Monday, December 19, 2011
terima kasih kawan2.tahun depan jemput datang kenduri saya taw!
Terima kasih kepada kawan2 sudi wish birthday tak kesah lah kat mesej ke kat fesbuk ke. sejujur nya aku bukan pesen orang suka wish birtday orang laen so tiap2 tahun aku tak expect pun ada orang sudi wish birthday aku dan of course tacing mak nakkkk rupa nya masih ada yang sudi. hakhakhakhak.
selama duapuluhdua *baca cepat2* tahun hidup kat dunia ni aku sedar banyak yang dah berubah. prinsip aku berubah. pandangan aku berubah. dah of course status pun berubah ubah. hahahaha.. despite all that, i think i'm just doing good.
Tuhan, bagi saya peluang untuk berbakti kepada keluarga ^__^
Monday, December 12, 2011
entri baru nak panas balik ^__^
Yes, aku tahu takde sape baca blog ni tapi takpe kita buat2 ada jelah ye. dah.baca diam2 jangan banyak bunyik.
sejak2 bekerjaya ni masa berkualiti untuk bloging dah takde. almaklum lah rumah sewaan *my dearest home sweet home* takde talian internet maka nya kirim salam jelah nak fesbuk bagai. -__-"
oleh kerana tekanan di tempat kerja seperti semakin berkurangan..dan seperti nya putaran hidup menginjak normal seperti dahulu kala..maka semangat berblog dengan gaya mutu dan keunggulan membuak buak memenuhi ladang gandum dan pooommm jadilah koko krunch. eh, sampai mana dah tadi?
owh..gaya mutu dan keunggulan.
ok. disebabkan saya *wat de effffff word?* tibe2 bersaya pulak kan. tadi aku. hakhakhak.abaikan. disebabkan saya baru melepasi syndrome 'culture shock' untuk fresh grad yang no working experience tibe2 masuk processing floor and live with system and screwed up. confused. depressed. humiliated. stress. losing weight *3kg is super big deal guys*. almost give up. homesick. stress. no appetite. no friends. lonely. stress. see stress sampai keluar tiga kali. haha. makanya hari ini saya nak kongsi pengalaman dan tips2 nak overcome this stupid syndrome *for those who are lucky enough not facing this AT ALL..then congrats*
First of all..sape2 yang on going product training..system training ke kan..ape2 jelah training yang company korang nak bagi. my only tip..ENJOY THE MOMENT. sorry, ENJOY EVERY SINGLE MOMENT. kenapa? sebab later on dah takde masa korang nak maen2 abes training pegi shopping. :) serius. *eh, takde lah serius sangat..kalau trainer korang masa processing baek ok lah* ingat, tips ini berdasar kan pengalaman saya bulat2 tahu. kalau tak sama tu anggap jelah u guys lucky enough not staying in my shoes.
ok, done with training, I believe then only u will go for real life processing. time ni lah mengelabah ingat balik formula. kalau trainer masa proses korang garang macam ermmmm macam ape2 jelah! then
1) Diam. jangan lawan (cis. cliche ~__~)
kenapa jangan lawan? sebab korang kena ingat KORANG TU ILMU TAKDE LANGSUNG LAM DADA THEN KORANG TOKSAH NAK BERANGAN KENA MARAH SIKIT KORANG DAH NAK JAWAB2 MULUT.KENA MARAH SIKIT NAK NANGIS MEMANG MENGUNDANG BENCANA DI MASA AKAN DATANG. remember, first impression is important. korang taknak awal2 lagi orang dah chop korang cengeng..kaki mengadu..lagi teruk awal2 dah kena kaki mengampu. dayum. stay away from all those negatives aura (kalau korang nak cepat naek pangkat lah)
2) kena rajin gila salin nota (ataupun at least BUAT2 salin nota)
pantang trainer korang cakap sikit..terus bukak buku nota cepat2 salin. pastu jangan lupa selangi dengan beberapa anggukan yang meyakinkan (konon2 korang paham gila apa dorang cakap padahal..harem. hahaha.) tak paham sekarang tak pe, janji salin dulu nota. trust me babeh..lama2 korang akan faham jugak. so tak perlu rushing2 ok. take it slowly.
3) kurangkan bertanya soalan.
Ok. kenapa? kadang2 kita tak perasan kita tanya soalan yang sama (walaupun struktur ayat yang berbeza) beberapa kali. dan peringatan, 'beberapa kali' untuk setiap orang itu berbeza. untuk pengetahuan, 'beberapa kali' trainer saya cuma DUA KALI. macam sial kan? iye. saya tahu. so bila kita tanya beberapa kali sampai trainer kita bosan kita akan secara automatiknya akan menjadi sasaran mudah caci maki dan tomahan free dari trainer. owh..ini sekadar apa yang saya alami ^__^
4) bertenang.
sape yang tak stress keje dengan trainer macam ni saya bagi sejuta markah. serius sejuta. tapi stress sampai berhenti kerja rasa nya tak berbaloi sebab apa? sebab pegi kerja tempat laen pun belum tentu dapat trainer baek hati tiap2 hari belanja mcd ke kan. so? what do u need to do is just relaks. tarik nafas dalam2. carik membe2 yang takde kaitan langsung dengan tempat keje korang *best choice adalah sahabat2 di universiti hahaha* luah je segala caci maki sumpah seranah doa yang bukan2 yang selama ni korang peram.luah je kat dorang. then the next day pegi office macam takde apa2 berlaku :) see mudah kan. hahaha..selamat mencuba!
what happen to me is super sadis. smpai nak cerita pun malu. hahaha. tapi apa yang aku benci alam pekerjaan ni adalah bila kau masuk without any working experience tambah lagi kau masuk sorang2 takde membe tambah lagi kau bukan lah stok manusia yang peramah nye bagi masa sehari terus boleh kawan dengan semua orang. then, welcome to hell. dunia ni takkan jadik mudahlagi dah untuk korang. tapi tak jadi mudah bukan bermaksud selamanya seperti hell kat office. eventually korang akan adapt dan korang akan mula bernafas seperti biasa. sama macam berenag.awal2 memang neves sampai nak tarik nafas pun tak menyempat lama2 dah cool relaks..ok lah kan. :)
okeh. gotta go.esok keje dan sebagai pekerja contoh kita kena lah tidoo awal dan besok sejam sebelum office hour dah terpacak kat office *ok, ini tipu jangan percaya*
sampai ketemu lagi!
Sunday, November 13, 2011
extrema park putrajaya memang terbaek wokkkk!
and lately aku rasa nak ber'wall climbing'. setelah penat di gelakkan oleh rakan2 seperjuang tadi petang aku nekad jugak. nekad nak cari celah mana putrajaya ni sorok depa punya extreme park. cis.cis.cis. tempat sikit punya lawa depa boleh tak letak sign board??! what the???! *muka terkejut*
extreme park tu kat presint 5 putrajaya. presint 5 means area picc.dari picc korang kena pegi presint 20 lalu perkuburan awan then masuk balik presint 5 (extreme park). bijak kan? terima kasih.
ok.nak pegi menabung minggu depan nak beli roller blade sebijik nak buat hobi masa lapang. jangan iri hati. Tuhan tak suka orang2 iri ni. hahahahaha..semoga kalian pun dapat hobi baru! bye bye!
Wednesday, November 2, 2011
Tuhan, elakkan lah benci di hatiku :)
okeh. seronok betul bila keje sepanjang masa cuti raya haji tak balik. SATU. seronok gila pegi keje bila ada orang perlekeh lekeh kita siap cakap "aku meluat betul dengan orang banyak tanya ni" juih mulut of course lah tuju kat aku. ok fine takpe. DUA. lagi lagi seronok bila kau bukan lah budak inesen 100% asli terbaik dari ladang tapi sebab kau takut kalau kau cakap tak kena timing then kau hanya akan memburuk kan silaturahim yang memang dah buruk ni then terpaksa lah kau buat2 kau tu inesen. TIGA. bila kau pegi keje semata mata untuk dapat gaji dan untuk remain 'bekerjaya' tapi kau tak dapat satisfaction langsung buat keje then robot pun taw kong bateri! EMPAT. dan aku malas nak merungut lagi sebab mungkin boleh cecah ratus.
bila kau pegi keje tapi kau bosan dan sebenar nya KAU MELUAT GILA DENGAN ENVIRONMENT KAT SANA TAPI KAU TAK BOLEH BUAT APA MELAINKAN PASRAH DENGAN REZEKI TUHAN DAN BUAT2 KAU OKEY ADALAH SEBENARNYA SUPER TAK LAWAK DAN SUPER TAK SERONOK!
kamon lah pompuan! kau jangan buat aku hangin. kau jangan ingat mulut kau je celupar. sumpah sabar aku ni dah paras2 bahaya dah ni. KALAU KAU RASA AKU NI ANNOYING, AKU RASA KAU DUA KALI ANNOYING TAHU!
and could you just please shut ur stupid mouth up and just leave me alone!
Sunday, October 30, 2011
surat untuk penerima tak berdaftar.
nama saya aisyah.panggil je asiyah. well, saya takde nama glamer macam syasya ke..anne ke..nyah ke..belle ke atau ape jelah nama glamer yang saya boleh pikir kan sekarang. makna kata, saya ni tak glamer pun. saya umur 21 tahun *ehem2* tapi orang kata muka saya macam 19 tahun..ada jugak kata macam 10 tahun *ok, tipu je* tapi serius orang selalu ingat saya lagi muda dari umur saya yang sebenar. mungkin sebab muka saya awet muda :) atau mungkin jugak sebab perangai saya macam kartun -__-".
saya belum matang sepenuh nya tapi saya dalam proses ke arah itu. kawan2 saya ramai yang tegur jangan cepat sangat matang nanti cepat tua..tapi entah, sebanyak mana saya cuba untuk kekal ber'kanak-kanak riang' sekuat itu juga kehidupan menghimpit saya untuk jadi dewasa. dan matang. selain kurang matang-tapi-paksa-diri-untuk-jadi-matang saya jugak clumsy orang nya. saya suka buat silap paling bodoh yang tak pernah orang buat..haaa.salah itu lah yang saya selalu dok buat.
owh sebelum lupa, saya single dan tak laku orang nya. hahaha. tak laku sebab laki takut nak kawan dengan saya sebab saya sombong laki tegur jeling pastu laki tak nak kawan. hahahaha. mungkin saya tunggu laki yang saya jeling pun die bersungguh jugak nak kawan ngan saya kot. mungkin. dan sejak2 saya berstatus single dan tak laku ni, saya dah tak pandai nak pakai shawl, pakai baju cantek2..maching2 kaler...cis! semakin hari saya semakin selekeh dan erkk nampak tidak menarik maybe? hahaha :D walaupun tak ramai orang nak percaya tapi saya tetap nak cakap jugak, saya seorang yang panas baran dan sebenarnya kalau saya diam tanda saya sedang bersabar dan jangan cabar sabar saya lama2.
mungkin saya nampak kiut *ehem2* tapi kalau saya marah nampak super duper kiut comel sikit dari hulk. taknak percaya sudah. saya bukan orang yang peramah first time jumpa dah boleh borak2 buat lawak2 lucah. maaf itu bukan style saya. kadang2 amik masa bertahun untuk saya jadi rapat dengan orang. tak percaya tanya kawan2 saya. :) tapi adalah special kes first time jumpa dah kamceng tapi tak ramai. malangnya bila dah rapat saya jenis orang yang straight forward dan kadang kala sinis. jadi most of my friend mula2 rapat then jadi tak rapat sebab ni lah. hahahaha. :D susah nak buat orang terima diri kita seadanya..tapi takpe lah :)
di sebabkan usia yang meningkat, maka perubahan hidup membawa saya ke alam pekerjaan. orang mungkin kata saya bertuah pada usia 21 tahun *ehem2* saya sudah ada kerjaya stabil dan kereta sendiri tapi setiap yang baek dalam hidup ni harus ada pengorbanan di sebaliknya. bayangkan usia seperti saya tambah lagi sikap saya yang panas baran, kartun, tak peramah, tak matang, kadang kala terlalu sensitif soal permain maruah dan harga diri..sila bagi saya solution. di mana harus saya letak diri saya? menjadi kanak-kanak dan memberontak menghentam siapa yang hentam saya. memalukan siapa yang malukan saya? membuli siapa yang buli saya? bergadoh dengan orang-orang yang konon 'dah matang'? *super stupid!* maaf.
atau saya harus paksa diri saya menjadi matang, dewasa dan rasional. bersabar dan biarkan orang buli saya seolah saya tak punya perasaan. dan biarkan waktu2 muda saya berlalu dan menjadi tua sebelum usia. kamon. beritahu saya di mana perlu saya letak diri saya? kanak-kanak atau dewasa? saya tak mahu mengadu dunia tidak adil dan salah kan kehidupan. tidak. tapi saya penat dengan semua ini dan saya mahu mami saya. saya mahu masa riang saya. betapa pantas waktu berlalu dan banyak yang berubah. terlalu banyak sebenarnya.
dan saya masih di sini. keliru. di mana saya harus letak diri saya. kanak-kanak atau dewasa. Tuhan, sila bantu saya.
yang benar,
aisyah.(bukan nama sebenar) *ehem2*
Saturday, October 22, 2011
i am not okay
untuk sahabat yang suatu ketika pernah akrab..untuk lelaki yang suatu ketika pernah berangan nak kawen sama2. untuk kehidupan yang tidak pernah adil. untuk masyarakat yang tidak pernah berhenti menghukum. untuk kasih yang tidak kesampaian. untuk impian yang berkecai. untuk maruah diri dan keluarga yang dipersoal. untuk dugaan Tuhan. untuk aku dan untuk engkau.
Bertamu di Kalbu - Jaclyn Victor
Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
tak payah lah aku nak buat2 tabah. aku tak okay dan sebenarnya aku tak pernah okay. aku cuma mahu terima hidup ini seadanya. dan Tuhan, kalau benar perasaan ini tak mahu pergi demi suatu yang membawa kebaikan kelak. aku terima. kalau tidak, lembutkan lah hati untuk orang selayaknya. Tuhan, temukan aku dengan orang yang benar2 terima aku seadanya. aminnn...
Tuesday, September 6, 2011
aku kagum maseh ada yang bersahabat 10 tahun pernah janji nak berkampung kat rumah kalau membe kawen. tapi maseh tertunai. aku kagum sebab aku semakin jauh untuk percaya sahabat sejati itu wujud :) mungkin aku juga paranoid cuma aku tak mahu mengaku. hahaha.mungkin aku cuma bosan melayan perasaan kecewa.mungkin aku cemburu..tapi aku cuba tak memburuk kan sesiapa. aku mahu berubah. aku mahu jadi orang laen.
tempoh hari time raya memang berlambak lah orang kawen dan berlambak lah kenduri kawen dalam queue..masa ni lah yang ada buah hati nak tayang :) yang tak de buah hati terpaksa lah hadap muka slamber...ape ade hal :) sentap hati mak nakkkk..maen tunjuk2 buah hati ni yang mak hangin satu badan nih! hahaha. bajet tacing. n_n
tapi tu bukan main topik nye. biasa dah tu raya2 macam ni takde buah hati memang mencabar. haha.
Friday, August 26, 2011
entri hari lahir.
good better best. never let it rest. until your good become better and your better become best.
fakta : saya pernah percaya bahawa asal niat kita baek, sekalipun dengan cara kasar hasil nya tetap akan baek juga. biar lah kasar luaran asalkan Tuhan dan saya tahu saya sekadar berniat baek, semua nya pasti akan baek. sebab itu walau pun saya sedar teguran saya kadang kala sinis, pedas, kadang kala terlalu memaksa dan saya tak kisah bila ada orang takut dengan saya. orang tak suka cara saya. malah pernah ada orang mendoakan kegagalan saya. saya sedar kadang kala perilaku saya sedikit bongkak. saya tak kisah kerana saya percaya..kalau baek niat saya maka baek jugak lah hasil nya.
tapi dalam hidup kita kena belajar dari kegagalan. belajar dari jatuh bangun kehidupan. belajar dari ada sahabat baek kepada tiada. iyaa..kejam dan tak berperikemanusiaan. tapi itu cara kehidupan mendidik kita... banyak yang saya nak tulis di sini tapi semakin di taip semakin tak banyak ayat yang keluar. semakin kucar kacir. :) semakin susah nak paham. seperti nya akal dan tangan tak selari. maaf. mungkin apa yang saya rasa biar Tuhan saja yang tahu. saya tak mampu nak zahir kan dengan kata2.
tapi saya tak lupa..antara insan yang membawa saya kembali ke pangkal jalan..anda adalah di antara nya. terima kasih. dan setiap kali saya menuju ke jalan tuhan, saya selalu berdoa semoga insan2 yang membawa saya rapat kepada-Nya juga dilindungi dan diberkati.
selamat hari lahir. semoga murah rezeki dan dipanjangkan usia. amin.
Thursday, August 25, 2011
cerita hari raya upin dan ipin (versi dewasa)
ok2 aku tahu sangat tajuk memang tak kena dengan isi kandungan. ok, boleh abaikan tajuk. semenjak bekerjaya ni tak nyempat lah nak hupdate blog kan. penat kot mencari sesuap nasi. ni bukan zaman kuliah boleh asal penat je ponteng~ haaha. part ponteng memang aku rindu zaman universiti. tak larat owh hari2 pegi keje redah jem kat bandar tun razak, jalan hang tuah membawak ke area puduraya. tiap2 hari oke. jangan maen2 jalan keyy ell sekarang dalam tangan je..hahaha (riak)
cepat lah jumaat supaya penderitaan ini berakhir barang seketika. :)
owh by the way, raya tahun ni tak macam raya2 lepas. feeling raya tu lambat nauu sampai nye. aku sorang je ke rasa? korang tak rasa macam tu? aku boleh kira ngan jari kot lagu raya kuar kat radio..balik2 dok pasang lagu berdua bersatu dari forteen tu. aku nak dengar lagu raya lah woii!! lagu cinta2 nanti lepas raya lah pasang!! T__T
bila takde lagu raya berkumandang di corong radio jadi nya mood raya aku tahun ni menghampiri sifar. nak beli baju raya tak de mood. nak beli biskut raya tak de mood. nak puasa tak de mood.. eh eh eh eh haha..ok2. yang tu gurau jewww :)
ini semua salah radio sebab tak pasang lagu raya!!
p/s : cakap jelah sebenarnya ko saja tak pasang radio sebab takut nangis masa dengar lagu raya. hahahaha. :D
Saturday, August 20, 2011
Wednesday, August 17, 2011
konklusi : masa bercinta memang semua nya indah :)
Lirik Berdua Bersatu – Forteen
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu
konklusi : masa bercinta memang semua nya indah :)
Sunday, August 14, 2011
'I want nobody but hang'
You Know I still Love You Baby.
And it will never change. (Saranghae)
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody
Why are you trying to, to make me leave ya
I know what you're thinking
Baby why aren't you listening
How can I just
Just love someone else and
Forget you completely
When I know you still love me
Telling me you're not good enough
My life with you is just too tough
You know it's not right so
Just stop and come back boy
How can this be
When we were meant to be
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody
Why can't we just, just be like this
Cause it's you that I need and nothing else until the end
Who else can ever make me feel the way I
I feel when I'm with you, no one will ever do
Telling me you're not good enough
My life with you is just too tough
You know me enough so
You know what I need boy
Right next to you is where I need to be.
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody
I don't want no body, body
I don't want no body, body
Honey you know it's you that I want, it's you that I need
Why can't you see~
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody
I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don't want any other
I want nobody nobody nobody nobody
Back to the days when we were so young and wild and free
Nothing else matters other than you and me
So tell me why can't it be
Please let me live my life my way
Why do you push me away
I don't want nobody nobody nobody nobody but you.
Thursday, August 11, 2011
entri pendek.
aku baru dapat tahu sorang senior aku dulu dah masuk islam. terima kasih tuhan sebab bukak kan hati beliau. sebenar nya aku sedikit kejakunan sebab aku tak pernah ada membe mualaf. maaf lah ye. hehe. jadi aku boleh selamba badak je bukak fesbuk die pastu termenung mengenang kembali zaman2 remaja sewaktu alam universiti. kehkehkeh. ngada2 betul rasa.
ok. end of entri.
Friday, July 29, 2011
kisah rosmah, politik dan agama :)
Monday, July 18, 2011
tips interview. it works on me why dont u try? n_n
nampak sangat i takde keje kat umah bongkang bangun tido balik tengok running man pause kejap. online fesbuk balas komen. tengok running man again -__-"
dan di sebabkan tadi petang i sempat borak2 manja dengan sahabat lama iaitu adek mumu 'lempang karangggggg' setelah sekian lama tidak ketemu. then i cakap pasal job offer tu then die tanya taknak bagi tips ke then i pun teringat i penah janji nak bagi tips kat u olss kan. ok. tak baek mungkir janji nanti dosa nanti setapak menghampiri neraka :) ok.ok. takut i. :)
ok. first thing first. i just nak clarified kat sini i pun takde lah bagus sangat. ok. i taip ni pun bukan sebab i nak berlagak dah dapat keje u olss tak dapat keje then i buat u olsss menyampah ajewww.. noo. nooo.. i bukan ah long maa..i cuma mau tolong maaa...sharing is caring maaaaa... let spread the love maaaa... ok ok sudah menyimpang.
as i know ada lagi membe2 i tak dapat offer keje kan then ada yang tanya macam mana i buat. ada soalan bocor ke. then i rasa terpanggil lah nak buat entri ni. jangan lah ingat i nak eksyen pulak taw. kecik hati i nanti :)
1)
ok, perkara pertama u kena prepare sebelum job hunting is resume. ok. silly me sebab benda macam tu pun nak bagitaw. hehehehe.. tapi i rasa resume is super important guys. plissssss make ur resume the best among others. ok. letak lah ape benda u nak letak lam resume tu tapi jangan lah sampai letak karangan. my advise, u pegi jobstreet isi resume depa then print out jadikan u punya hardcopy resume. ade icon print kat sana pandai2 u olss godek2 ok. i malas nak bagi tutorial. :)
2)
be prepare. ini maksud i bukan setakat prepare sebelum u olss pegi interview taw. ini prepare masa u olss dok universiti lagi. get involves dalam banyak aktiviti tapi jangan jadi ahli ataupun penonton je. be the man yang organize program tu. kenapa? haaa.. sebab tu orang kata penting kita get involves dengan aktiviti kolej sebab...haaaa..neves tak. neves tak.. i dapat satu soalan ni.
boss : are u able to work under pressure?
me : yes i can.
boss : how can is u can?
me : ..........
see..ini contoh. kalau u olss tak masuk apa2 aktiviti tak be the man yang betul2 work under pressure then u wouldn't know exactly the feeling working under pressure then u takkan dapat deliver ur answer very well. sebenarnya depa sengaja je tanya soalan macam ni tahu betul ke u BOLEH keje under pressure ke u RASA u boleh keje under pressure. huge different tu guyss.. watch out.
3)
talk from the heart. jangan berusaha sangat nak create ayat bombastik sampai terbelit lidah nak sebut. sampai kucar kacir semata mata nak buat orang impress english kita bagus padahal dah karang siap2 kat rumah. jangan. ini bukan exam sejarah yang u olss boleh hafal sebijik sebijik ayat lam buku teks. ok. just be natural. be urself. jawab apa yang u rasa the best u can give. i wont say kat dalam bilik interview tu u takkan neves walaupun tak banyak. neves tu memang ada takkan boleh lari tapi at least u tak tension tak tentu pasal. kan?
4)
killer question. ada banyak sebenarnya killer questions. antara nya contoh di atas. then tempoh hari i dapat soalan.
boss : ur expected salary is rm...... what if i give u lower?
me : .....
ok..at this moment memang i pun kucar kacir. there is someone warning me already jaga2 soalan macam ni. ada yang cakap setuju je. ada yang cakap kena demand kalau nak hidup senang tapi tak cakap lah pulak ayat terbaik nak jawab macam mana kann. hahaha. then i decide to go with this answer.
me : i do believe people deserved the money they earn.if i work less then i'll be paid less. if i work hard then i'll be paid high. :)
well.this might not be the best answer tapi i dapat full mark ok untuk jawapan ni.hahaha :D yep betul kita tak boleh nampak sangat desperate nak job ni sampai bagi gaji ciput pun angguk je. kan.. tapi kalau kita buat keje pun tak reti then kenapa nak demand tinggi2. ukur baju pada badan sendiri lah u olss.. u know ur selves better than me kan..
4)
jangan overconfident. masa i pegi assessment tempoh hari there is one girl ni memang confident habes lah. die satu sesi dengan i. masa nak masuk bilik buat test english tu die boleh pulak sembang kuat2 ngan calon2 laen.."this is only english test right? nothing to be worried about. english is in my blood" erkkkk...nak muntah. itu tak pe lagi boleh berlagak dengan candidate laen sebab kita tak tahu orang hebat ke tak kan. yang i nak u olss fokus sekarang adalah bila u nak buat walk in interview. masa depa tanya soalan JANGAN JAWAB ON THE SPOT even though u memang dah karang abes jawapan die. u pretend lah berfikir jap. tarik nafas 2 3 saat. then baru start answer. jangan nampak sangat gelojoh. ok. just relaks.
5)
put some make up on ur face. i know this is not so relevan tapi better put some right dari tak letak apa2. at least lah. letak lip bam ke. bedak ke. just simple2 one tapi jangan lah pakai blusher sampai kena tudung merah menyala nyala pastu jalan tengah panas muka peluh berminyak2 terus jadi buruk :) i pun tak expert make up ni tapi betul kata orang. why not u try beberapa hari sebelum pegi interview u pakai make up exactly macam u nak pakai time interview then pegi jalan mana2 macam tu. just to test dah kena panas kang berpeluh ke? buruk ke? tak salah kan. :) dan jangan lupa pakai minyak wangi :)
6)
ini tips i dapat dari blogger senior suatu ketika dulu masa i cari2 tips interview. tapi i tak dapat trace sumber aal nya tapi i ingat lah lebih kurang. she said about a question, bila boss tanya pasal weaknesses? gak2 u nak jawab ape? tak de weakness? kamon! mana ada orang takde kelemahan. then nak jawab ape? haaaa..tips nya.make ur weaknesses as a part of ur strength. contoh kalau u seorang yang panas baran, then macam mana u nak cakap? u cakap lah bila benda tak jadi as u planned u tend to be panas baran but since u know this is bad for working environment especially if u work in a team u cuba nak overcome this matter and u rasa u dah improve a lot. :) see. easy right? boss cuma nak tenok sejauh mana kita terima diri kita seadanya :)
p/s : rezeki itu di tangan tuhan.
Saturday, July 16, 2011
tak habes2 pasal mengundi. -_-"
macam ni lah lebih kurang mesej die. saja aku ubah ayat sikit kasi comel dan dramatik. hahaha.
ok meh sini aku jawab. hang nak aku buat ape bhai?
hang nak aku daftar undi pastu aku pegi mengundi tapi aku tak taw nak undi sapa. so macam mana? hari mengundi aku tutup mata..kena kat PAS aku pangkah kalau kena kat PKR aku pangkah kalau kena kat BN aku pangkah? ke patut aku main pangkah ja? hang habaq mai lah sebenarnya hang nak suh aku sokong BN kan.kan.kan. jangan kencing aku bhai.
jangan nak maen politik ngan aku lah bhai. aku tak layan. hang dok kempen BN itu..BN ini aku tak layan dowh. YB area rumah aku tu aku nampak time nak pilihanraya ja. ape cerita? cerita die YB aku turun sebab nak raih undi ja lah. kalau tak baek dok umah. itu ka hang nak aku pangkah? yang macam tu ka?
stop it lah weii. tak payah nak sumpah2 aku segala. nanti dah sampai seru aku nak sokong mana aku sokong lah. hang toksah dok kalut.
kenapa aku tak mau sokong mana2? ok, meh sini aku kasitaw. kenapa aku tak sokong PAS? sebab ada je YB PAS yang tak kena kat mata aku. iya.. bagus depa dok pejuangkan islam tapi terlalu akhirat bagi aku tak seimbang. Tuhan ajar kita bersederhana kan. seimbang dunia akhirat. jangan semua benda tak boleh buat sebab agama. sesetengah nya sempit nau pemikiran dan yang paling penting pemimpin PAS tak agresif. sebab apa??sebab ulama mana boleh agresif2. iyalah tu. tang hentam BN aku tengok laju jah keluar hujah. mungkin hangpa nak kata aku moden lah tolak agama. takpa.takpa. tapi aku cukup tak berkenan bila hangpa nak kondem orang pakai hadis lah.letak hukum halal haram lagi aku tak suka. Tuhan letak syarat sikit jah tapi kita dok besar2 kan. Tuhan kata kita umat islam haram minum arak kita pi tibai buat kilang arak pun haram. ni apa cerita? cerita hangpa rasa dah konpem masuk syurga lah ni. suka hati letak hukum macam tuhan. kamon!
kenapa aku tak sokong BN? sebab banyak sangat manipulasi. aku last dengar pasal kes video yang babit Tun Mahathir tu..video pasal ape tah aku dah lupa. rasuah kot. dah lama dah tak dengar. yang ni ape cerita? cerita depa banyak pegang kuasa. especially kuasa media depa boleh tutup mulut ramai orang. aku tak taw lah depa boleh manipulasi sampai mana. sampai kehakiman ka aku tak taw. tapi terang2an sangat depa ni dominan dan semua asal babit team depa yakni team BN semuanya di tanggung beres. team bapak2 ikan lah. team anak2 ikan ni takpa. depa boleh buat umpan. yang anak2 ikan amik rasuah memang depa kasi expose konon2 BN ini sangat lah adil even team sendiri pun tak terlepas tapi tu anak ikan. bapak ikan? lagi satu ketara YB BN ni depa lalang. bila time Tun semua tunduk Tun kata nak resign semua nangis alih2 naik pak lah kutuk2 tun pulak memang dasar malays tak tahu malu betul lah kan. sekali paklah tumbang naek najib semua satuuuu malaysiaaaaaaaa.. c*laka. terus kutuk paklah pulak. ni lah tun kata melayu mudah lupa. padahal masing2 berangan nak jadi PM kan. kan. kan. ngaku jelah weii. talam dua muka!
kenapa aku tak sokong PKR? sebab aku rasa PKR memang tak de hala tuju. bagitaw aku apa yang PKR perjuangkan selain anwar dan demokrasi? PKR terlalu obses dengan anwar. walaupun maybe niat depa baguih dan anwar memang sebenarnya teraniaya dengan permainan politik negara. takpa. aku takdak masalah ngan anwar. yang aku masalah pengikut2 dia. nak buat parti tapi yang taw cuma cari gadoh. ngan BN nak gado. ngan PAS nak gado. depa tak gado ngan anwar ja.
aku suka cara Tun Mahathir. siap beli biblografi lagi tu. hahaha. tapi tu tak bermakna dulu aku sokong BN. tak.tak. ini maksud aku bila aku kata aku sokong orang yang boleh bangunkan malaysia. boleh buat malaysia maju. tak kira lah dia parti mana pun. takkan hal macam tu pun tak boleh nak paham? hangpa ni pasai pa?
bakal bekerjaya membuat kan saya neves!
ok. sebenar nya i ada benda nak cerita kat u olss ni. ye lah i buat entri mesti ada sebab kan i tak suka betul buat keje takde sebab ni. haha.opsss.. :) (muntah lagi).
ok2.fokus ok.fokus! -__-"
as u guys know lah kan (kalau tak tahu buat2 tahu) i just finished my study kat upm last july tapi result penuh i tak keluar lagi sebab markah LI i ngah dalam proses. lama kan? its almost 3 weeks already. tak taw kalau sebenarnya dah keluar i je bengap lambat hupdate. hihi. :) then to be honest SUSAH GILEEEEE BUDAK MATEMATIK NAK DAPAT KEJE WOHH. yep. i budak nerd amik course matematik pakai spek mata tebal besar gila pegi kelas balik kelas buat assignment last minit tak boleh perform subjek math yang kaw2 subjek universiti yang semua again SEMUA orang boleh skor tapi i tak boleh skor. yeah..that makes my life worse. my job hunting even worse -__-"
susah ok. semua nak cgpa mantap2 sampai 3.5 baru nak panggil interview. macam mana i nak lawan :) then i start tension sikit sebab my sister and cousin dah dapat keje (tipu sangat kalau kata tak cemburu) yeah..sebab i tahu susah nak dapat keje. thank god i jumpa iklan HSBC kat internet then i try apply. masa my sister officially start keje i dalam proses application dengan HSBC dah cuma since HSBC is such a huge company then lama lah sikit proses nya.
i assume semua orang dying nak taw proses tu kan (muntah). ok.ok. let me tell ya. mula2 depa call untuk buat phone interview aka test english level dan communication skill. then if only succeed depa mintak datang untuk assessment dan interview dengan HR. ok. part assesment ni mencabar sikit. (eh silap, banyak) of course lah die nak test english tapi yang makin tension nye sebab depa dah set satu soalan 30 seconds only. mengelumpur lah sorang2 mana nak kejar masa mana nak pikir kan. soalan first i terlepas jawab sebab pikir lama sangat. permulaan yang kurang bagus kan :) then kena tunggu kejap depa kira markah then sapa yang lulus je boleh interview ngan HR. bijak kan. yelah, yang datang haritu ada lah dalam 40 orang, jenuh lah nak tanya benda yang sama all day long kan. baek tapis siap2.
ok at this moment i almost give up. -__-"
u bayangkan lah soalan ada 30 je. tak silap i dapat 26 then lulus. i konfem2 burn satu markah dah sebab soalan first tak jawab -__-" ada 40 orang depa pecah empat sesi satu sesi 10 orang and i first sesi dalam10 orang tu 4 je lepas and i orang ke empat. (narik nafas...tarik nafassss..) i bet markah i mesti sipi je..soalan bukan senang beb. serius. bukan soalan muet ni.. :) pendek cerita then walk in interview dengan HR. to tell the truth i dont think i'm great in english (especially spelling) tapi takpe lah. kasi goreng saja.. hahahahaha.. ape susah. i do believe..i do believe... then setel.
since i orang ke empat then masa lagi tiga tu keluar i sempat lah tanya kot2 dapat soalan bocor kan tapi depa tak kasi owh. haha. kedekut! hahaha. ok.ok. joking. tiga2 tu indian taw and serius, indian can speak english well. serius well. lagi tiga tu semua kata next week they'll give a call. then ape i nak expect? i ni walaupun mulut celupar tapi adalah jugak timing nya i kena sedar diri kan. hikhik. then i pun goreng lah. ape nak jadi. jadi. terima kasih tuhan :) HR tu kata there MIGHT be a position suitable for me but it is based in kl not in there (cyberjaya). die tanya i. can make it or not. i cakap i wanna give it a try. ada rezeki adalah. alhamdulillah, the next Thursday my final interview. ok silly me sebab fikir the next thursday is exactly that thursday padahal lagi satu punya thursday. gelojoh kan. haha :)
die kata nak email detail pasal interview tu tapi i check tak de pun. cuak i taw. iye lah die tak hantar lagi sebab bukan that thursday (7/7) its thursday (14/7) -__-" then sebab tak dapat email i pun balik kampung dengan harapan keje lah kat kampung tanam tembakau ke. ok jugak kan. haha. sadis pulak. bile dah ada kat kampung tup2 dapat email (dan malu2 sebab dah salah faham) then cepat2 datang kl ngan baba dan adik2 sebab kebetulannya depa nak datang tengok liverpool. again, terima kasih tuhan :)
the morning where we suppose to start our journey, kami plan gerak pukul 4pagi aroud 12 sampai kl siap2 then i terus pegi interview. well.. as i can say, that day was the toughest day in my life so far. serius susah. that morning i woke up i rasa badan i gatal gile. satu badan gatal dan panas dan it feels like bengkak satu badan. arghh..i ingat balik pun takut -__- trauma. i tak pernah kena lagi penyakit macam tu. mami suggest pegi mandi sebab takut kena sengat apa2 kan.then masa i mandi tu memang tak ingat dunia lah. pukul 2 pagi i bantai mandi almost sejam sebab i badan i panas gile kena air sejuk pun tak rasa apa2. lepas dah abes mandi baru menyesal terketar2 tak tahan sejuk. :) at that time dah keluar dah bintik2 merah kat badan. paling best mata, hidung, mulut dahi i semua bengkak dan panas. jem. apekah semua itu?
masa tu semua cakap tak payah pegi lah kalau tak sihat tapi i ketegaq jugak. at least i wanna fight till the end. cewahh..macam sakit nak mati dah kan :) then mami suh i minum air yasin then i start vomit. i think Tuhan is helping me. sebab doktor kata i alergik and thank god i vomit sebab benda tu tak dok lama lam badan which can make me more bengkak2. i thrown out everything lam perut. on the way tu bengkak dah surut tapi tapi tapi..bengkak kat mata kiri tak surut2. dont know why. T__T sampai putrajaya pegi klinik kena inject tapi tak surut jugak. baba suh postpone interview but again i ketegaq. hehe. bayangkan naek lrt dengan mata bengkak sebelah, macam orang cacat then semua orang pandang2. i lost my confidence :) almost lost.
dah sampai Bursa malaysia then check in. tunggu turn..then masuk.. pum pang pum pang.. finished. done. lega. jom balik sebab dah tak tahan :) sakit dan bengkak dah gerak smpai pipi. T__T depa kata dalam dua minggu they'll give me a call KALAU DAPAT. takpe. that time i cuma pikir nak balik je :) then again again terima kasih tuhan, the next day depa call kata boleh start on 4/8 with salary tetttttt..hahaha..tak boleh bagitaw. keje pun belum so tak boleh berlagak sangat. haha.
anyway, to all my friend, pliss plisss plisss wish me luck dan i boleh tahan lama keje sana. i'm fully recommend u to give a try at HSBC Data Processing (M). ada dua pejabat. satu kat cyberjaya satu kat kl. each pejabat ada department masing2 depends on ur luck kena letak kat mana. :) this in NOT HSBC Bank tapi ini company process data untuk semua company belong to HSBC Group which involves HSBC Bank. sape ada degree in math (atau at least excellent during SPM would be advantage) dan paling penting english sebab kita nak communicate globally termasuk US dan UK dan sekutunya.
disadvantage cuma kena keje laen sikit dari orang. ofis hour would be 3pm to 12 am. tough kan. sebab kena ikut ofis hour US dan UK dan sekutu nya. sape tak tahan keje macam ni ataupun tak yakin nak communicate in english. pikir banyak kali. company ni bagus sebab bagi kita2 (fresh grad) peluang kerjaya. kalau rezeki lebih dapat keje kat deparment yang bagi gaji banyak (wink.wink) :)semua depends on performance u guys masa interview. sape nak try i wish u all gud luck!
next entri i bagi tips interview ok. :) till then. daaa~~
p/s: dengan mata bengkak macam tu, tak senyum scary senyum lagi scary :)
Monday, July 11, 2011
kesebelasan utama korean star yang buat pompuan macam aku ni pengsan -_-"
well guys. feel free to tell me ur opinion. ada sape2 tak korang rasa patut layak masuk carta ni? well, ai tak biasa sangat ngan k-pop ni. feel free to tell me ok.
Friday, July 8, 2011
day four : 10 things you want to say to one person
day four : 10 things you want to say to one person
1) stay healthy
2) stay healthy
3) stay healthy
4) stay healthy
5) stay healthy
6) stay healthy
7) stay healthy
8) stay healthy
9) stay healthy
10) stay healthy
aku rasa aku memang ada masalah untuk buat2 tak kesah padahal aku kesah especially kalau sorang tu penting untuk aku. memang jem lah!
Thursday, July 7, 2011
masih berkisar soal bersih :)
hapuskan kilang arak?
pusat judi?
rumah pelacuran?
konsert campur laki dan perempuan?
#fakta ini aku tibai membe aku punya..salah ke betul ke pi lah tanya die dapat dari mana :)ok?
dalam banyak2 tuntutan aku tak boleh tak setuju part last je. lupuskan konsert campur laki dan perempuan. tapi ada syaratnya jugak lah. untuk konsert yang islamik. berkonsep keislaman, target penonton semua islam. yep. aku setuju. tapi kalau konsert k-pop kau nak suh orang dok asing2 memang naya lah cina india. kau ingat negara ni kau duduk sorang? yep ini negara islam tapi islam tak cetek akal dekk. kita menghormati agama orang, pandangan orang then baru orang hormat pandangan kita. agama kita.
kau marah bila orang kristian bakar kitab kita tapi semua benda depa kita nak control. jangan nak nafi lah..tak payah bagi contoh panjang2.. segala tuntutan ni ape?? betul bersubahat tu kira berdosa jugak. ok fine. bapak2 ibu2 jaga anak2 elok2. kalau depa nak pegi jugak konsert k-pop ke. ikut. ini pun boleh kira sebagai family quality time jugak kan. dari dok biar anak kita pegi ngan membe2 baek pegi ngan kita kan. sekali sekala buat benda yang anak kita suka pun best jugak. baru nampak sporting uncle! :) ini anak sendiri tak mau jaga then bila ada konsert tak bagi pegi alasan bercampur laki pompuan tapi tak nak temankan depa alasan penat kerja tapi nak suh kerajaan buat hukum suka2 hati? kamon... aku bukan sokong kerajaan pun tapi bila budak2 ni dok kuar ayat mahasiswa cerdik (sape tak sokong bersih consider tak cerdik) aku jadi panas lah. bila aku panas mula lah aku nak bangkang balik. :)
wang hasil dari sumber yang haram tetap haram. ok fine. situasi : van carlsberg lalu tol bayar tol sponsored by bos die (which is dari duet jual arak) then sape keje tol tu makan duet haram jugak ke? die dapat duet directly dari orang jual arak. then macam mana? aku tak tahu hukum2 tuhan. korang kan yang suka letak halal haram suka hati..then letak lah.. halal? haram?
kenapa umat manusia seluruh dunia cakap islam terrorist? sebab kita nak sangat pertahankan islam which is bagus sebenarnya tapi cara pemikiran kita tak kena pada tempatnya. kita tend tu mengongkong orang ikut pegangan kita no matter what. contoh tengok tuntutan kat atas lah. tak boleh ituuu..tak boleh ini..sebab ape? sebab islam kata tak boleh. betul! memang islam kata haram berjudi. haram minum arak. haram berzina. harus bagi kita untuk mengelak kan zina. betul. tapi ini negara public maaa.. ada cina maaa.. ada india maaa.. ada yang kristian maaa.. ada buddha maaa.. ada hindu maaaaa.. then kalau semua tak boleh (harammmmmm..korang kan suka guna haram2 ni kannnn) mana depa tak bengang ngan kita orang muslim. muslim dan MELAYU aku rasa lebih tepat :)
aku paham kita nak jaga agama kita. aku paham. serius aku paham. tapi kita kena belajar hormat, tolerate ngan agama laen jugak. ada orang tanya aku. then kau sokong lah lina joy murtad? ini soalan paling comel aku pernah dengar. apa kau ingat melayu itu untuk jadi islam saja dan islam untuk orang2 melayu je???? abes cina tak boleh jadi islam? melayu tak boleh jadi kristian? kamon lah weii..open sikit. tolak tepi adat boleh? adat tu kita develop ikut environment kita. kadang2 adat pun bertentang dengan agama lagi mau ikut ka?
melayu (secara luas nya sebagai rumpun melayu) consist kita(melayu malaysia) indonesia. melayu singapore, thailand, kemboja dan banyak lagi. tengok ras lah. yang rambut dia 'asal' hitam, anak mata kaler gelap, ketinggian sederhana kulit mostly sawo matang and in average. itu semua MELAYU nama nya. jangan perasaan kita je melayu. kenapa melayu jawa boleh kristian? melayu jugak kan? sebab seorang melayu itu tak semestinya islam. sebab islam tu bukan kepunyaan mutlak bangsa melayu. open sikit boleh?
iya. aku tak sokong lina joy murtad sebab dia asalnya ISLAM bukan sebab die melayu islam. eventhough dia bangsa cina tapi islam then die murtad pun aku tak setuju. sebab agama bukan untuk di buat maen. agama kepercayaan kita pegangan kita. aku tak boleh suka2 hati kejap masuk islam kejap masuk kristian. sebab islam is agama. bukan sebab aku melayu. isu lina joy kalau aku nak kupas mau makan satu entri. nanti lah aku buat ok.
main point aku adalah: kita sebagai muslim kena tahu hormat agama orang kalau kita nak orang hormat agama kita. jangan penting kan diri sendiri je. ingat..kita hidup dengan ramai orang. ada bangsa laen. ada agama laen. jangan hanya kerana kita percaya agama kita.. kita konfem masuk syurga (kononya) kita nak kena tolak tepi terus agama orang. sebab tu orang cakap muslim tak open minded. sebab kita2 ni lah.
btw ini akurasa ada link berguna : bukti aku tak tentang bersih tapi aku masih dengan pegangan aku. aku tak sokong perhimpunan bersih. pembacaan jugak boleh membuka minda tahu?
EDITED : ada orang tanya aku. kau ni sokong mana sebenarnya? kan aku dah cakap. aku tak sokong mana2 tapi aku tak suka PERHIMPUNAN bersih sabtu ni. itu je. fullstop. dah aku nak pegi tengok strong heart pulak ni.jangan kacau!
Monday, July 4, 2011
jom kita pulak pecah belah sebab bersih :) biar malaysia perang terus tak aman2 dah :) nak?
ada banyak cara lain nak bersihkan rasuah :) tak semestinya buat perhimpunan kan. jangan ajar anak muda kita buat perhimpuanan. nanti sikit2 nak berhimpun. tak dapat ni nak berhimpun. tak setuju tu nak berhimpun. macam ajar anak2 jugak. masa kcik2 jangan manja kan sangat. majok sikit beli eskrem.nanti dah besar majok skit nak moto. tak bagi kang makin majok. ending die beli lah..see..then sampai bila anak2 kita nak belaja erti susah? erti duet tu tak datang bergolek? :) abes kau dah biasakan budak2 ni dengan asal-tak-puas-hati-je-kita-berhimpun-yukkkkkkkkkkk kau ingat malaysia boleh maju? rasuah boleh dihapuskan?
serius nak muntah. aku bukan sokong kerajaan. aku bukan sokong PKR. bukan sokong PAS. aku serius bebas politik. aku tak daftar mengundi pun sebab aku tak tahu nak undi sape so aku tak daftar. dan aku rasa aku takkan daftar sampai bila2 sebab aku taknak undi sape2. kesah pulak aku kan kalau orang kata aku tak menjalankan tanggungjawab kepada negara :) aku carik kerja, aku bayar cukai, aku jana ekonomi negara. aku beli barangan malaysia (salah satu cara untuk jana ekonomi negara) aku elak rusuhan dan peperangan. aku bebas politik sebab aku taknak jadi double standard macam ahli2 politik sekarang (serius weii jangan nak nafi..kau ingat orang PKR sokong ke event kerajaan? kerajaaan sokong ke event PKR?) politician sekarang taw gado je. abes sape yang buat keje? kita. kau. aku. penjawat awam. mami aku. baba aku.
yang menteri cara menteri lah. bukan nak sebok perah otak pikir aktiviti baru..balik2 satu malaysia. satu malaysia. sejak Dr Mahathir abes aku tak nampak apa2 landmark malaysia yang baru naek. last ape? F1 kat sepang? Putrajaya? bila orang kata malaysia tak update marah...dah menteri sebok kipas PM. bila islam hadhari semua sebok iyeeeeeeee...islammmmm hadhariiiiiiiii... :) bila satu melaysia semua sebok iyeeeeeee... satuuuuuuuuu malaysiaaaaaaaaaaaaaaaa :)ni semua menteri sape pilih? kita lahhhhhhhh..eh2 silap bukan kita.. korang lahhhhhhhhh. :) nak bagi stadium pun kena sokong BN dulu.. alahai.. kesian betul depa ni. nak sangat kuasa tu. nak sangat dominan tu. kalau keje ngan PAS boleh mati ke? agak2 lah. tak boleh nak kerjasama langsung pastu ada hati nak laung satu malaysia? ni satu malaysia ke satu BN? cer cite!
yang tak jadi menteri pun ngan cara tak jadi menteri. aku tak kira aku nak jadi menteri jugak!!!!! -__-" kesian2. kau rasa kenapa kau tak boleh jadi menteri? sebab kau tak cukup bagus. macam mana aku tak cukup bagus tapi aku nak jadi menteri jugak?? haaaaa..ni yang ramai politician kita salah buat ni. kau tak boleh jadi menteri then kau bengang. kau kalah pilihanraya then kau bengang. then kau buat ape? kau kutuk menteri yang menang. kau kutuk parti lawan. semua benda depa cakap kau bangkang. kau cakap itu makan rasuah. ini haram..tapi tulah silap kau. KAU TAHU KOMPLAI JE. BUAT KAU TAK TAW. then macam mana rakyat nak undi? cuba kau tolak tepi dulu pilihanraya tu. cuba kau set balik minda kau. buat keje demi Tuhan. demi negara. ikhlas. jangan buat keje sebab nak rakyat undi. sebab kau nampak nau nak orang undi kau! cut it off lah weii.plis.
KALAU KAU BOLEH BUAT MALAYSIA MAJU THEN AKU UNDI KAU. OK? TAK KIRA KAU PARTI MANA PUNNNN.
aku dah terdelete lah pulak entri asal. maaf lah ye.. :) aku dah lupa aku tulis ape. ni pun dah edit balik dah ni. aku taknak hilang kawan sebab benda macam ni. sebab kalau aku pun ikut join bergadoh macam depa (ahli politik yang bergadoh, yang baek tak pa aku suka :) ) then aku hanya semakin menyumbang kepada keretakan keamanan malaysia yang konon2 nya aku sayang sangat tu :) aku taknak jadi orang yang cakap tak serupa bikin (macam ahli politik kita jugak) then aku rasa adalah kot hikmahnya aku terdelete entri aku tu. kan. :)
aku tak sokong rasuah2. cuma aku rasa ada cara laen nak basmi benda ni selain dari perhimpunan. btw, ambiga kan lawyer.. lawyer kan? kan? then pi lah siasat sape yang makan rasuah tu (kau better betul2 pasti at least sorang yang konpem makan rasuah ambiga oiiii! jangan tahu cakap je) then amik bukti banyak2 (bukti kukuh lah, jangan balik2 pakai video..) owh..boleh jugak pakai video tapi make sure ada suara. tak cukup lagi amik gambar. tak pun kau upah orang pancing depa ni amik rasuah then semasa proses tu kau rakam abes2. gambar kasi clear. siap bagi resit lagi then resit tu simpan. photocopy banyak :) kau buat lah macam mana sekali pun. make sure bila kau hadap depa ke mahkamah.. kerajaan tak boleh manipulasikan hal ni lagi. berani kerana benar kan? then tak payah takut. depa pakai kuasa politik kita pakai kuasa Tuhan :) (kalau kita betul2 benar lah) ok?
tak perlu buat perhimpunan segala sebab serius aku tak nampak langsung relevan nya. ok2, cer terang.. mula2 korang datang berkumpul pastu naek sepanduk. pastu laung2.. pastu tengahari makan lunch (ambiga belanja) pastu sambung naek sepanduk pastu ape jadi? penat. pastu balik :) itu kalau tak jadi rusuhan lah. kalau jadi then merusuh pastu kena baling bom pemedih mata pastu claim polis kejam pastu buat repot pastu claim ni keje BN anta orang sengaja cetus rusuhan pastu kata kerajaan kejam pastu repot. pegi balai pastu? pastu? pastu? eh2 lupa. pastu claim polis pun amik rasuah then buat bersih 3.0 -_-"
sampai bila nak abes? wahai mahasiswa mahasiswi bijaksana sekalian, aku taw hangpa tak sokong rasuah2 ni. aku paham. sampai bila kita nak jadi alat permainan politik je kan. aku paham dowh! tapi banyak lagi cara laen dowh! (saja gedik2 perasan budak key ell cakap dowh2!) yang dah grad tunggu cari kerja apa kata korang apply jadi pegawai pencegah rasuah. tak dapat sekali kau apply lagi. apply lagi dan lagi dan lagi.. sampai kau dapat. once kau dah dapat, then kau buat keje kau betul2. rasa je depa ni makan rasuah kau siasat betul2. bawak semua ke muka pengadilan. hentam abes2. buat sampai semua orang takut nak amik rasuah. kalau agak2 bos hangpa asyik nak blok line ja hangpa siasat die sama tah2 die pun makan rasuah. kalau betul, bawak pegi mahkamah, mana taw kot2 die kena pecat hangpa boleh naek jadi bos. dah ada kuasa senang hangpa nak gali bawak bapak2 ikan kan. politician mesti takut ngan hangpa. ok! yang macam ni aku setuju. kita naek pelan2. bukan nak jatuh kan kerajaan, sebab kita tak mau ada orang makan rasuah. dia BN ka, dia PKR ka xkira lah parti apa pun MCA MIC ape2 jelah semua hangpa sapu bersih na :) jangan hangpa pun pilih bulu jugak taw :)
tak pun hangpa jadi polis. hangpa jadi polis yang tak makan rasuah :) apa hangpa ingat orang PKR, PAS tak boleh jadi polis ka? haaaaa.. tulah hangpa. dok biar orang BN ja jadi polis hangpa sebok buat demonstrasi then kalau kena mula lah kata depa makan rasuah. apa lagi hangpa boleh jadi? ermm..hangpa boleh jadi lawyer ganti ambiga bila die bersara. hangpa boleh jadi pegawai suruhanjaya pilihanraya then hangpa akan make sure tak dak satu pun lobang BN nak rasuah2 pegawai supaya bagi depa menang ok. then barulah hangpa puas hati. kan? bukan dengan buat perhimpunan ja. ada banyak cara laen lagi. aku taw la ni hangpa dah cerdik dah sebab hangpa amik berat pasal rasuah2 ni. bagus2. cerdik. cuma aku nak hangpa jadi cerdik sikit ja lagi..ok? nak perangi rasuah boleh. tapi takpayah sampai buat perhimpuanan ok?
p/s: penulis adalah seorang yang bebas politik. berapa kali aku nak cakap?! dan yeah aku selfish sebab tak mengundi sebab aku taknak mengundi sembarangan semata2 sebab KAU KENA UNDI DEMI TANGGUNGJAWAB UNTUK NEGARA. banyak lagi cara laen aku bole contribute untuk negara nyah oiiiiii.
Wednesday, June 29, 2011
macho macha di terfaktab. sape macho macha?
berbalik pada terfaktab, aku singgah aku nampak lah satu entri ni..jap ye aku paste. aku taw hangpa malas nak klik link kan. aku pun malas :) alaaaahhh..tak boleh paste pulak. terpaksa lah hangpa klik SINI.
entri ni pasal sorang pembaca terfaktab ni die email entri die then aqram kasi publish kan. well, she sound so islamic. :) yes she is. nama pena dia macho macha. :) sebenarnya aku ngah bagi hint ni. kalau korang tak paham diam2 sudah. sape paham sila gi baca :) support membe oii!
aku senang bila macho macha kembali menulis. she knows how to write well. aku akan tunggu next entri.
Monday, June 27, 2011
Hidup dan kehidupan.
bila kita down mesti kita ingat ssemua orang lagi bagus dari kita. semua orang tak sayang kita lah. semua orang taknak kita lah. hangpa pernah rasa macam tu tak? mesti pernah kan..plissssss lah cakap pernah. :)
tapi bila kita hepi kita rasa kita own the world lah. kita manusia paling bahagia lah. semua orang sayang kita lah. nampak tak bersyukur kan. padahal kita memang ada orang sayang. kita memang ada part kita bahagia. tapi bila down kita lupa semua tu. kita tend to ask god why is it always me? tak bersyukur punya budak -__-"
jadi jangan lah kita ikutkan sangat perasaan tu. kita susah sebab tuhan taknak kita bongkak asyik senang je. tuhan kasi kita nangis so that kita tahu hidup tak selalu gembira then hargailah waktu2 kita gembira supaya boleh kenang time sedih2 :) tuhan bagi kita sakit supaya bila kita sihat kita lagi menghargai anggota kita yang sihat ni. free pulak tu. tuhan bagi kita tua supaya kita tahu..hidup ni ada mati nya. tak boleh elak. at the end mesti mati jugak.
Certain point setelah kita cuba bertahan bertahan end up still tak lut kita kena get ready untuk let go. Kita fikir sesuatu benda itu baek untuk kita tapi sebenarnya benda tu harm kita. Then ok. Let it go. God is the best planner what. No worries.
Tuhan, I am trying hard here. With all your guidance please show me ways. Is it good to stay or better to leave. Help me. Please.
Sunday, June 26, 2011
owh ya lupa, dan sekarang aku juga sebenarnya ngah dengar lagu korea ikut earphone. wat? lagu korea??? lagu cnblue?? sape lahabau cnblue tu?? haaaaaaa...jangan maen2. aku k-pop fans dah sekarang. hahahahaha..geli! eh2, bukan maksud aku k-pop fans geli..bukan2. arghhhh..susahnya nak taip...biasa lah. aku tak biasa lagi ngan k-pop ni.. :)
aku selalu tak paham kenapa ada orang yang fanatik gila ngan grup2 korea yang rambut fringe kalah pompuan. kurus2. takde bulu kaki. nampak nauuu tak jantan. -__-" tapi ada je yang smart.hihihihi.. contoh jong yonghwa cnblue :)
maaf, entri takde info dan takde tajuk. aku sekadar nak menulis. ku nak tulis laen tapi aku tulis laen. pathetic kan. aku rasa aku loser gila sekarang. serius loser gile. T__T
Saturday, June 18, 2011
hikmah public blog.kahkahkah :)
dan ini!
well..tempat sepuluh pun ok wat..ade jugak satu. cuma tambah kosong kat belakang dia.hahaha.tq vee :) kahkahkahkah..this is soooooo unbelievable. iyaaa..iyaaaaa..aku taw cerpen aku tak best -_-" hahaha.. never mind! ngomo aja sama tangan! hahahaha.. (poyo bajet dah hebat)
p/s: sayang gila tak boleh pegi amik hadiah..uwaaaaaa..kalau tak boleh buat kenangan.. ade jugak benda nak eksyen kat membe2..hahahaha..ok fine. tak de mende pun nak eksyennnnn... :) tapi aku eksited..taw dak eksited! :)
Thursday, June 16, 2011
ada hackers nak hack malaysia tapi kita gosip je taw.
Tuesday, June 14, 2011
aku manusia biasa
sebab aku manusia biasa. aku menaip sambil tersenyum pun tak jalan. selalunya jalan... :)
aku masih cuba tersenyum.senyum sampai cramp.senyummm..tak perlu kata apa2. :)
bahu kanan bahu kiri dan adinda evans :)
kalau aku kata ada orang rompak bank sebab anak dia sakit tak cukup duet..jadi konfem ke dia masuk neraka? konpem ke dia berdosa? macam mana kau tahu konpem??haaaa..jawabb..jawabbbbb..Tuhan bagitaw kau ke? kau nampak ke kena calit pangkah atas bahu kiri? kau nampak? betul nampak? tak kan....
itu baru satu contoh. malas aku nak bagi contoh banyak2 bukan kau nak baca pun kan. cuma pasal adinda evan-ape-benda tah tu kan..aku cuma nak cakap..udah2 lah tu..kondem orang kemain...semua tak nak kalah tuuuu...semua taknak blah jadi ustaz usatazah.haishh..semak mata aku taw. kau dok sebok kira dosa atas bahu orang..jangan ingat kau dah konfirm masuk syurga cik kak....sebab kita tak tahu apa atas bahu masing2..kannnnnn...aku pun tak tahu 'markah' aku berapa..sebab tu aku senyap :)
aku nekad public balik blog :) meditasi aku dah tamat :) kah kah kah.
entri anniversary paling pendek
happy anniversary untuk aku..alone..lonely..lone..lone...lone....hgahahahahha..saya lone ranger dan saya ok! :)
Thursday, June 2, 2011
Thursday, May 26, 2011
i care..i dont care..
i am very great at doing things alone.
eating alone.
watching movies alone.
walking alone.
shopping alone.
driving alone.
sometimes laughing alone.
some people might look at me with
sad-looking eyes.
i dont bother to mind.
i dont care about people.
yes i am miss lonely.
but i am just doing fine.
i dont care about people.
oneday i saw my mom.
alone in the kitchen.
eating.
i walked to her
with the same sad-looking eyes.
i sit.
"mom, can i have some?"
i guess i do care about people.
correction.
i guess i do care about certain people.