Saturday, July 16, 2011

tak habes2 pasal mengundi. -_-"

ada orang tanya aku kenapa tak mengundi? kenapa tak daftar undi. hang taw dak hang tu ibarat parasit? dok negara ni tapi tak sumbang apa2. makan reta kerajaan je taw. patut bagi hukuman gantung ja untuk orang2 macam hang ni.

macam ni lah lebih kurang mesej die. saja aku ubah ayat sikit kasi comel dan dramatik. hahaha.

ok meh sini aku jawab. hang nak aku buat ape bhai?

hang nak aku daftar undi pastu aku pegi mengundi tapi aku tak taw nak undi sapa. so macam mana? hari mengundi aku tutup mata..kena kat PAS aku pangkah kalau kena kat PKR aku pangkah kalau kena kat BN aku pangkah? ke patut aku main pangkah ja? hang habaq mai lah sebenarnya hang nak suh aku sokong BN kan.kan.kan. jangan kencing aku bhai.

jangan nak maen politik ngan aku lah bhai. aku tak layan. hang dok kempen BN itu..BN ini aku tak layan dowh. YB area rumah aku tu aku nampak time nak pilihanraya ja. ape cerita? cerita die YB aku turun sebab nak raih undi ja lah. kalau tak baek dok umah. itu ka hang nak aku pangkah? yang macam tu ka?

stop it lah weii. tak payah nak sumpah2 aku segala. nanti dah sampai seru aku nak sokong mana aku sokong lah. hang toksah dok kalut.

kenapa aku tak mau sokong mana2? ok, meh sini aku kasitaw. kenapa aku tak sokong PAS? sebab ada je YB PAS yang tak kena kat mata aku. iya.. bagus depa dok pejuangkan islam tapi terlalu akhirat bagi aku tak seimbang. Tuhan ajar kita bersederhana kan. seimbang dunia akhirat. jangan semua benda tak boleh buat sebab agama. sesetengah nya sempit nau pemikiran dan yang paling penting pemimpin PAS tak agresif. sebab apa??sebab ulama mana boleh agresif2. iyalah tu. tang hentam BN aku tengok laju jah keluar hujah. mungkin hangpa nak kata aku moden lah tolak agama. takpa.takpa. tapi aku cukup tak berkenan bila hangpa nak kondem orang pakai hadis lah.letak hukum halal haram lagi aku tak suka. Tuhan letak syarat sikit jah tapi kita dok besar2 kan. Tuhan kata kita umat islam haram minum arak kita pi tibai buat kilang arak pun haram. ni apa cerita? cerita hangpa rasa dah konpem masuk syurga lah ni. suka hati letak hukum macam tuhan. kamon!

kenapa aku tak sokong BN? sebab banyak sangat manipulasi. aku last dengar pasal kes video yang babit Tun Mahathir tu..video pasal ape tah aku dah lupa. rasuah kot. dah lama dah tak dengar. yang ni ape cerita? cerita depa banyak pegang kuasa. especially kuasa media depa boleh tutup mulut ramai orang. aku tak taw lah depa boleh manipulasi sampai mana. sampai kehakiman ka aku tak taw. tapi terang2an sangat depa ni dominan dan semua asal babit team depa yakni team BN semuanya di tanggung beres. team bapak2 ikan lah. team anak2 ikan ni takpa. depa boleh buat umpan. yang anak2 ikan amik rasuah memang depa kasi expose konon2 BN ini sangat lah adil even team sendiri pun tak terlepas tapi tu anak ikan. bapak ikan? lagi satu ketara YB BN ni depa lalang. bila time Tun semua tunduk Tun kata nak resign semua nangis alih2 naik pak lah kutuk2 tun pulak memang dasar malays tak tahu malu betul lah kan. sekali paklah tumbang naek najib semua satuuuu malaysiaaaaaaaa.. c*laka. terus kutuk paklah pulak. ni lah tun kata melayu mudah lupa. padahal masing2 berangan nak jadi PM kan. kan. kan. ngaku jelah weii. talam dua muka!


kenapa aku tak sokong PKR? sebab aku rasa PKR memang tak de hala tuju. bagitaw aku apa yang PKR perjuangkan selain anwar dan demokrasi? PKR terlalu obses dengan anwar. walaupun maybe niat depa baguih dan anwar memang sebenarnya teraniaya dengan permainan politik negara. takpa. aku takdak masalah ngan anwar. yang aku masalah pengikut2 dia. nak buat parti tapi yang taw cuma cari gadoh. ngan BN nak gado. ngan PAS nak gado. depa tak gado ngan anwar ja.


aku suka cara Tun Mahathir. siap beli biblografi lagi tu. hahaha. tapi tu tak bermakna dulu aku sokong BN. tak.tak. ini maksud aku bila aku kata aku sokong orang yang boleh bangunkan malaysia. boleh buat malaysia maju. tak kira lah dia parti mana pun. takkan hal macam tu pun tak boleh nak paham? hangpa ni pasai pa?

5 comments:

Anonymous said...

ada bagus poinnya..cek pom xstuju gak ngan mana2 parti skang ni...cuma nak habaqnya kalo hang xnak ngundi skang xpa..xpa..tapi kalo suatu hari nanti negara kita nie jatuh kt tangan yang xspatotnya,tukaq cam singapura pulak....hancus pengorbanan Tun(idola cek)..melayu ni xmampu nak berdiri ataih kaki sendiri...

Cik Puan Muda Aisyah said...

kalau dok maen politik perang2 tagha ni pun memang tak mustahil jugak lah kita jatuh kat tangan singapore. jadi tak boleh salahkan tindakan tak mengundi jugak kan sebab kalau mengundi (macam sekarang ni) pun lebih kurang ja. kalau tony fernandes tu melayu kan senang..boleh undi dia....

Anonymous said...

bukan jatuh kt singapore tapi jadi cam singapore..negara islam kita entah ke mana nanti, melayu merempat kt tanah air sendiri...anak cucu kita boleh ke survive..kalo yg genius2 tu leh la kot survivenye tapi kalo yg cm bese2 je...cmne?skang pom anak singapore pom dah ade(pp)..bacaan al-quran pon dipertikaikan..dulu xdak tapi skang lumba2 org nak komplen..cakap ni bkn apa tapi ase sedihla sbb perjuangan Tun dulu tok org Melayu tok Malaysia abes dok musnah dek anak2 melayu sendiri....

Cik Puan Muda Aisyah said...

ok. setuju. tapi berbalik kepada isu asal, bukan saya tak nak mengundi langsung tapi saya mencari pemimpin yang seimbang dunia dan akhiratnya. tegas dan lembut nya. matang dan childish nya. tak perlu sempurna (Tun juga tak sempurna) cukup lah seimbang. tak perlu manis mulut cukup dengan lantang bersuara tapi tak kosong. malang nya sekarang masih belum ada yang sebegitu. baik di pihak pembangkang tak pun pihak pemerintah. andai kata satu hari nanti ada yang sebegitu tak kira di haluan mana saya pasti berbesar hati jadi pengundi nya. saya percaya pada satu benda.. kita melayu kena tegas dengan bangsa kita sendiri kalau tak nak bangsa laen pijak kepala kita. kenapa? sebab dah lama sangat melayu ni manja. :)

Cik Puan Muda Aisyah said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails