikiran cerdik dan perangi rasuah?? double wat the ffffffffffff! banyak cara laen dowh!



ada banyak cara lain nak bersihkan rasuah :) tak semestinya buat perhimpunan kan. jangan ajar anak muda kita buat perhimpuanan. nanti sikit2 nak berhimpun. tak dapat ni nak berhimpun. tak setuju tu nak berhimpun. macam ajar anak2 jugak. masa kcik2 jangan manja kan sangat. majok sikit beli eskrem.nanti dah besar majok skit nak moto. tak bagi kang makin majok. ending die beli lah..see..then sampai bila anak2 kita nak belaja erti susah? erti duet tu tak datang bergolek? :) abes kau dah biasakan budak2 ni dengan asal-tak-puas-hati-je-kita-berhimpun-yukkkkkkkkkkk kau ingat malaysia boleh maju? rasuah boleh dihapuskan?

serius nak muntah. aku bukan sokong kerajaan. aku bukan sokong PKR. bukan sokong PAS. aku serius bebas politik. aku tak daftar mengundi pun sebab aku tak tahu nak undi sape so aku tak daftar. dan aku rasa aku takkan daftar sampai bila2 sebab aku taknak undi sape2. kesah pulak aku kan kalau orang kata aku tak menjalankan tanggungjawab kepada negara :) aku carik kerja, aku bayar cukai, aku jana ekonomi negara. aku beli barangan malaysia (salah satu cara untuk jana ekonomi negara) aku elak rusuhan dan peperangan. aku bebas politik sebab aku taknak jadi double standard macam ahli2 politik sekarang (serius weii jangan nak nafi..kau ingat orang PKR sokong ke event kerajaan? kerajaaan sokong ke event PKR?) politician sekarang taw gado je. abes sape yang buat keje? kita. kau. aku. penjawat awam. mami aku. baba aku.


yang menteri cara menteri lah. bukan nak sebok perah otak pikir aktiviti baru..balik2 satu malaysia. satu malaysia. sejak Dr Mahathir abes aku tak nampak apa2 landmark malaysia yang baru naek. last ape? F1 kat sepang? Putrajaya? bila orang kata malaysia tak update marah...dah menteri sebok kipas PM. bila islam hadhari semua sebok iyeeeeeeee...islammmmm hadhariiiiiiiii... :) bila satu melaysia semua sebok iyeeeeeee... satuuuuuuuuu malaysiaaaaaaaaaaaaaaaa :)ni semua menteri sape pilih? kita lahhhhhhhh..eh2 silap bukan kita.. korang lahhhhhhhhh. :) nak bagi stadium pun kena sokong BN dulu.. alahai.. kesian betul depa ni. nak sangat kuasa tu. nak sangat dominan tu. kalau keje ngan PAS boleh mati ke? agak2 lah. tak boleh nak kerjasama langsung pastu ada hati nak laung satu malaysia? ni satu malaysia ke satu BN? cer cite!

yang tak jadi menteri pun ngan cara tak jadi menteri. aku tak kira aku nak jadi menteri jugak!!!!! -__-" kesian2. kau rasa kenapa kau tak boleh jadi menteri? sebab kau tak cukup bagus. macam mana aku tak cukup bagus tapi aku nak jadi menteri jugak?? haaaaa..ni yang ramai politician kita salah buat ni. kau tak boleh jadi menteri then kau bengang. kau kalah pilihanraya then kau bengang. then kau buat ape? kau kutuk menteri yang menang. kau kutuk parti lawan. semua benda depa cakap kau bangkang. kau cakap itu makan rasuah. ini haram..tapi tulah silap kau. KAU TAHU KOMPLAI JE. BUAT KAU TAK TAW. then macam mana rakyat nak undi? cuba kau tolak tepi dulu pilihanraya tu. cuba kau set balik minda kau. buat keje demi Tuhan. demi negara. ikhlas. jangan buat keje sebab nak rakyat undi. sebab kau nampak nau nak orang undi kau! cut it off lah weii.plis.

KALAU KAU BOLEH BUAT MALAYSIA MAJU THEN AKU UNDI KAU. OK? TAK KIRA KAU PARTI MANA PUNNNN.

aku dah terdelete lah pulak entri asal. maaf lah ye.. :) aku dah lupa aku tulis ape. ni pun dah edit balik dah ni. aku taknak hilang kawan sebab benda macam ni. sebab kalau aku pun ikut join bergadoh macam depa (ahli politik yang bergadoh, yang baek tak pa aku suka :) ) then aku hanya semakin menyumbang kepada keretakan keamanan malaysia yang konon2 nya aku sayang sangat tu :) aku taknak jadi orang yang cakap tak serupa bikin (macam ahli politik kita jugak) then aku rasa adalah kot hikmahnya aku terdelete entri aku tu. kan. :)


aku tak sokong rasuah2. cuma aku rasa ada cara laen nak basmi benda ni selain dari perhimpunan. btw, ambiga kan lawyer.. lawyer kan? kan? then pi lah siasat sape yang makan rasuah tu (kau better betul2 pasti at least sorang yang konpem makan rasuah ambiga oiiii! jangan tahu cakap je) then amik bukti banyak2 (bukti kukuh lah, jangan balik2 pakai video..) owh..boleh jugak pakai video tapi make sure ada suara. tak cukup lagi amik gambar. tak pun kau upah orang pancing depa ni amik rasuah then semasa proses tu kau rakam abes2. gambar kasi clear. siap bagi resit lagi then resit tu simpan. photocopy banyak :) kau buat lah macam mana sekali pun. make sure bila kau hadap depa ke mahkamah.. kerajaan tak boleh manipulasikan hal ni lagi. berani kerana benar kan? then tak payah takut. depa pakai kuasa politik kita pakai kuasa Tuhan :) (kalau kita betul2 benar lah) ok?

tak perlu buat perhimpunan segala sebab serius aku tak nampak langsung relevan nya. ok2, cer terang.. mula2 korang datang berkumpul pastu naek sepanduk. pastu laung2.. pastu tengahari makan lunch (ambiga belanja) pastu sambung naek sepanduk pastu ape jadi? penat. pastu balik :) itu kalau tak jadi rusuhan lah. kalau jadi then merusuh pastu kena baling bom pemedih mata pastu claim polis kejam pastu buat repot pastu claim ni keje BN anta orang sengaja cetus rusuhan pastu kata kerajaan kejam pastu repot. pegi balai pastu? pastu? pastu? eh2 lupa. pastu claim polis pun amik rasuah then buat bersih 3.0 -_-"

sampai bila nak abes? wahai mahasiswa mahasiswi bijaksana sekalian, aku taw hangpa tak sokong rasuah2 ni. aku paham. sampai bila kita nak jadi alat permainan politik je kan. aku paham dowh! tapi banyak lagi cara laen dowh! (saja gedik2 perasan budak key ell cakap dowh2!) yang dah grad tunggu cari kerja apa kata korang apply jadi pegawai pencegah rasuah. tak dapat sekali kau apply lagi. apply lagi dan lagi dan lagi.. sampai kau dapat. once kau dah dapat, then kau buat keje kau betul2. rasa je depa ni makan rasuah kau siasat betul2. bawak semua ke muka pengadilan. hentam abes2. buat sampai semua orang takut nak amik rasuah. kalau agak2 bos hangpa asyik nak blok line ja hangpa siasat die sama tah2 die pun makan rasuah. kalau betul, bawak pegi mahkamah, mana taw kot2 die kena pecat hangpa boleh naek jadi bos. dah ada kuasa senang hangpa nak gali bawak bapak2 ikan kan. politician mesti takut ngan hangpa. ok! yang macam ni aku setuju. kita naek pelan2. bukan nak jatuh kan kerajaan, sebab kita tak mau ada orang makan rasuah. dia BN ka, dia PKR ka xkira lah parti apa pun MCA MIC ape2 jelah semua hangpa sapu bersih na :) jangan hangpa pun pilih bulu jugak taw :)

tak pun hangpa jadi polis. hangpa jadi polis yang tak makan rasuah :) apa hangpa ingat orang PKR, PAS tak boleh jadi polis ka? haaaaa.. tulah hangpa. dok biar orang BN ja jadi polis hangpa sebok buat demonstrasi then kalau kena mula lah kata depa makan rasuah. apa lagi hangpa boleh jadi? ermm..hangpa boleh jadi lawyer ganti ambiga bila die bersara. hangpa boleh jadi pegawai suruhanjaya pilihanraya then hangpa akan make sure tak dak satu pun lobang BN nak rasuah2 pegawai supaya bagi depa menang ok. then barulah hangpa puas hati. kan?  bukan dengan buat perhimpunan ja. ada banyak cara laen lagi. aku taw la ni hangpa dah cerdik dah sebab hangpa amik berat pasal rasuah2 ni. bagus2. cerdik. cuma aku nak hangpa jadi cerdik sikit ja lagi..ok? nak perangi rasuah boleh. tapi takpayah sampai buat perhimpuanan ok?

p/s: penulis adalah seorang yang bebas politik. berapa kali aku nak cakap?! dan yeah aku selfish sebab tak mengundi sebab aku taknak mengundi sembarangan semata2 sebab KAU KENA UNDI DEMI TANGGUNGJAWAB UNTUK NEGARA. banyak lagi cara laen aku bole contribute untuk negara nyah oiiiiii.

2 comments:

Anonymous said...

salam cik adik,..
cik tahu tak Besih 2 utk apa sebenarnya.? cuba cik gOOgle tgk..
jgn baca satu info je, cuba baca penulisan bnyak pihak, bru cik bagi pendapat..
dan pendapat cik yg xmau sokong sapa2 mmg satu penyataan yg paling pentingkn diri sendiri n xmau ambik tau perkmbangan n tanggungjwb pada negara..walaupun cik claim yg cik dah buat byk kerja (baguslah kalu mcm2)....undian cik sANGAT2 lah penting utk tentukan sapa yg jdi kerajaan/mentadbir negara...negara yg kita sayang/tinggal..supaya tak jadi mcm kat Mesir/libya @lain2...pkirlah cik,^^
salam

none said...

ok. ini meh cheq nak habaq kasi clear na. :)

salah ka kalau saya buat keputusan taknak undi sapa sebab saya rasa undi PARTI dah tak relevan? sebab semua orang nak jadi YB. semua YB keje nak tuduh menuduh sama depa :) stop it lah! saya sedang memerhati pemimpin yang boleh jana ekonomi negara. yang boleh buat malaysia maju. yang boleh buat malaysia stand up di mata dunia :)

saya bukan nak pengaruh sapa2 jangan mengundi langsung. sedara nak undi pi lah undi. :) i dont mind. tapi saya tak jumpa lagi PEMIMPIN yang saya rasa nak sokong. its PEMIMPIN ok not PARTI. saya tak sokong BN sebab ada je pemimpin BN yang tak kena kat mata saya. same goes to PKR. sebab tu saya tak mengundi. clear?

owh btw, sy kan dah upload poster bersih tu :) kat situ ada tuntutan2 bersih. is there anything i miss? my main point isn't the tuntutan. it is perhimpunan itself :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails